Buah Cempedak Buat Cempedak Goreng – Simple Tapi Sedap

Sii Nurul
By -
3
Buah Cempedak Buat Cempedak Goreng

Pernah dengar buah cempedak? Kalau kau orang Malaysia, confirm pernah bau atau rasa buah ni walaupun sekali. Cempedak ni lebih kurang macam nangka, tapi lebih kecil, lebih lembut dan bau dia lagi "mengancam" walaupun taklah menyengat macam bau durian haha.

Asal Usul Buah Cempedak

Buah cempedak (nama saintifik: Artocarpus integer) berasal dari Asia Tenggara dan tergolong dalam keluarga yang sama dengan nangka dan sukun. Ia banyak ditemui di Malaysia, Indonesia, dan Thailand. Pokok cempedak boleh tumbuh hingga 20 meter tinggi, dan buahnya biasanya masak semasa musim panas atau musim hujan, bergantung kepada lokasi.

Manfaat Buah Cempedak

  • Baik untuk Mata - Sumber vitamin A yang bantu jaga kesihatan mata.
  • Kuatkan Tulang & Gigi - Kaya fosfor & kalium – cegah masalah tulang dan gigi rapuh.
  • Lancar Pencernaan - Vitamin C bantu sistem penghadaman – senang ‘membuang’.
  • Tingkatkan Imun Badan - Bioflavonoid bertindak sebagai antioksidan – kuatkan sistem imun & cegah jangkitan.
  • Turunkan Kolesterol - Vitamin C kurangkan LDL (kolesterol jahat) & tingkatkan HDL (kolesterol baik).
  • Redakan Stress & Murung - Ada zat antidepresan semula jadi – bantu badan lebih relaks.
  • Cantikkan Kulit - Kurangkan jerawat, elak kulit kering & lambatkan tanda penuaan.
⚠️ Nota: Makan berpada-pada, terutama bagi yang ada masalah perut. Pengambilan berlebihan boleh sebabkan kembung & asid perut.

manfaat buah cempedak


Setiap kali musim buah, tuan rumah kami memang baik hati sangat. Tak pernah miss bagi buah cempedak. Kadang-kadang baru ja nak fikir nak beli, tiba-tiba dah call suruh datang rumah ambil buah cempedak. Rezeki jangan ditolak!

Nak beli kat pasar mahal betul. Kadang tengok harga terus letak balik. Even cempedak goreng kat gerai pun boleh tahan harganya. Jadi kalau ada orang bagi buah ni secara percuma, memang nikmat tak terkata.

Jadi, bila dah ada fresh dari pokok, memang wajib buat cempedak goreng sendiri.


Cara Buat Cempedak Goreng Simple:

1. Ambil isi cempedak, buang biji kalau suka. Kalau aku tak buang biji.

2. Bancuh tepung gandum, tepung goreng pisang, sedikit garam dan air. 

3. Celup isi dalam tepung, goreng sampai garing keemasan.

4. Angkat, toskan minyak, dan makan panas-panas.


Jujurnya aku tak tahu sangat jenis cempedak yang kami dapat ni. Tapi yang pasti, isinya liat sikit... telan pun rasa mencabar haha. Jadi kadang-kadang aku buat kelainan sikit — cempedak smoothies. Blend dengan ais dan susu, siap! Memang sedap cuma tak boleh letak banyak isi cempedak tu. Tapi yang paling win tetap cempedak goreng!


Tags:

Post a Comment

3 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Mahal orang jual cempedak goreng. Beli sebiji tu ada yang jual murah je sekilo. Goreng sendiri kat rumah puas hati makan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...rzeki dapat buah kayangan nie...nampak tebal2 pula isi nya tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!