التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Resepi Nasi Ayam Super Simple

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, hari ini mari kita belajar masak-masak. Terutama kepada anak perempuan bujang macam aku ni. Resepi ini aku dapat dari Group Facebook. Resepi sepenuhnya daripada Acik Siti~


Bahan-Bahan
🍗Beras 3 pot, sukat air ikut korang biasa masak... Kalau guna beras basmathi 1 cawan beras, 2 cawan air. tak payah rendam. Tak kuasa... 😆😆
🍗Ayam dalam 1 ekor, potong 4 atau potong ikut suka dan bersihkan. 
🍗Serai ketuk, halia hiris, bawang putih ketuk. 
🍗Kiub ayam dan garam.


Cara Memasak
🍗Gunakan rice cooker je, masuk beras dulu dan air mengikut sukatan beras, jangan lebihkan air, nanti nasi ayam korang lembik aku tak tau.... Pastu susunlah bahan-bahan lain... Pastu jangan lupa ketik... 😆😆


🍗Bila nasi dan ayam dah masak, keluarkan ayam lumurkan dengan kicap manis, sos tiram dan gula sikit. Nak pakai madu pun boleh... 
🍗Terus masak atas kuali tanpa minyak... Tutup kuali bagi cepat sikit masaknya... Nak bagi resepi sihat sikit.. Tak payah minyak..


🍗Tu kejadian lepas kena masak... Potonglah kecil-kecil.. Kalau suka gigit besar-besar gitu silakan... 😁


🍗Sos kicap, kat kuali tadi ada kicap bekas masak ayam tadi kan??? Korang letak air sikit bagi mendidih. Siap. 
🍗Sos cili, ala senang pakai sos cili thai campur sos cili biasa. Siap... 


Kata Acik Siti, Masak jangan pening2... 😆😆 Hehe~ Semoga bermanfaat. Saja share kat blog untuk rujukan diri sendiri. 


Kredit resepi & gambar : Acik Siti 




تعليقات

  1. Senang je Nasi ayam ni dahlah my fav food ni

    ردحذف
    الردود
    1. Yeaa tak susah pun kalau cukup bahan.. InsyaAllah semua org bole buat :)

      حذف
  2. Oh, ayam tu tak goreng ye? Nak try jugak lepasni, biasa goreng je..memang banyak guna minyak.

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau ikut kat resepi ayam just rebus saja.. Then masak kat kuali tanpa minyak .. just lumur dgn kicap/sos

      حذف
  3. mak oi...sedapnya.. bw sini dan follow. Jemput singgah blog dan followback. Salam kenal awak :P

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...