التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

Assalamualaikum
Bismillah

Air liur adalah air yang berada di dalam mulut selama mana ia berada di dalamnya. Adapun sekiranya ia dikeluarkan daripada mulut maka ia disebut sebagai بُصاق (air liur yang telah diludahkan).

Para fuqaha tidak terlalu membahaskan isu ini dengan begitu mendalam. Ini kerana secara umumnya mereka hanya mengulas isu menelan air liur dan juga isu mengumpul air liur lalu menelannya.

Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah:

لَوِ ابْتَلَعَ مِنْهُ الرِّيقَ لَا يُفْطِرُ

Maksudnya: Sekiranya ditelan air liur maka ia tidak membatalkan puasa. Rujuk Raudhah al-Thalibin, Al-Nawawi (2/357)


Manakala dalam kitab beliau yang masyhur dengan sebutan Fatawa Al-Nawawi beliau menyatakan:


إِذا ذاق الصائم طعامًا ولم يبلعْه، أو مضغ الخبز، أو نحوَه ولم يبلعه، أَو جمع الريق في فيه ثم ابتلعه، أو دخلت ذبابة في جوفه بغير اختياره، أو كان يغربل حِنطة، أو دقيقًا، أو غيرَهما وفتح فمه فدخله شيء من الغبار، أو سبقه ماء المضمضمة، أو الاستنشاق من غير مبالغة هل يُفطر؟ الجواب: لا يفطر في جميع ذلك، والله أعلم

Maksudnya: Apabila seseorang yang berpuasa itu merasa makanan dan tidak menelannya, atau dia mengunyah roti dan selainnya namun tidak menelannya, atau seseorang itu mengumpulkan air liur di dalam mulutnya, atau seekor lalat masuk ke dalam rongganya tanpa sebarang kehendak darinya, atau dia sedang mengadun gandum atau tepung dan selainnya lalu dia membuka mulutnya dan masuk sedikit daripada debu-debu, atau tertelan air berkumur atau istinsyak tanpa dia berlebihan (dalam perbuatan tersebut), adakah ini membatalkan puasa ?

Jawapan: Kesemuanya ini tidak membatalkan puasa. Lihat Fatawa Al-Nawawi (1/90).


Manakala dalam kitab Al-Majmu’ beliau berkata: ‘’Menelan air liur tidak membatalkan puasa berdasarkan ijma’ sekiranya ia dilakukan secara adat. Ini kerana kesukaran untuk mengelakkan dari melakukannya’’.

Imam Al-Nawawi juga menyatakan bahawa terdapat tiga syarat yang menjadikan menelan air liur tidak membatalkan puasa seperti yang kami ringkaskan dalam beberapa noktah berikut:

  • Pertama: Ianya semata-mata air liur. Sekiranya air liur bercampur dengan sesuatu dan berubah warnanya maka batal puasa sekiranya ia ditelan.

  • Kedua: Seseorang itu menelan air liur melalui bahagian salurannya. Sekiranya air liur telah keluar dari mulutnya kemudian dia memasukkannya semula melalui lidahnya atau selain lidahnya lalu dia menelannya maka ini membatalkan puasa.

  • Ketiga: Dia menelan air liur secara normal (adat kebiasaan). Sekiranya seseorang itu menghimpunkan air liurnya (di dalam mulutnya) dengan sengaja lalu dia menelannya, adakah ia membatalkan puasa ? Maka ada dua pendapat yang masyhur dalam mazhab Al-Syafi’e dan yang sahihnya ia tidak membatalkan puasa. 
Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (6/318).


Manakala Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi pula berkata: ‘’Dan sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti menelan air liur maka ia tidak membatalkan puasa. Ini kerana menahan dari hal tersebut adalah menyukarkan. Ia sama seperti debu-debu jalanan dan juga debu-debu tepung. Sekiranya seseorang itu mengumpulkan air liur kemudian dia menelannya dengan sengaja, maka yang demikian itu tidak membatalkan puasanya’’. Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (3/16).

Kesimpulan


Perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan oleh orang yang berpuasa antaranya adalah menelan air liur, menghidu wangi-wangian, dan juga debu-debu jalanan maka kesemuanya ini adalah tidak membatalkan puasa.

Justeru, menelan air liur secara umumnya tidak membatalkan puasa. Sekiranya seseorang itu menghimpunkan air liur di dalam mulutnya lalu dia menelannya, maka sebahagian ulama menyatakan ia dimakruhkan. 

Manakala sekiranya seseorang itu telah mengeluarkan air liur dari mulutnya kemudian dia menelannya semula, maka ini membatalkan puasa.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.



تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...