التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Dashboard Terbaru Blogger, Yay or Nay?

Assalamualaikum
Bismillah


Perasan tak kat ruangan dashboard blog kita ada "Try the new Blogger!". Pada mulanya aku agak hairan juga apakah yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Aku tak berani nak mencubanya sebab takut tiba-tiba blog aku menghilang. hehe~

Setelah terbaca blog daripada Aiman, rupanya blogger telah menampilkan wajah baru dashboard Blogger melalui versi web dan juga aplikasi Blogger di Android. Antara perubahan interface yang kita boleh lihat adalah dari segi statistik, komen dan juga tema. 


Korang perasan juga tak Keywords, Traffic Sources dan Audience tu dah tak nampak? Kalau mahu  lihat lebih terperinci seperti lihat Keywords, Traffic Sources dan Audience korang boleh tekan pada bahagian More About This Blog. 


Korang akan lihat dengan lebih terperinci Top Referrers, Top Referrering URLs, Audience, Search Keywords, dan Top Locations dalam bentuk yang lebih tersusun dan menarik. 


Dan paling menarik sekali, korang dah boleh direct terus ke Google Analytics. Hanya perlu skrol paling bawah sekali dan klik More on Google Analytics.


Bahagian Stats memperlihatkan statistik blog, post terkini, post entri dan juga pages. Manakala pada bahagian komen pula kita dapat melihat dengan lebih jelas wajah pembaca atau audience yang meninggalkan komen di blog kita. 


YAY, secara keseluruhan I really i like this new dashboard design. Apa pendapat korang, suka ke tidak dengan new dashboard ni? Sharelah dengan aku. hihi.

تعليقات

  1. Yang baru ni nampak kemas dan tersusun aje...Suka dengan yang baru ni...kan kan...cuma bab nak reply komen tu , haru gak nak nengok mana yang dah reply hehehehe

    ردحذف
    الردود
    1. yea kak.. bab komen tue besar sgat.. sy suka tp still guna yg lama hahaha xD

      حذف
  2. ahh ctk tesusun..bhgian komen dkt dashboard bsr sgt..lg suka style yg lama

    ردحذف
    الردود
    1. sy suka yg baru.. tp masi guna yg lama .. belum selesa lgi nak guna yg baru haha

      حذف
  3. oo..nmpk yg 'try the new blogger'..tak berani gak nak klik..tkut kang hilang blog sis..haha..upenya dashboard baru ke..okey, nk pi tekan skrg...

    ردحذف
    الردود
    1. kan... nti tetiba hilang blog.. tp skrg dah tahu kan.. hehe

      حذف
  4. oh baru perasan yang ada direct to google analytics tu. jadi lebih mudah la kan

    ردحذف
  5. suka sebab nampak kemas dan sedap mata memandang

    ردحذف
  6. lah kak tak tau pun pasal ni. nasib baik singgah blogwalking kat sini, dapat jugak tau. haha

    ردحذف
  7. nice info , kalau tak datang sini mesti tak pernah perasan ada something new .

    ردحذف
  8. nak try jugak haritu tapi malas sebab takde yang kecoh lagi apa yang best

    ردحذف
    الردود
    1. haha ... sy pun tak nak cuba kalau x nampak org lain share pasal nie

      حذف
  9. So far okay je. tapi guna sekejap je lepas tu back to classic. kalau xde pilihan lama terpaksa stick yg baru ni je lah :)

    ردحذف
    الردود
    1. haha sy tukar pun kejap je.. lepas tu guna yg lama balik

      حذف
  10. heheh..dah lama x jenguk blog sendiri apalagi blog kengkawan

    ردحذف
  11. the interface looks chic and clean which is amazing because the last one looks shabby and outdated but the choice of stuff they highlighted seems off. it wasn't writer friendly. i'm yet to check out the apps but i hope it is way better.

    ردحذف
  12. Kalau nak tengok statistik memang bestlah..

    ردحذف
  13. Dia lagi kemas dari yang lama punya ✌

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...