التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Ciri-Ciri Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Jun [Updated 2023]

Assalamualaikum
Bismillah

Ciri-ciri personaliti orang yang lahir bulan Jun ini tidak semestinya betul dan tepat pada seseorang. Orang yang lahir pada bulan Jun nie biasanya dikaitkan dengan beberapa ciri keperibadian tertentu.

Namun, perlu diingat bahawa ciri-ciri ini hanya generalisasi dan tidak mutlak berlaku untuk setiap individu. Keperibadian seseorang dipengaruhi oleh berbagai faktor, termasuk pengalaman hidup, lingkungan, dan faktor genetik. 


Sifat-sifat positif orang lahir bulan Jun

  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • Suka buat lawak dan bergurau 
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan dan pandai berkawan
  • Orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap
  • Suka berkemas
  • berfikiran jauh & berwawasan
  • mudah ditawan kerana sikap baik
  • berperangai yang lemah lembut

Sifat-sifat Negatif Orang Lahir Bulan Jun

  • Bersikap sensitif 
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera 
  • Bersikap suka bertangguh
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Cepat rasa bosan 
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati 
  • Suka kepada barang yang berjenama
  • Kedegilan yang tidak terkawal
Sumber : aynorablogs

Ciri-Ciri Personaliti Orang Yang Lahir Bulan Jun

Berikut ini adalah beberapa ciri-ciri umum yang dikaitkan dengan orang yang lahir bulan Jun :

1. Kreatif: Orang yang lahir bulan Jun cenderung memiliki imaginasi yang kuat dan memiliki bakat kreatif. Mereka sering memiliki minat dalam seni, musik, atau penulisan.


2. Adil: Individu yang lahir pada bulan Jun umumnya memiliki rasa keadilan yang kuat dan cenderung bersikap objektif dalam memperlakukan orang lain. Mereka memiliki kemampuan untuk melihat berbagai sudut pandang dan membuat keputusan yang adil.

3. Komunikatif: Orang yang lahir bulan Jun memiliki kemampuan komunikasi yang baik. Mereka sering memiliki daya tarik sosial dan dapat berkomunikasi dengan orang-orang dari berbagai latar belakang.

4. Penyayang: Individu yang lahir pada bulan Jun cenderung menjadi peribadi yang hangat dan penuh kasih. Mereka dapat menunjukkan empati dan kepedulian yang tinggi terhadap perasaan orang lain.

5. Fleksibel: Orang yang lahir bulan Jun biasanya bersifat fleksibel dan mudah beradaptasi dengan perubahan. Mereka memiliki kemampuan untuk menghadapi cabaran dengan sikap terbuka dan mencari solusi yang kreatif.

6. Intelektual: Orang yang lahir pada bulan Jun sering kali memiliki kecerdasan yang tinggi dan memiliki minat dalam pengetahuan. Mereka sering bersemangat dalam mencari pemahaman yang lebih dalam tentang dunia di sekitar mereka.

Pendapat Peribadi Tentang Ciri-Ciri Positif & Negatif

Dari segi sifat positif itu tidak semua yang ada pada aku. Misalnya suka buat lawak dan bergurau. Boleh jugalah bergurau tapi tak lawak. Berwawasan dan berfikiran jauh tu.. hmmm banyak angan-angan kot. Nak buat itu ini dan banyak lagi last-last tak jadi buat. 

Manakala kalau lihat dari sudut negatif tu banyak yang kena dengan diri sendiri. Aku tak berapa sensitif sangat tetapi memang seorang yang cepat marah dan cepat reda kemarahan. Hari ini marah, 5 minit kemudian okay dah. Cepat bosan, moody, mood swing tu memang kena sangatlah. Aku cepat bosan dengan rutin yang berulang-ulang. Suka buat sesuatu yang luar dari kebiasaan. 

Sikap terlalu memilih dan cerewet ini pun ada juga. Aku paling cerewet sekali apabila nak makan. Makan seafood tak boleh, makan terlalu pedas, manis, masam dan masin pun aku tak suka juga. Degil tu memang personaliti yang ada dalam diri aku juga, 

I'm type of person yang makin dilarang, makin dibuat. Bukan buat benda tak baik lah. Contohnya, dulu aku selalu berhadapan dengan orang yang kata "tak payahlah sambung study, kerja lagi bagus". Then aku pun ambil keputusan sambung study haha~ 

Suka barang berjenama tu sangatlah tak padan dengan diri aku kot. Mungkin sebab aku dari dulu dah terbiasa hidup susah, so aku tak terlalu suka barang yang trendy gitu. 


Pendapat Peribadi Tentang Ciri-Ciri Personaliti

Dari segi kreativiti rasanya semua orang ada ciri-ciri kreatif mereka yang tersendiri. Namun tidak dinafikan aku memang seorang yang minat ke arah seni penulisan (menulis blog). 

Manakala dari segi sikap adil, semampunya kita mahu bersikap adil kan. Untuk menjadi orang yang adil melibatkan sikap dan tindakan yang adil dalam berinteraksi dengan orang lain. 

Tidak semua orang mampu bersikap adil kerana nak jadi seorang yang adil kena berusaha untuk menjadi objektif dalam pandangan dan penilaian kita terhadap orang lain. Selain itu juga kena sentiasa berbuka untuk mendengar pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. 

Dari segi komunikasi pula aku seorang yang introvert, tetapi tidak bermaksud aku kurang berkomunikasi dengan orang sekeliling. Aku ramai saja kawan dari pelbagai latar belakang cuma aku lebih suka untuk memilih linkungan yang sama cara fikir dan dalam kelompok yang lebih kecil.

Dalam erti kata lain, aku suka teman yang lebih berkualiti berbanding kuantiti. It's okay kawan tak ramai asalkan dia ada ketika susah dan senang. 

Dari aspek penyayang pula, hmm secara peribadi aku orangnya penyayang. Hehe.. Susah nak nilai diri sendiri penyayang atau tidak. Tetapi ramailah kawan dan family kata aku ada ciri-ciri penyayang (macam ibu) gitu. 

Fleksibel bagi aku memang seorang yang fleksibel dengan perubahan. Apa sahaja perubahan aku senang untuk beradaptasi dan gemar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dan aku juga tidak gemar terikat dengan rutin atau cara yang sedia ada. 

Manakala dari segi intelektual pula aku suka belajar sesuatu yang baru terutama sekali yang berkaitan dengan dunia blogging dan minat untuk terus belajar dan mengembangkan pemahaman dalam kerjaya sebagai blogger sepenuh masa. 

Siapa yang lahir bulan JUN? Ada tak ciri-ciri personaliti ini dalam diri korang?


تعليقات

  1. Whoaaaaa... Saya ade member bulan June, hampir sama gak !
    Hihi..saya baby March ~

    ردحذف
  2. mmg banyak yg sama tapi ade jugak yg tak same... hihi

    ردحذف
  3. Boleh jadikan rujukan untuk soulmate yang lahit bulan Jun hihi

    ردحذف
  4. Ciri2 Jun ni mmg sma la.. Bab lawak tu tak buat mcm org cari mkn kena cari idea nk bg org gelak, June ni rsanya lbh secara spontan..

    ردحذف
  5. Iya ada...terlalu sensitif..merajuk tapi tak lama...berwawasan semestinya..satu yg istimewa suka tolong orang..dan sabar dlm apa jua keadaan

    ردحذف
  6. hampir semua yg positif tu sama. yg negatif tu semua sma.🤣🤣🤣

    ردحذف
  7. betul tu, saya ni selesema tak henti2

    ردحذف
  8. Kebanyakan sifat ada yang sama .Tetapi, ada yang tidak betul.Pasal berkawan, saya ni introvert. Suka berkemas tu tak selalu pun.kalau tertib dan lemah lembut tu memang tiadalah sebab saya ni kadang2 buat benda menggelabah pula.Dari segi negatif, aku ni x suka lengahkan kerja kalau buat macam tu mampuslah. Degil x terkawal tu ada tempatnya because I have my own perception about something that is good.kalau pasal beli belah ni pula, aku x terfikir pla pasal beli barang berjenama ni selalunya aku beli saja apa yang patut x kisah berjenama atau x.

    ردحذف
  9. hahaha kita juni, kita geng!!
    high 5 sket....
    tp part suka brg branded tu mcm kurang tepat kan ahaha..

    yg lelain so far kebanyakkan nya mmg betul :D

    ردحذف
  10. Atok ada anak lahir bulan Jun, alim la atok pun kene tegur.hihi

    ردحذف
  11. abah akak lahir bulan Jun. Ikut ciri tu ada juga yang kena, ada yang tak...

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...