Assalamualaikum
Bismillah
Di rumah kat Sabah, aku ada banyak sangat koleksi buku seperti komik, novel, buku agama, motivasi, English Novel dan buku-buku psikologi.
Aku minat membaca sejak dari kecil lagi. Dan kebanyakkan buku yang aku beli sejak dari sekolah menengah sehinggalah kini masih lagi suka simpan pelbagai jenis koleksi buku.
Ada juga buku yang aku terima sebagai anugerah nilam dan hadiah dari sahabat baik. Yang ini memang aku simpan dan tak bagi kat sesiapa.
Sebenarnya nak juga buat review buku tapi langsung tiada masa. Akhirnya sampai kahwin, review buku apapun tak tertulis. Mungkin aku memang just suka baca saja kot.
Cuma aku agak sedih sebab dalam ramai kami adik-beradik tiada yang mempunyai minat membaca macam aku.
Di rumah sana ada 2-3 rak buku tetapi adik-adik aku tak baca pun. Sampai berhabuk ada yang dah disimpan dalam kotak.
Koleksi buku nie dah jual dan bagi kat orang
Buku-buku yang lain pula aku bagi di perpustakaan sekolah dan sebahagian lagi sedekah dengan kawan adik dan cikgu yang berminat dengan buku tu.
InsyaAllah, raya tahun ini nak hadiahkan sedikit dekat kawan-kawan blogger yang berminat dan nak buku. Aku rasa lebih baik macam tu, at least ada jugalah yang baca buku tu.
Nak bawa balik buku ke Pontian memang tak sanggup sebab banyak sangat haha. So tunggu dapat balik Sabah hujung bulan Mac nie baru atur balik koleksi buku-buku ni.
Sekiranya korang berminat, boleh tinggalkan email ya. Balik Sabah nanti aku cari buku yang sesuai untuk korang.
Sedekah di sekolah2 :)
ردحذفHaha sama banyak buku. Ada buku-buku daripada sekolah rendah lagi.
ردحذفBaguslah hendak hadiahkan kepada mereka yang mahu. Cuma sekarang saya memilih untuk baca buku.
Hi Nurul... Banyak betul koleksi bukunya.. Saya suka buku komik. Lebih2 lagi kalau komik lawak2... Kalau ada boleh sedekah kat sy. rosnizahani@yahoo.com.my
ردحذفSuka yang lawak ya... Okay.. Kalau ada nanti sy email ya
حذفHantar kat public library pun boleh je rasanya. Rajin membaca tu bagusnya 👍
ردحذفMasa saya nak pindah dari Sarawak ke KL 4 tahun lepas, saya sedekahkan buku kanak-kanak dengan kawan-kawan dan buku2 novel dan ilmiah pulak saya sedekahkan dengan perpustakaan di sana. Tapi masih lagi ada 2 kotak buku saya bawak ke KL sebab sayang nak lepaskan. Betul, anak2 zaman skrg kurang suka membaca.
ردحذفBoleh sedekahkan pada library desa or hospital pun boleh. Sesetengah hospital ada sudut bacaan.
ردحذفWah.. Banyaknya koleksi.. Kalau sudi nak memberi, Sha sudi je nak terima..
ردحذفcoklat.funky@gmail.com
banyaknya buku awk nurul.. ulat buku ni.. bagus amalkan amalan membaca..
ردحذفsy pun ada byk koleksi novel dr sebelum kawen... bila dh ada anak, anak pulak kumpul komik bersiri... yg lelaki lain, yg pempuan lain... nak jual, sayang... kena cari jugak tempat nak donate kan
ردحذف