Idea Hadiah Hari Guru Bajet EcoShop

Sii Nurul
By -
2
Hari Guru di Malaysia disambut setiap tahun pada 16 Mei. Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada hari ini, Pada tahun 1956, Laporan Razak telah diterima secara rasmi oleh Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu.

Laporan Razak merupakan asas kepada sistem pendidikan negara kita hari ini. Ia menekankan kepentingan:
  • Pendidikan untuk perpaduan
  • Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  • Dan peranan guru sebagai tulang belakang sistem pendidikan
Jadi, tarikh ini sangat bermakna kerana ia simbolik kepada lahirnya sistem pendidikan yang menyeluruh dan menyatukan pelbagai kaum di Malaysia.

Tema Hari Guru

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menetapkan tema khas untuk Hari Guru. Tema ini biasanya membawa mesej tentang peranan guru dalam membina masa depan negara.

Contoh tema sebelum ini:
  • 2024: “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani”
  • 2023: “Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI”
  • 2022: “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”
Tema Hari Guru 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan


Tujuan Sambutan Hari Guru

Hari Guru bukan sekadar acara rasmi atau majlis makan-makan. Tujuannya ialah untuk:
  • Menghargai jasa dan pengorbanan guru
  • Menyemarakkan semangat dan motivasi dalam kalangan pendidik
  • Menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan guru.

idea hadiah hari guru ecoshop

Setiap tahun, 16 Mei adalah tarikh istimewa untuk menghargai insan mulia bergelar guru. Tak kisahlah cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, menengah, ataupun pensyarah—mereka semua punya jasa yang tak terbalas. 

Kalau bajet tak besar, tak bermakna kita tak boleh bagi hadiah. Yang penting adalah keikhlasan, bukan harga. Aku dah senaraikan 24 idea hadiah bajet bawah RM10!

1. Pen Marker
2. Multipurpose Wipe Tissue
3. Tupperware
4. Cookies
5. Cermin Mini
6. Botol Air / Tumbler
7. Mini Sejadah
8. Notebook
9. Jewelry Box
10. Lunch Box
11. Set Sudu & Garfu
12. Bunga
13. Kad ucapan
14. Set cawan / Pinggan
15. Facemask
16. Hand Cream
17. Set Alat Tulis
18. Keronsang / Pin
19. Coklat
20. Penanda Buku Custom
21. Scented Candle
22. Frame Ayat Motivasi
23. Homemade Kek Cawan / Kuih
24. Sticker Pack / Washi Tape

Tips Ekstra:
  • Beli pembalut hadiah / plastik lutsinar + reben dari Eco sekali.
  • Gabung 2-3 item jadi "mini gift set".
  • Tambah kad DIY sebagai pelengkap tanda penghargaan.

Yang penting bukan nilai hadiah, tapi nilai penghargaan. Guru tak pernah minta dibalas, tapi bila kita hargai walau sekecil mana pun, mereka pasti tersentuh.

Kalau bajet ketat sangat pun, tak salah kalau bagi ucapan atau peluk cium dari anak-anak kecil—itu pun hadiah juga.

Selamat menyambut Hari Guru buat semua pendidik yang hebat! Terima kasih kerana mendidik kami tanpa jemu.

Dah ready hadiah cikgu anak tahun ni? Kongsikan idea paling rare korang kat komen!

Tags:

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. anak2 takde yang request hadiah hari guru..lagipun untuk sek rendah anak, sebarang perhimpunan di tangguhkan dulu, utk elakkan kes HFMD

    ReplyDelete
  2. x mengharapkan sgt hadiah dari murid2 kerana mrka tinggal jauh di pedalaman...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Out
Ok, Go it!