التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Penantian 2 Tahun Berakhir | Google Adsense Capai 100USD!!

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, penantian 2 tahun akhirnya berakhir apabila berjaya mencapai target Google Adsense 100USD. It;s not easy guys. Nampak macam senang je tapi sebenarnya tidak. I'm crying because this is what we called hard word and effort finally been paid off. 



Kalau rasa menulis blog itu senang then cubalah untuk buat blog sendiri dan menulis baru tahu senang atau tidak. Menulis itu memang senang tetapi nak tulis artikel atau info yang ramai orang cari dan baca bukannya semudah kita menaip di papan kekunci.

Mudah sahaja kalau nak tulis gosip viral ataupun cerita politik. Tetapi maaflah aku tak nak tulis perkara yang tidak pasti kesahihan infonya. Takut menjadi fitnah bikin tambah dosa saja. 

Nak menulis kena fikir macam mana nak tulis artikel yang memberi manfaat kepada orang yang membacanya. Kena buat banyak research dan pembacaan bagaimana nak tarik orang untuk membaca artikel di blog kita. Semuanya mengambil masa. 

Kalau berblog itu orang fikir mudah sahaja, buat blog dan tulis apa yang kita suka ikut suka hati kita, terus dapat duit berkepuk dalam dompet. You are wrong. Kalaulah semudah itu aku tidak akan mengambil masa yang lama sehingga 2 tahun untuk lihat hasilnya. Hasil yang aku maksudkan di sini ialah hasil pendapatan daripada blogging melalui Google Adsense. (Bukan review atau advertorial).


Aku gembira sebab aku tahu blog aku tak macam orang lain yang banyak berkongsi tentang travel, review produk, ataupun cerita pasal makanan. Blog aku tak selalu dapat job event, review dan sebagainya. Oleh sebab itulah aku kena berfikir alternatif lain untuk aku tarik pembaca supaya singgah di blog aku. Aku terpaksa menulis konten yang berbeza dari orang lain yang mana target audience aku sepenuhnya adalah dari carian google. 

When I decided to be a fulltime blogger, I know it's not an easy job to do. Ada masa mood berblog turun naik. Ada ketika idea tidak muncul walaupun duduk berjam menghadap laptop. Ada juga masa dimana artikel yang kita tulis tiada yang baca. Ada ketika job review datang menggunung. Ada juga yang langsung tak dapat mana-mana job. 

Apabila aku pilih berblog sebagai kerjaya sepenuh masa aku tahu aku kena banyak korbankan masa untuk cari banyak infomasi terkini dan tingkatkan pembacaan supaya kualiti konten pada blog ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. 

I stay up to write entry for 1 - 3 hours per post. Semuanya bukan semata-mata mahu dapatkan duit tetapi kerana minat aku terhadap berblog itu sendiri tidak dapat aku nak gambarkan kepuasannya. Aku berharap apa sahaja yang aku kongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Itulah keutamaan yang paling penting sekali bagi aku.

It's okay sekiranya hasil yang kita dapat tidak sebesar gaji orang lain yang penting semoga nilai yang sedikit itulah yang betul-betul ada berkat-Nya. Semoga yang sedikit itulah yang menjadi pahala yang berterusan walaupun suatu hari nanti aku sudah tidak dapat menulis lagi. T-T Sebaknya memikirkan hal itu. 

Sebab itulah aku tidak risau lagi. Mungkin berkat apa yang aku kongsi di blog, orang lain yang baca dapat manfaatnya. Siapa tahu dengan cara inilah Allah kurniakan rezeki kepada aku mahupun kepada ahli keluarga aku yang lain.

Siapa tahu kerana perkongsian di blog ini sedikit sebanyak telah permudahkan urusan orang lain dan Allah pun permudahkan urusan dan murahkan rezeki aku dengan cara yang aku sendiri tak jangka. 

Boleh jadi rezeki itu bukan berupa duit tetapi dikurniakan adik-beradik yang baik akhlaknya. Rezeki diberikan kesihatan kepada kedua ibu bapa ataupun dipanjangkan umur ibu bapa kita. Ataupun dikurniakan sahabat yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang. Boleh jadi juga rezeki diberikan ilham untuk menulis dengan lebih baik lagi.

I'm a bit emotional right now. Aku sangat bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada aku. All of this achievement not because of my hard work only. Tetapi berkat doa anda semua dan sokongan yang tidak terhingga daripada rakan blogger yang lain . Dan atas rahmat dan kurniaan-Nya aku diberikan kesempatan untuk berada di tahap ini. 

Terima kasih sangat-sangat. Semoga Allah SWT sentiasa permudahkan urusan korang dunia dan akhirat, diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Aamiinn~


تعليقات

  1. alhamdulillah tahniah. you deserve it ^_^

    ردحذف
  2. Alhamdulillah Nurul, teruskan menulis konten2 menarik.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah kak.. InsyaAllah.. semoga ada ilham utk menulis dgn lebih baik lgi

      حذف
  3. tahniah nurul, content Nurul pun memang baik2 dan pasti menjadi rujukan ramai, Alhamdulillah teruskan perkongsian yang baik2 naa :)

    ردحذف
  4. Alhamdulillah. Tahniah, teruskan menulis dan memberi manfaat pada pembaca :)

    ردحذف
  5. wahhhh.. tahniah ciknurul.. bestnya dah cecah 100USD.. ekin masih mendaki lagi..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah ~ terima kasih Ekin..
      semoga dimurahkan rezeki buat Ekin juga.. aaminn

      حذف
  6. alhamdulillah.. tahniah!
    semoga terus maju dlm dunia blogging.. =)

    ردحذف
  7. Tahniah Nurul, moga kejayaan sentiasa mengiringi !

    ردحذف
  8. i got sad whenever i saw google adsense because mine doens't work anymore.

    ردحذف
  9. Alhamdulillah, tahniah Nurul di atas kejayaan awak, semoga terus dapat menabung lagi..

    ردحذف
  10. alhamdulillah.. apa lagi ? open table lah.. hee~

    ردحذف
  11. Alhamdulillah nurul .rezeki.. perkongsian ni menaikkan semangat blogger utk terus tabah dan dan bersabar..inshaallah setiap kesabaran itu ada hasilnya.. ;). Salam singgah dna perkenala

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah.. terima kasih Ummi ^ .. salam perkenalan juga

      حذف
  12. tahniah nurul, semoga dimurahkan rezeki selalu dan teruskan menulis :)

    ردحذف
    الردود
    1. Thank you Tiara.. InsyaAllah.. semoga dimurahkan rezeki buat Tiara juga.. aminn keep it up!

      حذف
  13. Tahniah..
    akak pun
    ernah cash out with western union duit addsense ni..100usd dpt rm400 lbh..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah.. syukur .. ada juga kan bikin tambah belanja..

      حذف
  14. alhamdulillah.. tahniah!
    semoga terus maju dlm dunia blogging.
    Membalas kunjungan awak kat blog saya.. sy follow blog awak jgk!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah.. terima kasih Han kerana sudi balas kunjungan blog sy ^^
      InsyaAllah aminn.. semoga dimurakan rezeki buat Han juga ..

      حذف
  15. wah bestnya..tahniah..kena berguru la macamni..hehehe.. saya pun dah lama tak aktif blog sejak dah berkahwin & ada anak ni..hehehe..anyway tq blogwalking & saya nak follow blog ni ;)

    ردحذف
    الردود
    1. terima kasih Syazwani.. Terima kasih sbb blogwalking di blog ini.. Semoga dimurakan rezeki utk syazwani ..

      حذف
  16. Tahniah...terinspirasi nk menulis lebih baik

    ردحذف
  17. Congrate..kena rajin up entry..sha bru ja 20 dollar cmtu haha..doakan sha pula ya haha

    ردحذف
    الردود
    1. terima kasih kak Sha ^^
      Semoga dimurahkan rezki akak selalu ..

      حذف
  18. TAHNIAH KAK NURUL . DOAKAN RABIA YA.. SEMOGA ADA INCOME DENGAN GOOGLE ADSENSE NI. NAK MERASA JUGAKKK DUIT ADSENSE NI..

    ردحذف
    الردود
    1. teima kasih Rabia .. Semoha dimurahkan rezeki selalu utk Rabia..

      حذف
  19. Alhamdulillah tahnniah..kita follow hihihi

    ردحذف
  20. Bestnyaaa. saya maybe lagi 4/5 tahun klu x belajo pasal keyword semua tuuu. fuhhh

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...