التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Aku Tak Jumpa Kerjaya Yang Mampu Memberi Kepuasan Selain Berblog

Assalamualaikum
Bismillah

Kenapa Memilih Blog Sebagai Kerjaya? 

Sebenarnya ini adalah soalan yang paling hangat sekali aku dapat daripada pembaca setia blog ini. Ada yang sampai katakan rugi aku belajar sampai ijazah tetapi akhirnya aku memilih untuk menjadi blogger. Malah blogger sepenuh masa pula tu. 

Dulu kalau cikgu tanya cita-cita aku nak jadi apa? Jawapan yang biasa aku jawab "Nak jadi cikgu". Sebab itu saja satu-satunya pekerjaan yang biasa aku lihat. Lagipun kerjaya sebagai seorang "guru" adalah suatu yang mulia kerana kita menyampaikan ilmu kepada pelajar. 

Apabila dah meningkat remaja, aku mula memikirkan apa sebenarnya aku nak jadi selepas habis SPM nanti. Aku tak yakin boleh jadi guru yang boleh handle ramai pelajar. Haha aku bukan penyabar orangnya. 



BLOGGER SEPENUH MASA

Cita-Cita Dari Dulu Memang Nak Jadi Blogger...

Aku baru sedar selepas aku mula ada blog, aku memang dari dulu ada cita-cita untuk jadi blogger. Hal ini demikian sebab aku SUKA BELAJAR, MENULIS, MEMBACA, BERFIKIR & BERKONGSI. Aku suka belajar banyak benda. Apatah lagi apabila sesuatu ilmu yang dipelajari itu dapat digunakan untuk kehidupan seharian aku. Aku percaya setiap ilmu itu pasti ada sesuatu yang akan mengajar kita. 

Aku belajar tinggi sehingga ada Ijazah bukanlah semata-mata untuk dapat kerja. Aku memang terlalu suka belajar ilmu baru dan kemahiran baharu. Cuma Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian (Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga) adalah salah satu cabang ilmu yang aku ingin ada dalam diri kerana ilmu ini bagi aku sangatlah mahal. 

Ilmu psikologi ini dapat digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan seharian. Malah paling banyak digunakan apabila dah berumahtangga. 

Of course ada juga terfikir nak jadi psikologis atau terapis kanak-kanak cuma aku taklah sampai fikir kalau aku dah habis belajar nanti aku MESTI jadi psikologis. Tapi kalau dah rezeki dapat pekerjaan yang sama dengan bidang yang diambil sudah tentu aku sangat gembira.




Dalam banyak pekerjaan aku tak jumpa pekerjaan yang boleh beri kepuasan kepada aku selain berblog. Mungkin aku tidak akan jadi blogger kalau blog ini tidak boleh buat duit. Syukurlah boleh jana pendapatan melalui Google Adsense & Innity walaupun tak banyak. 

Aku suka menulis dan membaca. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku menulis dalam buku nota. Aku minat menulis sejak dari Tahun 4 lagi. Siap ada buku diari sendiri lagi. Aku juga suka membaca sebab tu aku dari sekolah rendah sehingga menengah aku sentiasa jadi Pengawas Pusat Sumber semata-mata mahu baca buku setiap hari. hahaha

Antara salah satu habit yang aku tak boleh buang ialah suka mencatat. Even tengok youtube pun aku mencatat. Hampir semua benda aku catat termasuklah perkataan yang keluar daripada lisan orang lain seperti petua, nasihat tentang kehidupan, tazkirah, mahupun kata-kata daripada seorang kanak-kanak. 

Aku belanja sikit kata-kata motivasi & inspirasi :

"Apabila sakit a few things changes. Kita belajar bahawa kita tidak boleh kawal apa yang sudah diberikan untuk kita (kesakitan & kesenangan). Ini semua dunia semata-mata. Kita jangan takut dengan apa orang nak cakap kerana hubungan kita itu sebenarnya dengan ALLAH. Kalau kita nampak benda positif dekat dengan kita. Ia ibarat isyarat dari ALLAH bahawa apa yang kita buat itu diterima ALLAH. Dan kita akan men jai lebih fokus untuk buat yang terbaik." - Awi Rafael

"Benda yang menyalahi agama kalau dikejar pun walaupun manusia sanjung kita tak guna pun sebenarnya. Lihat matlamat hidup kita. Adakah sama seperti yang Islam ajar? Apa sahaja yang ALLAH suruh buat tidak kiralah kita suka atau tidak. Kalau ALLAH suruh itu pasti yang terbaik untuk kita. Cuma manusia sahaja yang tak faham." - Diana Amir

"Kita kena usaha sekarang untuk hijrah atau mencari hidayah. Hidayah itu memang ALLAH akan bagi tapi tidak akan kekal selama-lamanya kalau kita tidak usaha untuk menjaga hidayah itu. Nak kekal istiamah pun perlu ilmu. Setiap hari itu adalah hijrah kerana kita manusia biasa, iman ada pasang surut."- Farah Asyikin 

Aku Tak Jumpa Kerjaya Yang Mampu Memberi Kepuasan Selain Berblog

Dengan berblog aku rasa otak aku tidak berhenti berfikir untuk mencari idea dan ilham. Aku tak kata yang kerja lain tak banyak fikir. Cuma dengan menulis dapat mengukuhkan pemahaman, mewariskan pengetahuan serta ilmu semakin berkembang melalui tulisan. 

Menulis adalah proses mencatat apa yang kita tahu, merakam apa yang kita alami dan meditasi apa yang kita rasakan. Apabila menulis sesuatu yang kita tahu, alami dan rasakan sendiri menjadikan proses menulis itu sesuatu yang mudah dan memberi kepuasan walaupun seringkali terganggu kerana kekurangan idea. 

Dengan menulis pembaca akan ada kesempatan untuk dapat memahami diri kita. Orang lain tidak akan kenal kita dari berfikir, tetapi apabila apa yang difikirkan ditulis maka kehadiran kita menjadi lebih bermakna. 

Aku percaya apa yang aku ketahui belum tentu diketahui oleh orang lain. Mungkin ada yang tahu tetapi mempunyai sudut pandangan yang berbeza dengan apa yang aku fikirkan. Itulah yang menariknya jadi blogger dapat berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman. 

Kesimpulannya...

Aku belajar banyak benda dengan berblog. Aku belajar sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan dengan sedikit ilmu itulah aku banyak kongsikan di blog. Blog adalah salah satu medium yang dapat kembangkan pengetahuan yang aku ada kepada orang ramai. 

Oleh sebab itulah aku letak tagline blog "Menulis untuk berkongsi". Dengan berblog aku dapat berkongsi apa sahaja. Dan sudah tentulah aku nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca.

Sudah tentu jugalah semua ini adalah rezeki dari ALLAH juga. Jika ALLAH berkehendak aku untuk mempunyai pekerjaan lain selain berblog, aku tetap akan terima. Cuma buat masa sekarang inilah kerjaya yang paling sesuai untuk aku. 

Agaknya korang faham tak apa yang aku nak sampaikan? Haha 


تعليقات

  1. alhamdulillah! semoga always berjaya dlm dunia blogger ni...
    i dah apply adsense tapi tak dpt lagi... i berblog since 2009..but time tu... saja2 suka.. this year baru try nak apply adsense haha

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah.. Bole cuba lg apply.. Semoga b'jaya monetize adsense

      حذف
  2. الردود
    1. Terima kasih kak..semoga d'murahkan rezeki buat akak sekeluarga juga..

      حذف
  3. semoga Nurul success dalam dunia blogging

    ردحذف
  4. lagi best kalau kita dapat buat apa yang kita inginkan..dari terpaksa buat kan? all the best yul

    ردحذف
  5. Tak semestinya kerjaya kita berkait dengan bidang yang kita belajar kan. Semoga terus berjaya dalam dunia blogging.

    ردحذف
    الردود
    1. yeaa.. betul tu.. InsyaAllah kak.. terima kasih atas doanya

      حذف
  6. KEEP ON berkarya nurul..akk suka baca..moga terus berjaya

    ردحذف
  7. Semoga dilimpahkan dengan rezeki dalam menulis blog ini

    ردحذف
  8. All the best kak. Hobi dan minat yang cukup mahal

    ردحذف
  9. Memang seronok menulis sebenarnya.

    ردحذف
  10. alhamdulillah :)
    aida blogging utk berkongsi.
    tidak sgt menuju ke arah kerjaya / duit.
    sebab komitmen hakiki tidak memungkinkan aida blogging sepenuhnya.
    menulis tu syok! then baca blog friends.
    idea byk. ilmu bertambah. kawan pun dpt :)
    in shaa Allah.

    ردحذف
  11. Setuju sangat. There are times when I feel like giving up blogging but it is a part of my passion and I love it. Risau jugak orang cakap benda yang sama, dah belajar tinggi-tinggi tapi nak jadi blogger. Well, blogger is not something I do full time but not many will understand that.

    ردحذف
  12. Inspirasi buat saya :) All the best dan semoga terus sukses Nurul ^^

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...