التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Ulangan Bahasa Jepun

Assalamualaikum
Bismilllah

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menulis. Agaknya ini merupakan entry pertama yang ditulis pada Bulan Disember. Tidak lama lagi dah nak sampai ke penghujung 2017. Semoga azam tahun ini telah dicapai dan mulakan dengan azam baru pula kan? 

Aku pula berharap semoga tahun ini dan semester ini akan dapat dekan. Huhu T-T .. Masih mengharap sebenarnya, walaupun agak mustahil dengan adanya Subjek Bahasa Jepun yang masih belum lulus. Haiiissshh.. Semester ini aku masih ambil ulangan untuk Bahasa Jepun Tahap 3. Kalau tak lulus juga, memang tak dapat graduate lah sebab tak cukup syarat. Huhu sedih sebenarnya...


Aku dari mula ambil Subjek Bahasa Asing lagi tak pernah lulus. Agak mengecewakan sebenarnya. Seriously! Walaupun aku minat Bahasa Jepun, tetapi salah satu kelemahan aku adalah SUKAR UNTUK MENGHAFAL. Cara aku belajar adalah dengan memahami. Apabila aku faham then senang untuk aku untuk menghuraikan sesuatu fakta atau point penting. Tetapi berbeza dengan Bahasa Jepun, aku kena HAFAL at the same time, kena FAHAM juga.

Walaupun aku faham menggunakan grammar dalam Jepun, tetapi bila nak hafal "kerusi", "meja" atau "kenderaan" dalam Bahasa Jepun tu agak sukar sedikit. Apabila masuk Mid-Term exam, aku blank, sebab you don't see any English words in the paper masa tu. 100% in Japanese!! Soalan tu senang ja pun, soalan objektif but still I don't know sebab tak faham. Boleh baca tapi tak faham maksud buat aku jadi macam orang bodoh semasa menjawab.

Ramai kawan yang cakap, "Nurul, bukan kau minat tengok Anime ke? Macam mana kau tidak boleh lulus?". 

Aku tak tahulah kes aku ni ada kaitan dengan minat ke atau tidak. At first, yaaa aku memang minat tengok anime, tetapi bila dah ambil Subjek tu, it's totally different! Dalam anime, it's just anime. Aku tak ambil berat sangat pun tentang penggunaan bahasa dia sebab aku minat jalan cerita dia. Lagipun, kalau aku tengok anime of course ada subtitle dia, kalau tak habuk pun memang tak faham lah.



Apabila belajar Bahasa Jepun, aku kena belajar untuk menulis dan memahami setiap tulisan Hiragana, Katakana dan Kanji. Alhamdulillah, di sini sensei kami memang tidak ajar pun Kanji. Belajar Bahasa Jepun ini seolah-olah belajar budaya Jepun sekali tau. Setiap perkataan mempunyai makna. Panggilan untuk orang yang lebih tua ada caranya. "-Kun", "-Sama" atau "-San", "-Jin" semuanya ada cara untuk digunakan. 

Belajar Bahasa Jepun ini selain daripada Mid Exam dengan Final Exam, aku kena ambil Oral, Individual Presentation dan Group Presentation. Selalunya markah individu aku tu yang paling rendah. Pernah sekali semasa Oral, lain yang ditanya lain yang aku jawab. Wuuaaaahhhhh!!!! Aku pun tak taulah apa yang aku jawab masa tu. Habis oral terus Sensei aku tegur yang aku jawab tu memang lari topik. Memang tak dapat diselamatkan markah aku time tu. Orang lain belajar Jepun 1 atau 2 Jam dah boleh hafal. Tetapi aku belajar 1 semester ini Chapter 1 pun aku payah nak habiskan. 

Kalau tengok result aku. Fuyooo.. cantik A dan B TETAPI tengok Bahasa Jepun alamak! Dapat D!! Tak pun Failed!! Tarik pointer terus daripada kepala 3 jatuh ke 2 somethinglah macam tu. Tengok sajalah result Semester lepas tanpa Subjek Bahasa, daripada 2.6 naik ke 3.3.

Sebenarnya.. aku sedih sekarang. Ada 2 semester lagi tinggal. Semester depan dah nak praktikal. Kalau semester ni tak lulus juga confirm extend 1 semesterlah. Semester ini memang kena struggle habis! Adalah kadang tu rasa down tapi nak buat macam mana kan. Be strong and don't give up!


I muttered 'I've got to go for it' to persuade myself.
I can't see how things will end, but all I can do is courageously advance, 
hold my instincts in check, and search the target for an opening. 
The only thing you need is 'pride in victory'
whether we taste the high-grade sake of 'triumph' or the bitterness of 'defeat'.

(Golden Time Lover)




تعليقات

  1. Bukan senang nak hafal bahasa jepun ni kan . Kena belajar betul , nak hafal satu-satu words tu alahaii . Banyak kan CCL doakan nurul dapat buat yg terbaik .

    ردحذف
  2. Perit sikit kalau Bahasa Jepun nie... Kita belajar tulis huruf pun sampai sekarang tak pandai-pandai... Apa pun Nurul good luck ... Fikirkan boleh!!

    ردحذف
  3. Kak pip dulu ambil mandarin kat ums..mmg sukarlah nak hafal bahasa asing ni, lagi2 bila tulisan dia tu bukan tulisan roman. Mcm kak pip, mmg main hafal dan ingat setiap tulisan dan maksud... satu lagi cara kak pip, guna sticky note, tulis dalam tulisan mandarin n maksudnya sekali, katakan "buku" , paste sticky note tu kat buku, "kerusi" paste kat kerusi, dan seterusnya .... lepas tu hari2 tengok dan baca, lama lama yg basic tu kak pip ingat... dan setiap hari kak pip akan latih diri baca dan tulis benda2 basic seperti "kau", "aku", "kita", "sekolah", "makan" .... dan sebagainya...
    Ingat lg 1st sem, kak pip boleh ckp setiap kali habis kelas mandarin akan menangis, coz kak pip ada few "bunyi" dlm mandarin mmg tak boleh sebut dg betul...nasib juga kawan2 byk bg support. Apapun gudluck tau nurul....

    ردحذف
  4. Igt nk ambik bahasa jepun nnti tp tkut x blh nak hndle. Kalau jepun dgn arab mana lg ok? Masa sklh dlu pun prnh ambik arab & tahu skit2 prktaan & ttbhsanya.

    ردحذف
  5. Good luck! Boleh cari dekat tumblr banyak site yang share cara belajar nihongo

    ردحذف
  6. jgn down,kuatkan semangat tau,goodluck!

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...