التخطي إلى المحتوى الرئيسي

KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA

kelebihan-hari-arafah

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ''Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudah tentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.” Umar SAW bertanya, “Ayat yang mana satu?'' Dia menjawab

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: 'Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan ) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa ( maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' (Surah al-Ma'idah: 3)


Umar berkata lagi, ''Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.'' Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibnu Abbas dan seumpamanya, beliau telah berkata ,''Ia telah diturunkan pada dua hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.''

Hari Raya Korban (Aidiladha)

Hari Raya Korban (Aidiladha) iaitu hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Hari raya ini dilakukan setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.

 Apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka diampunakan segala dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW:

الْحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: ''Haji itu berada di Arafah.''

Riwayat Ibnu Majah (3015),al-Nasaie (3016),Ibnu Khuzaimah (2822) di dalam Sohihnya,Imam Ahmad (18774) di dalam Musnad

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf. 

Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

Sesungguhnya ibadah Haji tidak diwajibkan kepada semua orang Islam setiap tahun sebagai keringganan terhadap hamba-hamba-Nya. Haji ialah fardu kifayah ke atas seluruh kaum muslimin pada setiap tahun. 

Berlainan pula dengan puasa Ramadhan yang wajib dilakukan pada setiap tahun atas setiap umat Islam. Apabila selesai melakukan ibadat di Arafah, maka terlepaslah orang-orang beriman itu daripada azab api neraka dan selepas itu semua umat Islam menyambut hari raya.

Disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iatu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan. 

Bagi yang menunaikan haji, mereka selanjutnya melontar jamrah, disyariatkan juga ke atas mereka untuk bertahallul daripada perkara yang diharamkan haji, melakukan sunat haji, menunaikan nazar mereka, menyembelih binatang untuk dikorbankan kemudian melakukan tawaf di Baitul ‘Atiq (Kaabah). 

Kaum muslimin yang lain pula berkumpul untuk melakukan zikir, takbir dan solat sunat hari raya. Mikhnaf bin Sulaim, Beliau dalam kalangan sahabat, meraikan Hari Raya Aidilfitri seperti melakukan Umrah, meraikan Hari Raya Aidiladha seperti melakukan Haji. 

Selepas itu mereka melakukan korban sebagai mensyukuri segala nikmat yang diberikan. Solat dan korban pada Aidiladha adalah lebih mulia daripada solat dan sedekah pada Hari Raya Aidilfitri. 

Untuk ini, Rasulullah SAW disuruh melakukan solat dan penyembelihan selepas diberikan al-Kautsar, dan dikatakan,

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: ''Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk pencipta sekalian alam.'' (Surah Al-An'am :162)

Oleh itu, kita disuruh untuk membaca ayat ini ketika melakukan penyembelihan korban. Korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. 

Sesungguhnya Allah mensyariatkan ke atas Nabi Ibrahim ketika Allah menebus anak Nabi Ibrahim dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dalam hadis riwayat Zaid bin Arqam, dikatakan kepada Rasulullah SAW:

قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْأَضَاحِيُّ قَالَ سُنَّةُ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ قَالُوا مَا لَنَا مِنْهَا قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ فَالصُّوفُ قَالَ بِكُلِّ شَعْرَةٍ مِنْ الصُّوفِ حَسَنَةٌ

Maksudnya: ''Apa itu korban?.'' Baginda bersabda, ''Ia sunnah bapa kamu, iaitu Nabi Ibrahim,'' Beliau bertanya lagi, ''Apakah padanya kebaikan kepada kami wahai Rasulullah ?'' Baginda bersabda,''Setiap helai rambut adalah pahala.'' Katanya lagi, ''Bagaimana pula dengan bulunya?'' Baginda bersabda, ''Setiap helaian rambut daripada bulunya ialah pahala.''

Riwayat Imam Ahmad (19283), al-Baihaqi (19489) di dalam Sunan al-Kubra,Ibnu Majah (3217)

Ini adalah hari raya yang diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini selepas menyempurnakan perintah Tuhan mereka Yang Maha Memiliki lagi Maha Memberi. Juga sebagai pemberian daripada apa yang telah dijanjikan oleh Allah dalam bentuk ganjaran serta pahala. 

Suatu kumpulan telah terserempak dengan seorang pendeta di kawasan penyembahan. Mereka berkata kepadanya, ''Bilakah hari perayaan penduduk kawasan ini?'' Jawabnya, ''Hari yang diampunkan dosa para penduduknya.''

Hari raya bukan hari untuk kita memakai pakaian baharu tetapi hari untuk mereka yang bertambahnya ketaatan dalam menyempurnakan suruhan Tuhan. 

Hari raya bukan hari untuk menunjuk pakaian yang cantik dan kenderaan yang mewah tetapi hari yang diampunkan segala dosa. 

Pada hari malam raya, diagihkannya tanda kebebasan dan pengampunan ke atas hamba. Sesiapa yang memperolehnya, ia akan merasai nikmat perayaan itu. Sesiapa yang tidak meraihnya, maka ia telah terusir jauh daripada sifat tersebut.

Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah menyambut dua hari raya.

Maka Rasulullah SAW telah bersabda,

فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ

Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.'' Riwayat Imam Ahmad (12362)

Allah telah menggantikan kepada umat-Nya dua hari untuk berseronok kosong dan lalai pada hari itu dengan hari untuk kita bersyukur,memohon keampunan dan kemaafan antara satu sama lain.

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Hari Arafah banyak kelebihan, antaranya:
  • Hari penyempurnaan agama dan nikmat
  • Hari raya bagi seluruh umat Islam.
  • Hari Arafah merupakan genap (as-Shafa') dalam surah al-Fajr.
  • Sebaik-baik hari
  • Menyamai 10 000 hari
  • Haji yang Agung
  • Puasanya akan menghapuskan dosa untuk dua tahun
  • Hari pengampunan dosa, pelepasan azab api neraka dan kemegahan bagi orang berwuquf di Arafah
  • Berpuasa pada hari itu

SUMBER : BAYAN LINNAS SIRI KE-110 : KELEBIHAN HARI ARAFAH DAN HARI RAYA AIDILADHA

تعليقات

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...