التخطي إلى المحتوى الرئيسي

10 Faedah untuk Perniagaan anda di Malaysia Jika Punya Aplikasi Mudah Alih

Assalamualaikum
Bismillah

Sedar tak sedar, kalau kita nak buat business tapi tak ada aplikasi mudah ahli yang khusus, mesti susah kan? Dengan aplikasi mudah ahli yang kita ada, petik jari jer dah boleh selesai urusan yang kita nak buat tu. Pernah dengar tentang Ariyes Online tak? 

Ha, kalau nak tahu, dorang ni merupakan It Company di Malaysia yang menawarkan penyelesaian Digital untuk hampir semua jenis industri. Selain dapat menjalankan perniagaan dengan sokongan teknologi, ia dapat menjamin keselamatan imej jenama anda dan melindunginya dari ancaman siber.

Nak tahu faedah-faedah yang kita boleh dapat untuk perniagaan di Malaysia kalau kita ada aplikasi mudah ahli? Jom baca artikel ni sampai habis. 

1. Meningkatkan Kecekapan dalam Perniagaan 
Banyak aplikasi yang dihasilkan untuk tujuan pemerhatian dan memudahkan proses perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin mebuat poster untuk perniagaan anda, anda boleh menggunakan aplikasi Canva, PicsArt dan lain-lain. 

Aplikasi ini juga sesuai kerana, bukan sahaja memudahkan tugas anda, tetapi dapat meningkatkan semangat untuk bekerja. 

Namun, pemilihan aplikasi adalah sangat penting. Ia akan menjadi lebih baik jika anda menggunakan aplikasi yang boleh dipercayai atau mengunakan aplikasi khusus untuk perniagaan. 

2. Menawarkan Skalabiliti yang Tinggi
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu pastikan anda mengunakan aplikasi yang berkualiti tinggi. Lazimnya, ada pembayaran yang perlu dibuat untuk mendapat akses yang lebih banyak dengan aplikasi yang anda gunakan. 

Aplikasi khas yang berkualiti tinggi dapat memberikan kepuasan yang lebih tinggi selain memastikan aplikasi ini dapat menampung semua maklumat perniagaan anda.

3. Menjaga Data Aplikasi 
Terdapat pelbagai aplikasi yang wujud, namun hanya sebahagian yang benar-benar boleh dipercayai. Jika anda memiliki aplikasi mudah ahli yang khusus untuk perniagaan, ia dapat menjamin keselamatan data yang anda simpan di dalam aplikasi tersebut. 

Oleh itu, pemilihan aplikasi mudah ahli ini sangat penting dalam perniagaan anda untuk mengelakkan hal seperti kehilangan data berlaku.

4. Bergabung dengan Perisian yang Ada
Setiap aplikasi mempunyai peranan masing-masing. Namun, penggunaan aplikasi mudah ahli yang khusus dapat memudahkan anda untuk mengambil kira perisian perniagaan semasa anda selain dapat menggabungkan data yang diperlukan tanpa ada masalah. 

5. Mudah untuk Dikekalkan 
Ia akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai aplikasi perniagaan khusus untuk perniagaan berbanding menggunakan aplikasi am yang ada. Menggunakan aplikasi am bermaksud anda akan bergantung sepenuhnya kepada aplikasi tersebut. 

Jika terjadi sesuatu dengan aplikasi tersebut, perniagaan anda mungkin terjejas. Oleh itu, lebih baik jika mempunyai aplikasi khas sendiri. 

Ok, sebelum kita teruskan, nak sentuh sikit pasal Ariyes Online ni lagi. Kalau nak tahu, sektor yang website ni sediakan ada banyak termasuklah: 
  • CRM Sistem 
  • Pengubahsuaian & Pelaksanaan ERP 
  • Pemasangan Infrastruktur Rangkaian 
  • Pemulihan dari sebarang kerosakan 
  • Siber Sekuriti 
  • Pusat Panggilan Automasi 
  • Sokongan Teknikal, dan lain-lain 

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh masuk ke dalam website Ariyes Online. 



6. Meningkatkan Hubungan dengan Pelanggan 
Dengan menggunakan aplikasi khas untuk perniagaan, anda dapat memastikan semua maklumat atau data yang disimpan terjaga dengan baik. 

Selain itu, dapat memudahkan pelanggan apabila mereka menggunakannya. Hubungan yang baik dapat dijana antara pelanggan dan mereka pasti akan rasa puas hati dengan perkhidmatan yang anda sediakan. 

7. Memudahkan Pengambilan Data Pelanggan Baru 
Pengambilan data baru daripada pelanggan akan menjadi mudah jika anda mempunyai aplikasi khusus sendiri. 

Anda boleh menambah ruang baru dalam aplikasi anda untuk tujuan meninjau dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Cara ini lebih mudah berbanding membuat tinjauan secara manual atau kertas. 

8. Menyediakan Masa Sebenar Akses Projek 
Ini sangat penting terutama jika anda sedang melancong atau bercuti. Dengan hanya masuk ke dalam aplikasi khusus anda, anda dapat akses sepenuhnya untuk maklumat yang diinginkan. 

Selain itu, anda dapat menyusun dari telefon ke computer atau i-pad untuk smeua jenis dokumen. 

9. Mudah untuk Mengurus Projek 
Aplikasi khusus memudahkan anda untuk mengurus projek dari masa ke semasa, Anda dapat melihat perkembangan secara automatik tentang perniagaan anda. 

Semuanya hanya akan berada di hujung jari dari menyiapkan, menghantar, dan menerima dokumen. 

10. Merekod Fail Digital untuk Akauntabiliti 
Akan menjadi lebih mudah untuk menyimpan idea baru untuk perniagaan anda jika anda mempunya aplikasi khusus. 

Semuanya boleh dirakam dan disimpan dengan selamat dan hanya boleh diakses oleh kakitangan yang dibenarkan. Sebagai hasilnya, dapat meningkatkan akauntabiliti dan dapat menjaga hubungan baik dengan pelanggan. 


Selesai sudah senarai faedah yang boleh diperolehi jika kita menggunakan aplikasi khusus untuk perniagaan kita. Banyak bukan? 

Sekiranya anda memerlukan servis untuk membuat website yang bagus, atau memerlukan servis dari agensi Digital Marketing di Malaysia, anda boleh saja menggunakan khidmat Go Get Space! 




Kita boleh kemukakan idea perniagaan kita dan boleh dapatkan penyelesaian teknologi yang sesuai untuk perniagaan kita di Ariyes Online. 

Memandangkan mereka mempunyai pakar sendiri, ia akan menjadi lebih mudah untuk mengurus perniagaan anda! 

Anda boleh baca maklumat seterusnya melalui link di atas tentang khidmat Go Get Space yang menyediakan servis App Development Malaysia, pemasaran secara digital, mencipta web, dan banyak lagi.

تعليقات

  1. Sekarang kalau ada apps untuk business senang nak cari customers. Lebih mudah digunakan. :)

    ردحذف
  2. kalau tengok kelebihan dia, banyak berkisar tentang data dari business atau projek tersebut

    ردحذف
  3. good sharing! apps mmg sngt memudahkan sbb skrg ni smua di hujung jari kan

    ردحذف
  4. Bisnes sekarang memang nak kena guna app sama ada app buatan sendiri atau app yang sedia ada di Play Store atau App Store.

    ردحذف
  5. Wahh banyak nya kelebihan. Bagus betul lah Aries online ni

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...