التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Blog Bertukar Domain | siinurul.com

Assalamualaikum
Bismillah

Pada bulan Februari yang lalu aku pernah kongsi tentang Perlu Ke Tukar Domain Blog? Masa ini memang aku agak dilema nak tukar atau tidak. Lagipun pageviews aku pun semakin meningkat jadi kalau tukar mungkin akan memberi kesan sedikit sebab berlaku perubahan url. 

Tetapi itu bukan faktor aku tidak mahu tukar domain. 

Masa tu aku masih terumbang-ambing lagi. Baru melepasi fasa konvo dan dalam proses mencari kerjaya yang sesuai. Jadi blog pun kejap update. Kejap menghilang.

Aku belum bersedia untuk lebih komitmen dalam berblog. Jadi aku kuburkan saja hasrat untuk tukar domain walaupun aku tahu banyak kepentingan apabila menggunakan domain sendiri.


Sii Nurul Kekal Dengan Blogspot

Sejujurnya pada awal November aku membuat keputusan untuk kekal dengan blogspot. Aku memang dah fikir masak-masak dah masa tu. Siap tulis entri lagi cuma belum publish sahaja. 

Tetapi itulah, kita hanya mampu merancang sahaja, Allah yang tentukan. Hati manusia kan berbolak-balik. 

Blog Bertukar Domain | siinurul.com

Akhirnya, 26.12.2019 aku membuat keputusan muktamad untuk bertukar domain. Daripada ciknurul23.blogspot.com kepada siinurul.com 

Atas beberapa cadangan dan pandangan daripada beberapa rakan blogger juga aku memilih siinurul.com Lagipun pembaca lebih mengenali nama Sii Nurul. Agak lama juga aku berfikir untuk menggunakan domain sendiri ini. Aku tak nak lah apabila dah tukar semangat nak berblog pun tak macam dulu. 

Beli domain di Netkl

Aku beli domain di Netkl sebab ramai yang bagi positif feedback menggunakan servis Netkl. Kalau nak tahu cara beli domain di Netkl boleh baca Cara Mudah Beli Domain di NetKL 

Aku tak sempat nak screenshot untuk tulis tutorial beli domain macam mana. So, just rujuk sahaja entri tadi ya. 

Aku beli domain dengan harga R45.00 untuk setahun. Berbaloi lah kan. Dan ada sedikir caj tambahan dikenakan. Tak mahal pun. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM46.90. 


Servis Netkl pun cepat dan responsive. Mula-mula tu terkial-kial jugalah. Takut tersalah pun ada. Siap chat kat messenger lagi tanya pihak Netkl. Alhamdulillah memang servis mereka terbaik sangat! No wonder lah ramai yang recommended untuk beli domain di Netkl.

Perubahan Selepas Bertukar Domain

Aku agak terkejut juga sebab dari segi pageviews tidak berlaku penurunan yang drastik. Alhamdulillah masih maintain walaupun ada turun sedikit dari google analytics. Tetapi secara keseluruhan tidak juga teruk sangat pun.



Selain itu, aku kena update lagi balik google adsense.

Adsense hilang selepas tukar domain itu perkara biasa. Sebenarnya tidaklah hilang secara permanent pun. Cuma iklan tidak berfungsi sahaja.

Bahagian ini aku pun memang dah sedia maklum dan bersedia dari awal selepas membuat keputusan untuk tukar domain. 

Cara nak betulkan adsense selepas tukar domain tak susah mana pun. Hanya perlu tunggu email daripada adsense sahaja. Hopefully everything is okay. 

Semoga dengan adanya domain baharu ini aku lebih bersemangat dan komited dalam berblog. Terima kasih juga kepada rakan blogger yang banyak berkongsi tips. Kalau tak memang terkial-kial lah aku mencari solusi.



تعليقات

  1. tahniah dapat tukar domain. Keep the good work!

    ردحذف
  2. samalah kita, saya pun baru tukar url blog so bersabarlah tunggu adsense muncul balik di blog. btw tahniah nurul dah ada domain sendiri, saya belum terpikir lagi nak pakai domain sendiri..hehe

    ردحذف
  3. waalaikumussalam. alhamdulillah tahniah ^_^

    ردحذف
  4. Getting your own domain name is like a satisfaction. Tahniah Nurul! It's definitely worth it xx

    lenne | blog

    ردحذف
  5. Tahniah, Nurul...akhirnya tercapai hasrat...

    ردحذف
  6. Tahniahhh. Alhamdulillah. Semoga terus menulis.

    ردحذف
  7. Tahniah dah bertukar domain. Semoga menjadi semangat untuk terus menulis.

    ردحذف
  8. Tahniah Nurul.. Semoga awak terus sukses dalam dunia blog dan memberi ilmu kepada semua yang membacanya..

    ردحذف
  9. Wahh kak nurul dah hebat lah sekarang. Pageviews pun meningkat banyak. Nak belajar dari sifu. Huhuuhuu

    ردحذف
  10. Haah.. Sy pun tersekat kat adsense lepas tukar domain. Haha

    ردحذف
  11. Yeah, semoga lepaas ni Nurul lebih fokus menulis Dan menjana income thru blog. Tak mustahil kan.

    ردحذف
  12. tahniah kerana berani bertukar kpd domain. Abe Kie pun beli di netkl.

    ردحذف
  13. Senang juga dah ada domain ni kan Nurul. Lagipun, maintenance dibuat oleh NetKL. bayar setahun sekali. TQ share pasal adsense tu Nurul...

    ردحذف
  14. Adsenses Misa tak lepas lah XD but its okay anyway.. conngratzzzz <3

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...