التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Temuduga Psikologi Kaunseling di UMS

Assalamualaikum
Bismillah

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada calon yang menerima panggilan temuduga bagi Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling di UMS. Oleh sebab permintaan ramai daripada pembaca, maka aku menulis entri ini sebagai panduan kepada calon yang bakal ditemuduga. 


Setiap apa yang dikongsikan adalah hasil daripada pengalaman coursemate yang mengambil bidang Psikologi Kaunseling. So aku tidak tahu situasi sebenar temuduga itu macam mana sebab aku ambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga (tiada temuduga). 
Aku minta maaf sangat-sangat kalau kurang infomasi. InsyaAllah, entri ini akan di update dari semasa ke semasa. 

Persiapan Temuduga

  • Pastikan calon memakai pakaian yang menutup aurat, formal, kemas dan tidak menjolok mata.
  • Elakkan memakai wangian (perfume) yang terlalu banyak, memakai selipar jepun atau mengenakan makeup yang keterlaluan. 
  • Pastikan rambut disikat dengan rapi bagi calon lelaki dan perempuan yang tidak bertudung. Manakala calon perempuan bertudung hendaklah kemas tidak perlu terlalu hijabster/fesyenista 
  • Memakai kasut yang bertutup dan berstokin.
  • Pastikan calon membawa dokumen penting seperti surat panggilan temuduga serta beberapa dokumen yang diminta.
  • Datang awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum temuduga untuk mengelak calon daripada tersesat semasa mencari lokasi temuduga. 

Situasi Ketika Ditemuduga

Berdasarkan infomasi daripada salah seorang coursemate (Psikologi Kaunseling) :
  • Temuduga ini dijalankan secara berkumpulan di antara 5 - 6 orang.
  • Panel temuduga adalah pensyarah daripada Psikologi Kaunseling.
  • Soalan temuduga berbeza mengikut pensyarah 
  • Calon dikehendaki untuk membaca teks Bahasa Inggeris yang telah disediakan.
  • Panel akan bagi satu isu dan calon dikehendaki untuk berforum.
  • Soalan tidak berkaitan dengan psikologi kaunseling

Ini adalah situasi semasa temuduga tersebut berdasarkan pengalaman daripada coursemate. Point yang paling penting panel mahu lihat bagaimana cara calon menjawab, tahap keyakinan dan pengetahuan calon terhadap sesuatu isu. 

Maaf, aku betul-betul takde soalan-soalan spesifik yang panel temuduga akan tanya. Kebanyakkan pelajar psikologi sekarang sibuk menjalankan latihan praktikum. Jadi tidak semua kawan aku dapat bagi respon.

Info Tambahan

Ini adalah sedikit info tambahan berdasarkan pengalaman temuduga psikologi kaunseling di universiti selain UMS. Beberapa isu yang perlu diberi perhatian ialah :

Calon hendaklah tahu tentang bidang yang dimohon. Pastikan anda mengetahui mengenai program pengajian yang bakal diikuti
  • Mengapa memilih psikologi kaunseling? 
  • Mengapa memilih UMS sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran? 
  • Apa yang calon tahu tentang psikologi kaunseling?
  • Kenapa berminat untuk ambil kos ni?
  • Apa Etika Kaunseling?
  • Apakah ciri-ciri kaunselor?
  • Apakah beza motivator dan kaunselor?
  • Adakah kita boleh buat/ bantu keputusan untuk klien?
  • Apa itu klien?
  • Apa itu kaunselor?
  • Perbezaan Kaunseling dan Psikologi?

Persiapkan Diri Dengan Penguasaan Bahasa Inggeris

Penggunaan bahasa yang lancar sangat penting. Di UMS sesi pengajian dijalankan dalam Bahasa Melayu. Namun bahan rujukan untuk menyiapkan assignments kebayakkan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, pentingnya penguasaan BI setiap calon. Jangan malu untuk membuat kesalahan. Yang penting, be confident with yourselves. 


Peka Dengan Isu Semasa Terkini. 

Tidak kira apapun jenis temuduga, calon tidak dapat mengelak daripada soalan-soalan yang berkaitan isu semasa. Kebiasaanya penemuduga akan bertanya mengenai isu semasa dan apa pandangan anda terhadap sesuatu isu. 
  • Apa yang berlaku di negara kita?
  • Apakah isu semasa terkini yang anda tahu dan berikan pendapat anda
  • Namakan seorang pakar psikologi atau bidang yang berkaitan.

Contoh Soalan berbentuk Penyelesaian masalah

  • Sekiranya anda berada dalam situasi pelajar ingin bunuh diri? Apa yang anda lakukan untuk bantunya?
  • Bagaimana untuk mendisiplinkan pelajar yang mempuyai masalah tegar?
  • Bagaimana untuk menghentikan ketagihan penagih dadah?
  • Apa pendapat anda tentang bercinta diusia awal remaja? Bagaimana anda bertindak untuk membantu?
  • Buli di sekolah kerap berlaku pada pelajar anda, bagaimana anda mengatasinya?
TIPS : Jangan anda menyuruh atau membuat keputusan untuk klien, jawapan terbaik adalah anda membantu klien bagaimana mendapat idea peyelesaian, bonus bagi mereka yang tahu teori kaunseling seperti teori tingkahlaku, personality individu, Teori Pemusatan Klien, teori rasional emotif terapi dan banyak lagi.

Semoga membantu. All the best! 
Maaf ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Semoga dipermudahkan buat semua calon. Hopefully dengan perkongsian ini membantu calon untuk lebih bersedia. 

تعليقات

  1. Aslm..forum tu dalam bhasa APA?

    ردحذف
    الردود
    1. Forum sy x pasti dalam bahasa apa.. yg pasti mmg ada disuruh cakap bahasa Inggeris juga.. cuma yg nie masa batch kami,, x pasti pula kalau skrg..

      حذف
  2. terima kasih atas perkongsian pengalaman. semoga baik untuk yang memerlukannya

    ردحذف
  3. Kalau tak pandai bercakap bahasa melayu boleh tak kita bertutur dalam english?

    ردحذف
  4. assalamualaikum kak, haritu saya ada jawab test psychometric for this course but it was supposed to be from 10th to 15th May but i took the test a day after 15th May. The test was still available on UMS punya website and it stated that my test dah kena submit after i jawab. so saya a bit risau if that would affect my chances to get accepted? thank u!

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam.. sy pasti adakah ia akan beri kesan kalau lewat sehari. Tetapi still boleh submit kan? Apapun sy doakan semoga semuanya berjalan lanjar dan dipermudahkan. Maaf sy tidak pasti sgat. Sy cuma bagi guide saja, keputusan semuanya dari pihak Universiti sendiri.

      حذف
    2. thank you so much nevertheless!

      حذف
  5. assalamualaikum akak, skrg sy rasa dah ada interview utk psikologi keluarga dan kanak-kanak. apakah bidang pekerjaan yg blh dilanjutkan selepas itu? dulu mmg kaunseling je eh yg iv?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam.. Ohh yeaa kah ada iv? sbb masa batch kami dulu rasanya tiada iv pun.. bidang pekerjaan yg sesuai apa sahaja yg melibatkan kanak2 & keluarga samada jadi terapist, bahagian social work, School psychologists, Special Education Teacher, Parent Educator, Early Childhood Education Consultant & many more..

      حذف
  6. Asslam kakak, mw tnya bh skrang course kakak ni ada iv kh ?

    ردحذف
  7. thnank u for sharing

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...