التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Cara Memohon Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Melalui JobsMalaysia



Assalamualaikum
Bismillah


Bagi yang belum pernah mendaftar dalam JobsMalaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar dahulu sebagai "PENCARI KERJA" dalam laman web JobsMalaysia. Hal ini demikian kerana Jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) hanya boleh dimohon melalui JobsMalaysia.


LANGKAH 1 : DAFTAR dan klik "PENCARI KERJA". Klik sini untuk terus ke laman pendaftaran → Pendaftaran Pencari Kerja



LANGKAH 2 : Isi MAKLUMAT DIRI seperti Nombor IC, Nama Penuh, Nombor telefon (terkini), Email, KOD Verifikasi dan klik DAFTAR. 


Langkah 3 : Semak Email untuk mengaktifkan pendaftaran. 


LANGKAH 4 : Seterusnya ke halaman lengkapkan profil pencari kerja buat kali pertama. Anda diminta untuk membuat pengesahan akan mematuhi syarat dan terma sebagai pencari kerja di portal JobsMalaysia dengan klik "SAYA BERSETUJU"


LANGKAH 5 :Seterusnya anda hanya perlu ikut langkah seperti yang diterangkan dalam gambar. 



Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN yang berkaitan. 


Bagi jawatan dalam SPP terbahagi kepada Jawatan Guru & Bukan Guru. Antaranya ialah :


Jawatan Guru
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 dan DG29

Jawatan Bukan Guru
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 dan DH29
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Penyelia Asrama Gred N19
Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 
Pembantu Makmal Gred C19
Pembantu Operasi Gred N11
Pemandu Kenderaan Gred H11


Masukkan MAKLUMAT AKADEMIK ataupun SIJIL KEMAHIRAN yang berkenaan. 


Nyatakan MAKLUMAT PEKERJAAN (Pengalaman bekerja) yang pernah dilakukan agtaupun sedang dilakukan. Sebaiknya adalah berkaitan dengan jawatan yang dipohon. 


Isikan MAKLUMAT TAMBAHAN khususnya kepada calon yang memohon dalam SPP. 


LANGKAH 6 : Masukkan maklumat RUJUKAN (Nama Penuh, Alamat & nombor telefon terkini serta Pekerjaan). SEMAK SEMULA maklumat agar tidak tertinggal. SIMPAN & HANTAR. 


Saya telah membuat permohonan di jobsmalaysia, Bilakah saya akan dipanggil temu duga?

Semua pemohon yang telah berdaftar di jobsmalaysia akan dipertimbangkan panggilan temu duga sekiranya:
  • Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon
  • Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan
  • Melepasi asas tapisan.
Setiap pemohon boleh menyemak pendaftaran melalui pautan Semakan Status Pendaftaran di Portal SPP.

Kenapa saya tidak dipanggil temu duga?

Ada pelbagai sebab mengapa seseorang pemohon itu tidak dipanggil temu duga walaupun telah lama berdaftar di jobsmalaysia seperti:
  • Tiada urusan pengambilan dijalankan disebabkan tiada laporan kekosongan jawatan dikemukakan oleh Kementerian/Jabatan kepada SPP
  • Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPP
  • Pendaftaran pemohon telah luput tempoh sah laku pendaftaran dan pemohon tidak memperbaharuinya
  • Pemohon tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam iklan atau dalam skim perkhidmatan bagi jawatan dipohon dan
  • Pemohon tidak melepasi asas tapisan.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di jobsmalaysia?

Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP. 

Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian. 

Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.


Since many of you were asking about SPP in my blog. So, hari ini aku kongsi dengan kamu semua Cara Daftar SPP Dengan Betul. Hopefully this video will help you.
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus ke laman Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran → https://www.spp.gov.my/ms/Untuk pertanyaan Persediaan semasa temuduga dan soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga boleh email ke nurulatikayunus23@gmail.com


UPDATE * 

Sekiranya pendaftaran tidak berjaya SILA KLIK OK dahulu dan semak balik part mana yang salah sebab akan ada dinyatakan disana bahagian mana yang salah samada KOD VERIFIKASI, NO IC, NO FON ataupun SALAH TAIP NAMA (tidak ikut sepeti dalam IC)

Ramai di antara anda yang mendaftar terlepas pandang bahagian tersebut dan hanya stop di situ sahaja bila nampak sahaja RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

Sekiranya dinyatakan bahawa IC anda telah didaftarkan, ini bermaksud anda PERNAH MENDAFTAR JOBSMALAYSIA sebelum ini. Disebabkan pendaftaran menggunna IC jadi tidak boleh buat akaun jobsmalaysia baru. 

Anda kena KLIK FORGOT PASSWORD untuk reset kata laluan akan dihantar ke email yang anda dah daftarkan sebelum ini. Kalau tak ingat juga email atau no telefon yang lama aku tak boleh nak bantu  korang. Jadi sila contact pihak jobsmalaysia sendiri.

Sekiranya bahagian seperti NO TEL, NAMA, ataupun EMAIL yang mempunyai masalah. Ada kemungkinan anda TERSILAP TAIP NAMA (Tidak mengikut IC), NO TEL yang ditulis adalah double contohnya +60 [0108810083] - Sila buang "0" dihadapan. 

تعليقات

  1. Info yang sangat menarik untuk dijadikan sebagai panduan.

    ردحذف
  2. Jom follow blog and Visit https://www.iyaseo.id/

    ردحذف
  3. hello nak tanya, bolehkah memohon jawatan ini jika kita mempunyai degree? perlukah kita mengepilkan ijazah kita dalam permohonan?

    ردحذف
    الردود
    1. Saiful kena tgok syarat kelayakan samada menggunakan degree atau SPM sahaja.. Bisanya pihak SPP akan lihat syarat kelayakan itu.. sekiranya jawatan itu memerlukan ijazah, bolehlah memohon menggunakan degree

      حذف
  4. sy trlupa dh dftr or belum...sy try dftr blik xdpt sbb dh trtulis dh dftr di portal....mcm mne ye...tlg tunjuk ajar...trima kasih

    ردحذف
    الردود
    1. Fatin just log in menggunakan IC, then klik "Forgot password". Maka password bole di reset balik.

      حذف
  5. salam nurul.. bagaimana nk kemaskini or mohan jawatan lain spp? sbb sy sebelum ni aply kt spp. tersalah pilih jwtan, bila sy nk log in xbley. bg email ckp tiada. dekat job malysia sy try edit tp xboleh gak.. masih jwtan yg sy mohon sebelum ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam.. Log in saja Jobsmalaysia. Pergi ke jawatan yg d'pohon, then edit saja. Tngu 3 hari utk permohonan d'kemaskini

      حذف
  6. salam nurul..bagaimana nak edit or delete bahagian akademik dalam jobsmalaysia..bila tekan kemaskini, then tekan button Batal pon xleh jugak..

    ردحذف
    الردود
    1. Yg bahagian akademik kalau dah t'lanjur letak degree mcm x bole delete. Sy pun x tau kenapa. Maaf sbb x byak m'bantu

      حذف
    2. samalah huhu, saya nak delete di bhagian akademik tp tak dpt...mcm mana nak delete tu?

      حذف
  7. Kalau mmg dah pernah daftar, so klau nk apply, perlu tekan log in pencari pekerja je kan, Tak perlu tekan daftar da?

    ردحذف
    الردود
    1. kalau dah daftar just log in saja.. kalau tak dapat log in, tekan "forgot password".. ID biasanya guna no IC ..

      حذف
  8. Sy baru hendak mendaftar. Baru langkah ke dua. Tak dapat proceed ke seterusnya. Website kata RALAT. PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA. apa maksudnya ya? Sy belum pernah daftar jobsmalaysia sebelum ni. Pertama kali.

    ردحذف
    الردود
    1. kalau boleh daftar menggunakan laptop/komputer..

      حذف
    2. Sekiranya pendaftaran tidak berjaya SILA KLIK OK dahulu dan semak balik part mana yang salah sebab akan ada dinyatakan disana bahagian mana yang salah samada KOD VERIFIKASI, NO IC, NO FON ataupun SALAH TAIP NAMA (tidak ikut sepeti dalam IC)

      Ramai di antara anda yang mendaftar terlepas pandang bahagian tersebut dan hanya stop di situ sahaja bila nampak sahaja RALAT atau PENDAFTARAN TIDAK BERJAYA.

      حذف
  9. Kenapa still kosong ye dekat jawatan di mohon tu. Padahal dah isi yang spp ni.. Ke memang tak keluar kat situ?

    ردحذف
    الردود
    1. Lepas dah memohon di Jobsmalaysia, kena tunggu 2-3 hari utk permohonan diproses..
      Then boleh semak di https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak.php

      Bukan semak kat jobsmalaysia. Jobsmalaysia tu hanya cara kita memohon jawatan sahaja. Yg lain mcm temuduga, semak status permohonan semua di laman rasmi SPP juga.. :D

      حذف
  10. saya cuba search SPP tapi tak jumpa. kena taip apa ya sebenarnya ?

    ردحذف
  11. Salam,saya ada sdikit soalan berkaitan pendaftaran utk akaun spp. saya sdh cuba daftar akaun spp dan juga sdah masukkan kod verifikasi yang betul tetapi bila sya click utk daftar tetiba keluar "pendaftaran tidak berjaya". Saya daftar gunakan laptop.Blh sya tau ini selalunya disebabkan msalah apa ya?

    ردحذف
    الردود
    1. Bole baca kat sini..
      https://ciknurul23.blogspot.com/2019/08/kod-verifikasi-salah-pendaftaran-spp.html

      حذف
  12. Oky sebenarnya spp ni apply after konvo or before? Confused 😕, sbb sya konvo 2020 around April. Sbb ada ckp, apply je dulu, then isi form smpai tahap mana education kita dulu la kan, then boleh update ke utk degree pnye education bila dh konvo nanti.


    Or dh boleh apply awal January 2020? Sbb dlm form tu ad mention konvo tahun bila? Clueless, ad ckp if isi tpi blm konvo, nti bila pegi iv tak valid sbb blm konvo

    ردحذف
    الردود
    1. Ohh.. better isi ikut tahap education yg lepas seperti SPM/STPM gitu. kalau letak degree rasanya pelu result CGPA keseluruhan lagi kan, jadi mmg tak valid lah kalau isi awal..

      حذف
  13. Saya kemaskini banyak kali tahun ni, tapi dalam sistem SPP tetap nyatakan tarikh last saya kemaskini adalah pada tahun lepas. Kenapa ye? Sebab saya kemaskini pakai fon ke?

    ردحذف
  14. Ke sbb sy tak ikut tarikh update yg ditentukan?

    ردحذف
    الردود
    1. Lepas kemaskini,, tunggu 2-3 hari utk diproses baru semak balik kat SPP

      حذف
    2. knp lps sy isi jawatan dkt spp dia tulis ralat then dia tulis sila isi medan perlu disisi, apa maksudnya cik atikah?

      حذف
    3. Medan (*) wajib d'isi.. Ada bahagian yg sis t'tinggal isi ataupun salah isi..

      حذف
  15. Saya nak tanya. Untuk bahagian akademik kan, kita patut isi dari spm, diploma hingga degree kan. Tapi saya lepasan asasi, so saya confuse dkt bhgian mana saya patut isi untuk asasi 😭 adakah dia dikira sijil ke

    ردحذف
    الردود
    1. Nur 'Ain Sakinah Binti Mohd Isnaini7 نوفمبر 2019 في 11:21 ص

      Untuk Asasi boleh try Pendidikan Tinggi > Peringkat Kelulusan: Sijil Dari Institusi Awam/ Sijil Dari UitM > Institusi: Institut Profesional > Pilih Pngkhususan (Bidang) anda

      حذف
    2. hello, klau saya kelulusan matrikulasi, bhagian mana yg patut saya isi?

      حذف
  16. Saya nak tanya, kenapa bahagian pengesahan saya tu tidak ada butang untuk ditekan? saya sudah isi semua maklumat.

    ردحذف
    الردود
    1. Yg ini sy kurang pasti..
      Sbb sy sendari tiada masalah nak isi SPP nie

      حذف
  17. Hai. saya nak tanya, semasa saya sign up utk spp kan, saya tersilap masukkan email. typo pada email tu. tapi kod pengesahan sdh dihantar ke email yg salah tu. mcm mana ye :'((

    ردحذف
    الردود
    1. kena contact jobsmalaysia.. sbb pengesahan akaun dihantar di email yg kita tulis juga

      حذف
  18. Maaf bertanya..last updte 2018 skrg nk updte x boleh sb lupa kata laluan n email... mcmner ye pls bntu saya

    ردحذف
  19. hello, bgaimana nak delete yer yg bhgian akademik tu. Saya sptutnya plih diploma stpm staraf tp terisi bhagian stpm?

    ردحذف
    الردود
    1. Bahagian akademik mmg tak boleh delete.. sama juga dgn SPA8.. sbb kita dah buat pengesahan..

      حذف
    2. Hai Awanama. Still x dpt delete ka? Sbab sya pun ada problem yg sama..

      حذف
    3. Maaf CL.. bahagian akademik mmg x bole delete..

      حذف
  20. kenapa takda butang simpan dan hantar di jobsmalaysia,bila cek spp,permohonan masih tak update.aduh

    ردحذف
  21. Assalammualaikum Nurul. Bulan Mac hari tu saya ada buat permohonan guru interim. Dah settle semua dah. Tapi masalahnya bila saya cek kat SPP "TIADA PERMOHONAN". Kenapa macam tu?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam..
      Rasanya permohonan guru interim bukan dr spp.. Masi simpan tak iklan ttg tu?

      حذف
  22. Maaf bertanya, adakah permohonan SPP 2021 terbaru kini, masih perlu daftar jobsmalaysia dulu atau boleh terus ke SPP je?

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...