التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Susu Rizqi Mamadil Pelbagai Perisa Kenyang & Bertenaga Sepanjang Hari

Hari ni aku nak kongsi sikit tentang produk Susu Rizqi daripada Mamadil. Kalau korang nak tahu, Mamadil ni menyediakan produk-produk yang berkaitan skincare, supplements, kosmetik dan salah satu produk Mamadil yang tak asing lagi ialah Susu Rizqi. 

Sebelum ini aku dah pernah cuba produk Mamadil Women Love

Susu Rizqi Mamadil

Susu Rizqi Pelbagai Perisa

Susu Rizqi ni adalah susu yang berasaskan susu kambing asli. Terdapat 4 jenis perisa iaitu Coklat, Vanila, Stawberi dan Kurma. Antara bahan utama dalam susu rizqi adalah susu kambing, kuma, madu lebah, habbatus suda dan minyak zaitun. Difomulasikan dengan Gula Nano (gula yang sesuai untuk ibu hamil yang GDM)

Kandungan Bahan

Setiap satu bahan ni ada khasiat tersendiri dan terkandung dalam setiap paket susu Rizqi. Nak tahu kelebihan setiap bahan tu tak? Mari kita tengok satu persatu:

1. Madu
Dipercayai dapat menghaluskan kulit, memberi tenaga dan menyihatkan minda

2. Ekstrak Kurma
Boleh memberi tenaga, membanttu pertumbuhan dan perkembangan dalam fizikal

3. Kismis
Kismis sememangya terkenal untuk meningkatkan kekuatan memori dan tumpuan, kecerdasan minda dan juga untuk kecantikan kulit.

4. Habatus Sauda
Ini pula membantu dalam merawat kulit, menambah tenaga dan susu badan dengan cepat.

5. Ekstrak buah zaitun
Buah zaitun ni sangat kaya dengan khasiat vitamin dan mineral. Selain tu ia berkesan untuk melembabkan kulit dan sangat baik untuk ibu hamil.

6. Susu kambing
Susu kambing ni pula adalah bahan asas untuk penjagaan kulit asli sejak dahulu yang berupaya untuk menghalus dan melembapkan kulit keseluruhannya.

Harga Susu Rizqi Mamadil
Harga Susu Rizqi RM79.00

Untuk pengetahuan korang, Susu Rizqi ni adalah susu pertama di Malaysia yang khas untuk kulit sihat dan telah dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi. Dan sememangnya, produk ni telahpun diluluskan oleh KKM, Halal untuk diminum dan telah dianugerahkan Super Health Brand 2018/19.

Kandungan utama Susu Rizqi Mamadil ni, iaitu Susu Kambing sebenarnya diimport khas dari Holland, dan kualiti keluarannya yang premium sangat dijamin. Dengan pengambilan susu ni, dapat bantu korang untuk selesaikan masalah yang korang hadapi dan kesannya boleh dirasai seawal 2 minggu.

Kebaikan Susu Rizqi 

Memandangkan kat atas kita dah tengok khasiat untuk bahan-bahannya, sekarang mari tengok kelebihan khas untuk Susu Rizqi pula. Antara kelebihannya ialah :

1. Membantu dalam menyihatkan kulit agar lebih bersih dan lebih berseri.
2. Dapat membekalkan tenaga ekstrak untuk kerja seharian untuk anak-anak dan juga ibu bapa.
3. Dapat membantu dalam penghadaman.
4. Boleh meningkatkan kecerdasan minda bagi kanak-kanak.
5. Membantu dalam penambahan susu bagi para ibu.

Susu Rizqi Mamadil Untuk Ibu Mengandung

Susu ini juga sangat sesuai untuk seluruh isi keluarga dan juga ibu mengandung. Kebanyakkan review pengguna menyatakan susu ini dapat mengurangkan alahan & Morning Sickness. Selain itu juga dapat memberikan tenaga ekstra, korang pun tahu juga kan jadi ibu mengandung ini penat dia berkali-kali ganda lagi. Dah lah perut sarat mengandung. 

Susu Rizqi Mamadil Untuk Ibu mengandung

Bahkan, kebanyakkan para ibu yang pernah minum susu riqzi bagi feedback dapat meningkatkat HB ke paras normal. Kita ini usaha saja kan selagi mampu. Kalau boleh nak para ibu sihat sahaja. Dan juga ia bertindak sebagai Milk Booster untuk bakal ibu. Dan megelakkan bayi kuning semasa lahir. 

Testimoni Susu Rizqi Mamadil

Susu Rizqi Mamadil

Susu Rizqi Mamadil

Susu Rizqi Mamadil


Hah, kalau korang ni termasuk dalam kalangan mereka yang ada masalah kulit, sunburn, kulit kering, gatal dan menggelupas, mungkin dah tiba masanya untuk korang cuba minum Susu Rizqi ni.

Susu Rizqi ni bukan sahaja sesuai untuk masalah kulit tapi juga sesuai diminum untuk kanak-kanak. Dengan rasa aiskrim, susu kambing tanpa rasa hamis ni sememangnya dapat membantu menceriakan hari kanak-kanak anda.


Cara pengambilan Susu Rizqi

Susu ini disediakan dalam sachet jadi korang boleh bancuh dengan mudah. Korang hanya perlu :
  • 1 sachet pagi dan 1 sachet malam, air 150ml dan boleh diambil sebelum atau selepas makan (Untuk kanak-kanak)
  • 2 sachet dikacau sekali dan 300ml air (Untuk dewasa, ambil 2 sachet terus supaya dapat kesan lebih cepat!)
Cara minum Susu Rizqi Mamadil

Cara Pengambilan Susu Rizqi Mamadil

Rasanya sedap macam aiskrim dan manis berlemak. Nak campur dua jenis perisa sekali pun boleh. Nak buat jadikan resepi lain juga boleh.  Boleh buat Red Velvet Cheese Cake ataupun Vanila Smoothie Durian Guna Susu Rizqi juga guys. Boleh cuba sendiri, sedap dan berkhasiat.

resepi guna Susu Rizqi Mamadil

Susu Rizqi Mamadil Pelbagai Perisa Kenyang & Bertenaga Sepanjang Hari

Kalau korang nak tahu Susu Rizqi ini pada mulanya mempunyai 3 jenis perisa sahaja iaitu perisa Vanila, Coklat dan Strawberi. Dan yang terbaru pula perisa Kurma. Mamadil 'release' perisa Kurma sebab ramai sangat pengemar Susu Rizqi ini nak perisa kurma. Tidak dinafikan aku sendiri penggemar susu perisa kurma. 

Paling best kalau minum susu kurma semasa puasa. Tak lama lagi dah nak puasa kan? Korang dah ganti puasa ke belum? Jangan lupa tau cuba Susu Rizqi perisa kurma sebab sangat berbeza dengan susu kurma yang lain, bukan ada ekstrak kurma sahaja tetapi ekstrak buah tin sekali. Sedap minum masa sahur nanti kan. 

Ganti puasa dengan Susu Rizqi, Kekal Bertenaga dari sahur sampai berbuka

Siapa di sini yang tak suka makan berat ketika sahur, minum sahaja susu rizqi perisa kurma. InsyaAllah korang pasti bertenaga dan rasa kenyang sepanjang hari. Mungkin ramai yang dah tahu petua untuk tahan lapar semasa berpuasa khususnya ketika hamil adalah dengan mengamalkan susu kurma ketika sahur akan menyebabkan perut berasa kenyang sepanjang hari walaupun tidak makan nasi. 

Susu Rizqi Mamadil

Bukan itu sahaja, badan pun kurang letih dan walaupun dah berbuka korang kurang nak makan banyak sangat. Dan paling best kalau ada gastrik. Memang sangat baik untuk korang. Aku sendiri ada gastrik dan cuba amalkan minum susu kurma. Alhamdulillah perut aku tidak meragam. 

Hah, lepas baca ni, korang dah ada niat tak nak beli? Kalau ada, cepat-cepat selitkan order korang. Jangan beli sembarang tau, setakat ini produk MAMADIL tidak dijual dimana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada dan lain-lain ya guys. Jadi elakkan membeli di platform tersebut. 

Susu Rizqi Mamadil Scammer

Produk keluaran Mamadil ni hanya diedarkan kepada wakil jualan sah yang sudah berdaftar di bawah Mamadil. Sebelum buat pembelian tu, pastikan korang check dulu maklumat penjual tu tau. 

Kalau nama dorang tu tak wujud dalam sistem, korang jangan pergi beli dengan dorang pula ya. Kalau tak nak guna cara ni, korang boleh juga dapatkan Susu Rizqi Mamadil di 17 cawangan Mamadil yang ada di seluruh Malaysia. 

Baiklah, sampai sini saja perkongsian aku tentang Susu Rizqi Mamadil ni. Kalau tengok review, memang banyak juga para ibu, wanita dan anak-anak yang suka sangat dengan produk ni. Apalagi, giliran korang pula untuk cuba. Manatau boleh jadi pengguna setia produk Mamadil ni. Sekian!


Untuk maklumat lanjut boleh layari : 

Website : https://mamadil.com.my/
Instagram : Mamadil Official Store
Facebook : https://www.facebook.com/MamadilMy


تعليقات

  1. Oh! Baru tau yang mamadil ni adalah susu pertama di Malaysia yang khas untuk kulit

    ردحذف
  2. laaa...ingat mamadil ni untuk ibu je ada..anak pun ada yea

    ردحذف
  3. Bagus produk ni..tgk founder pun meletop habis heher

    ردحذف
  4. Nampak sedap pulak bila buat smoothie tu..

    ردحذف
  5. Baru tahu susu nih ada banyak perisa, bolehlah pilih2 nak cuba perisa yang mana yang penting tekak boleh terima dan boleh diminum.

    ردحذف
  6. banyak kebaikkan dalam susu ni.paling best boleh perisa yang kita nak

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...