التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Adakah Blogging Semakin Membosankan?

Assalamualaikum
Bismillah

Perkara yang aku mahu mengelak sebagai blogger sepenuh masa ialah apabila merasakan bahawa 'blogging semakin membosankan' atau mungkin lebih tepat lagi penat jadi blogger sepenuh masa.

Dah masuk 5 tahun aku berblog sebagai blogger sepenuh masa. Cuma penghujung tahun 2023 dan masuk tahun 2024 ni aku rasa berblog sebagai blogger sepenuh masa sangat memenatkan.

Prestasi menurun, pageviews menurun, income menurun, algorithm berubah setiap masa, kena follow up dengan trend semasa, dengan perubahan teknologi yang semakin maju seperti chatgpt. 

Too much for me to handle!

Benda yang aku enjoy setiap masa semakin hari semakin memenatkan kerana kena catch up dengan banyak perkara dalam tempoh setahun.

cute-muslimah-girl


Hmmm... 

Entahlah...

Setiap tahun domain kena bayar, nak bayar internet, dan kirim duit dengan adik-adik lagi. Kalau aku fikir diri aku sendiri sebenarnya makanan dan pakaian semuanya cukup. Suami sentiasa cukupkan. Alhamdulillah.

Cuma sebagai seorang anak, aku sayang ibu bapa dan adik-beradik aku. Aku mahu bagi sesuatu untuk mereka. Kirim duit walaupun tak banyak. 

Sejujurnya di Semenanjung ni aku boleh katakan kos sara hidup terkesan sikit sahaja. Tetapi apabila aku balik Sabah, terkesan banyak sangat dengan kos sara hidup di sana.

Kalau di sini aku beli belanja mungkin seminggu RM100, di sana 3x lipat lagi kos sara hidupnya. Apatah lagi apabila tinggal di bandar Kota Kinabalu. Dengan adik-beradik yang ramai. 

Kadang rasa mahu menangis. Di sini aku cukup makan, tetapi di sana mungkin belum tentu ada lauk. Sejak berumahtangga hidup kami bukannya senang sangat, tetapi Alhamdulillah semuanya cukup. 

Kalau ada rezeki lebih dapatlah kirim lebih dengan keluarga aku dan family in-law juga.

Aku boleh saja berhenti berblog atau jadikan blog sebagai part-time. Tetapi kalau aku buat macam tu, aku tak dapat bagi apa-apa dengan family aku. Dan aku tidak boleh harap suami terus kerana suami pun ada tanggungjawab dengan keluarganya. 

Alhamdulillah, sepanjang aku kahwin suami banyak bagi sokongan dengan aktiviti blog aku. Apabila aku rasa down dengan kerja blog aku, suami yang banyak bagi kata-kata semangat.

Selama aku berblog, tak pernah lagi aku rasa apabila aku buka blog aku mengeluh. Cuma kebelakangan ini aku rasa terlalu banyak keluhan setiap kali buka blog. Dan aku rasa berat mahu menulis. 

I just want to enjoy what I do. 

Banyak benda aku mahu kongsi tentang blog tetapi aku sendiri tidak dapat follow up dengan perubahan Google, SEO dan trend sekarang. Semua ni buat aku hilang semangat. 

Kembalikan semangat yang hilang ni...


تعليقات

  1. Teruskan semangat awak Nurul.. Walaupun sekarang nie kita kena kejar teknologi yang semakin maju, tapi orang tetap mencari maklumat untuk sesuatu perkara, contohnya blog tue sendiri.. Apa yang paling penting adalah kita sampaikan informasi dengan betul dan telus agar ianya tak menjadi satu fitnah pada penulisan kita tue nanti...

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih kak.. betul tu org tetap cari info tu... Semoga apa yg dikongsikan di blog terus memberi manfaat kpd semua

      حذف
  2. Betul, dah tak paham dengan konsep Google ni...Mcm tak berapa bersemangat pun ada... 🥹 Semoga keep tabah Dan ada penyelesaian terbaik untuk masalah yang Berlaku ni....

    ردحذف
    الردود
    1. Kan... konsep Google nie dah byak berubah 2-3 tahun nie... Semoga blogger2 lain juga tetap semangat!

      حذف
  3. Algorithm sentiasa berubah tu, saya lihat ramai yang complaint. Boleh ceritakan lebih lanjut, macam mana boleh berlaku perubahan tu?

    ردحذف
    الردود
    1. Yeaa kalau lihat 5 tahun sebelum nie mmg byak berubah drp skrg.... SEO pun dah tak mcm dulu..

      حذف
  4. Hmm... berat jugak masalah ni... cuba hasilkan buku pulak nurul sbb sy rasa nurul suka menulis tapi skrg mungkin stress sikit sbb dah tak larat nak menulis ikut hukum google

    ردحذف
    الردود
    1. Yeaa kak suka sgat menulis dan berkongsi di blog cuma sedikit stress sbb ini juga sumber pendapatan blog.. nak tak nak kena follow dgn trend skrg... Kalau tak mmg tak dapat apa..

      حذف
  5. seriously akak tak pernah bosan dalam dunia blogging, cuma kadang- kadang ketandusan idea dan penyakit M yang tiba-tiba datang

    ردحذف
  6. good luck Nurul...semoga dapat semula semangat tu... fighting

    ردحذف
  7. Kena tabah menghadapi segala cabaran dlm blogging ni. U can do it!

    ردحذف
  8. insyaallah semoga nurul kekal positif. bila rasa nak stop tu fikir je siapa yang boleh ringankan beban keluarga di Sabah kalau ktia tak cuba membantu

    ردحذف
  9. saya pula tak bosan, cuma tak de semangat nak berblog, dah lama tinggal blog..kini cuba untuk buat come back..banyak benda ttg blog dh tak sama mcm dulu..semoga sis Nurul dapat kembalikan semangat menuliss.chaiyokk

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...