التخطي إلى المحتوى الرئيسي

10 Sebab Anak Anda Malas Belajar dan Cara Efektif Mengatasinya

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap intelektual yang berbeza—ada yang cepat, ada yang lambat. Ramai ibu bapa risau apabila anak-anak malas belajar, tetapi tahukah anda? Kadang-kadang puncanya bukanlah kerana mereka kurang pandai, tetapi disebabkan faktor persekitaran dan pendekatan yang kurang sesuai.

10 Sebab Anak Anda Malas Belajar dan Cara Efektif Mengatasinya

10 Sebab Anak Anda Malas Belajar dan Cara Efektif Mengatasinya

Mari kita sama-sama kenal pasti mengapa anak anda malas belajar dan cara mengatasinya:

1. Persekitaran Pembelajaran di Rumah Kurang Sesuai

Adakah ibu bapa menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik di rumah? Kajian menunjukkan bahawa persekitaran rumah yang tidak kondusif boleh menjejaskan kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak

Ibu yang suka berleter, ayah yang tak ambil kisah sangat dan persekitaran rumah yang lebih mementingkan perkara lain daripada pelajaran, buat anak-anak hilang motivasi untuk belajar.

Cadangan: Wujudkan ruang belajar yang tenang dan teratur untuk meningkatkan tumpuan mereka.


2. Terlalu Banyak Kerja Rumah Tanpa Bimbingan

Kerja rumah yang terlalu banyak dan anak-anak tidak tahu yang mana harus dibuat terlebih dahulu, mereka akan cepat berasa tertekan. Tambahan pula, jika ibu bapa tidak membantu apabila anak bertanya soalan, mereka akan rasa putus asa.  

Jangan bilang kanak-kanak, malah student dalam kalangan Universiti pun kalau diberi assignment terlalu banyak pun mengeluh. 

Oleh itu, penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di rumah, seperti melalui perbincangan dan komunikasi, dapat meningkatkan semangat dan prestasi akademik pelajar.

3.  Kesukaran Menguasai Subjek Tertentu

Ada anak yang lemah dalam kemahiran asas seperti menghafal sifir atau membaca. Subjek yang sukar dan memerlukan daya ingatan yang tinggi membuatkan mereka cepat bosan dan malas untuk belajar.

Sebagai contoh anak-anak tidak buat kerja rumah matematik operasi darab kerana tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Sebelum mengusai subtopik tertentu dalam matematik, pastikan anak-anak anda telah menguasai kemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. 

Cadangan: Kenal pasti kelemahan mereka dan sediakan bantuan tambahan seperti tutor atau bahan latihan. Begitu juga bagi subjek yang lain, kenal pasti apa yang anak anda lemah. Ada kanak-kanak yang suka matematik tetapi lemah dalam sains dan Bahasa Inggeris.

4. Tidak Suka Subjek atau Cara Guru Mengajar

Anak anda mungkin tidak suka subjek tersebut atau tidak sukakan cara guru mengajar. Trust me, even kita yang dewasa ini pun kalau tidak suka subjek tertentu atau cara pensyarah itu mengajar menyebabkan kita kurang faham mesti feeling unmotivated. 

Dah lah tak suka subjek tu, cikgu mengajar pun tak best. Apabila ini berlaku, anak-anak pun tidak peduli untuk siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru tersebut. 

Oleh itu, peranan kita sebagai ibu bapa, kakak atau abang kenalah ambil serius kerana anak-anak tidak boleh sesuka hati memilih apa yang mereka suka belajar. 

Cadangan : Cari alternatif seperti video pembelajaran interaktif untuk membantu mereka memahami dengan lebih mudah. Kalau mereka kurang faham, kita bantu mereka supaya faham. Sekarang macam-macam nota dan latihan yang ada di google. Cuba usaha untuk cari alternatif lain.


5. Perbezaan Gaya Pembelajaran

Kenal pasti adakah anak kita seorang yang cenderung kepada kemahiran ataupun akademik? Tidak semua cara guru mengajar itu sesuai dengan tahap perkembangan setiap kanak-kanak. 

Tetapi kita tidak boleh salahkan guru sebab guru-guru mengajar bukan seorang kanak-kanak sahaja. Sekiranya anak anda lebih suka pengajaran yang berbentuk visual boleh ajar mereka untuk buat peta minda. Kita lebih kenal anak kita sendiri kan?

Cadangan: Buat kuiz ringkas untuk mengenal pasti gaya pembelajaran anak dan sesuaikan cara pengajaran.


6. Buat Pemeriksaan Kesihatan Secara Berkala

Jika anak mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran, segera bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Memakai cermin mata atau alat bantu dengar boleh meningkatkan tumpuan mereka dalam belajar. Nanti anak anda akan ketinggalan banyak pelajaran yang menyebabkan mereka lebih malas untuk belajar.

7. Gangguan Emosi dan Masalah Keluarga

Anak-anak mengalami gangguan emosi. Yang ini sangat penting! Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah jangan sesekali libatkan anak-anak ataupun bergaduh di hapadan anak. Pertengkaran antara ibu bapa atau suasana rumah yang tegang boleh mengganggu emosi anak. Mereka akan merasa tidak tenang dan hilang fokus untuk belajar.

Aku selalu dengar anak-anak mengadu yang ibu bapa di rumah kerap bergaduh menyebabkan mereka jadi bosan untuk duduk di rumah.

Cadangan: Luangkan masa berkualiti bersama anak dan dengar masalah mereka tanpa menghakimi.


8. Kerap Dibandingkan dengan Orang Lain

Ibu bapa kerap membandingkan pencapaian anak. Kalau dalam keluarga mempunyai anak-anak yang ramai tidak semua mempunyai tahap pencapaian yang sama. "Abang lagi pandai dari adik", "adik lagi pandai dari kakak". 

Apabila anak-anak selalu dibandingkan dengan adik-beradik atau sepupu, mereka akan merasa rendah diri. Ini menyebabkan mereka hilang semangat untuk belajar kerana merasakan usaha mereka tidak dihargai.

Kalau ada yang kata dengan anak korang, "anak aku pandai sikit daripada anak kau" suka tak? Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan bantu baiki kelemahannya.


9.  Kurangnya Teladan dari Orang Dewasa

Anak-anak perlu contoh dan teladan untuk diikuti. Kanak-kanak ini masih muda, sudah menjadi tanggungjawab kita yang dewasa ini memberi contoh yang baik kepada anak-anak. 

Jikalau mereka ada kerja rumah yang perlu disiapkan cuba untuk berhenti daripada tengok TV, laptop serta handphone. Kalau mereka lihat seisi keluarga seronok duduk depan TV kenapa mereka perlu mengahadap buku dan belajar? 

Tips ini sangat membantu kepada adik-adik aku juga. Sekiranya mereka ada kerja rumah, kami tidak akan pasang TV sehingga kerja rumah mereka siap.

10. Tabiat Bermain Terlalu Lama Selepas Sekolah

Jika balik dari sekolah, makan kemudian terus bermain dalam tempoh waktu yang lama, akan membuat anak sudah letih untuk belajar. Jika setiap hari seperti itu, ia akan jadi tabiat. Cepat ubah tabiat itu, takut ia sukar dibetulkan lagi.

Cadangan: Buat jadual harian yang seimbang antara masa bermain, belajar, dan rehat.


Kesimpulan

Setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang unik, dan tugas ibu bapa adalah membantu mereka mengembangkan potensi tersebut. Dengan mengenal pasti punca masalah dan mengambil langkah yang sesuai, ibu bapa boleh membantu anak mengatasi rasa malas belajar.

Terus beri sokongan dan bimbingan yang berterusan. Dengan usaha yang konsisten, insyaAllah anak anda akan menunjukkan perkembangan yang positif! 


Sumber Rujukan:

تعليقات

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...