التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Review Blog #1 Junzie

Assalamualaikum
Bismillah

Buat pertama kalinya aku ingin menulis tentang REVIEW BLOG. Blog bertuah hari ini yang dipilih ialah daripada Komuniti Sabahan Blogger iaitu BLOG JUNZIE. 

http://www.jun-zie.com/p/about.html

Tentang Penulis

Pemilik blog ini lebih dikenali sebagai Junzie. Berasal dari Sabah. A fairy god mother to Nur Alya Aqeesha dan telah berkahwin. Kak Jun telah berkecimpung dalam dunia blog sejak tahun 2016. 

Pertama kali mengenali dan berjumpa dengan Kak Jun semasa iftar bersama Komuniti Sabahan Blogger. Kak Jun seorang yang sangat peramah, selalu senyum, sporting dan awet muda. Sesiapa yang mengenali dia pasti akan berasa senang hati dan tidak kekok walaupun baru pertama kali kenal. 

Kak Jun juga sangat aktif dalam Group Whatsapp. Selalu berkongsi tips, ajak pergi event sama-sama dan banyak lagi aktiviti sejak aku mula masuk dalam group. 

Korang boleh lihat dalam entri Kak Jun sendiri banyak menceritakan dan berkongsi tempat-tempat menarik di Sabah. Aku sendiri selalu jadikan Blog Junzie sebagai panduan kalau nak bercuti bersama-sama keluarga. 

http://www.jun-zie.com/

Komen Blog

Perkara yang menarik hati sekali apabila singgah kat blog ini adalah header Kak Jun sangat Ohsem. Dulu aku pernah terfikir nak buat header macam tu tetapi disebabkan gambar aku kurang lawa, maka aku batalkan niat. 

Kelajuan blog juga agak laju dan pembaca tidak perlu tunggu blog loading terlalu lama. Susunan widget juga kemas dan teratur tidak terlalu padat. 

Part yang paling aku suka sekali dalam blog ini ialah gambar yang diambil oleh Kak Jun sangat menarik, cantik, lawa dan tersangatlah menawan hati. Serius memang aku suka sangat gambar-gambar dalam blog dia. 




Kalau nak mengenali Kak Junzie boleh follow kat ~

Instagram : https://www.instagram.com/jun.zie/
Facebook : https://www.facebook.com/Junzie.BloggerSabah
Blog : http://www.jun-zie.com/
Email : Mrshafizie@gmail.com


Semoga Kak Jun terus ceria, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 

تعليقات

  1. dah lamanya tak jumpa entry pasal review bloggers lain ni :D

    ردحذف
  2. jun adalah antara blogger sabahan yang aktif

    ردحذف
  3. bagusnya bila blogger ada platform lain utk bersama - whatsapp group :)
    aida folo junzie, tapi tak singgah sebab maybe jun da lama x update blog kot.
    jap lagi terjah semula...

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...