التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Review Lip Balm Dermal Therapy | Atasi Masalah Bibir Kering & Mengelupas

Assalamualaikum
Bismillah

Bibir kering dan mengelupas merupakan masalah yang sangat mengganggu kaum wanita. Hal ini kerana ia membuatkan penampilan kita menjadi kurang menarik dan sukar untuk mengenakan lipstik yang sesuai.

Sekarang anda tidak perlu gusar kerana Dermal Therapy Lip Balm ini membantu melembapkan bibir kering serta menyembuhkan kulit bibir yang mengelupas teruk. 


Produk ini mempunyai ciri-ciri seperti :
  • 2.5% Urea untuk membantu menambah tahap kelembapan pada kulit bibir.
  • Memberi kelegaan daripada kesan sampingan pengunaan ubat-ubatan seperti yang digunakan untuk merawat jerawat, kekurangan vitamin atau kanser.
  • Mengandungi mentol untuk menyejukkan dan anti-kegatalan
  • Mengandungi Camphor untuk anti-bakteria
  • Mengandungi Minyak Daun Cengkih (Clove Leaf Oil) untuk kesan pelega sakit 6. 
  • Diuji secara klinikal dan memberikan kesan yang efektif dalam masa 1 hari
Cara Menggunakan :
  • Gunakan 3-4 kali dalam sehari pada bibir yang mengelupas. 
  • Sesuai digunakan terhadap orang dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 12 tahun ke atas.
Kandungan Bahan (dermal therapy lip balm ingredients)
Petrolatum, Gylceryl Stearate (and) Behenyl Alcohol (and) Palmitic Acid (and) Stearic Acid (and) Lecithin (and) Lauryl Alcohol (and) Myristyl Alcohol (and) Cetyl Lacohol, Aqua, Theoborma Ccao Seed Butter, Lanolin, Urea, Cetyl Esters, Camphor, Menthol, Methyparaben, BHA, Eegenia Caryophyllus (Clove) Leaf Oil, Sucralose, Propylparaben, Aroma. 
DERMAL THERAPY( Lip Balm Therapy 10g)
Harga : RM15.90 

Dermal Therapy Lip Balm Review

Sebenarnya inspirasi untuk membeli Lip Balm Dermal Therapy ini adalah daripada perkongsian Merah Cekelat. Selepas membaca blog beliau maka aku pun cubalah produk ini. Alhamdulillah masalah bibir kering dan mengelupas kini dah semakin berkurang.

Sampai sekarang aku hanya pakai produk ini sahaja. Mula-mula pakai tu rasa seperti guna minyak angin sebab sejuk dan pedas gitu. Tak sampai 1 minit dah boleh nampak perubahan. 

Untuk dapatkan kesan yang lebih baik kena amalkan setiap hari sebelum tidur ataupun bila-bila masa di mana jua anda perlu. 

Harga pun very affordable dan boleh guna dalam jangka masa yang lama. Bukanlah guna banyak sangat, setakat calit kat bibir sikit okaylah. Harga murah dalam RM 12 – RM 15 macam tu.  

Highly recommend. Aku pun jenis yang tak pakai mekap, tetapi kalau nak nampak wajah lebih berseri kenalah pakai lipstik sikit. 

Korang boleh dapatkan produk ini di Watson ataupun Guardian yang berdekatan. Nak beli online pun boleh. Tips lain untuk atasi masalah bibir kering dan mengelupas adalah dengan banyakkan minum air atau memilih pelembap bibir yang sesuai. 

Tidak semestinya produk ini sesuai dengan korang. 

Selamat mencuba!

Kepada sesiapa yang punya tips atau pengalaman menggunakan produk lain selain ini, boleh kongsikan di ruangan komen. 

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

تعليقات

  1. Produk yang ohsem.. Pernah guna vaselin.. yang ini tak pernah lagi..

    ردحذف
  2. Boleh try ni, memang sekragbkering betul. Rimas. Pakai lip balm pon elok kejap he sobss.

    ردحذف
  3. Boleh Cuba Ni. Kdg2 bibir mama Ada masanya mengelupas juga

    ردحذف
  4. Saya dah try baru je beli, mmg bagus full recommended..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...