التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Hala Tuju Selepas SPM

Assalamualaikum
Bismillah

Awal betul cerita tentang hala tuju nie kan? Tiba-tiba idea keluarlah pula nak tulis entry blog pasal apa. Thanks to my brother haha! Bagi adik-adik yang tak tahu nak ke mana selepas ni, maaflah aku pun susah nak bagi pendapat. Tapi di sini aku ingin berkongsi sedikit sejarah aku selepas SPM.



Memandangkan aku daripada keluarga yang agak susah, habis saja SPM aku buat keputusan untuk tak nak sambung belajar selepas SPM. Hala tuju aku lepas SPM adalah bekerja dengan alasan ingin meringankan beban keluarga.

Seriously, aku tak memohon apa-apa pun selepas SPM. Tambahan pula, keluarga aku rasa macam tarik nafas lega jugalah bila aku dah tak sambung belajar. Tak payah nak tanggung pengajian aku. Keputusan SPM aku taklah teruk dan taklah cemerlang. 

Aku dah biasa kerja part time. Jadi tiada masalah untuk aku kerja terus. Aku dapat kerja di sebuah kedai kecil dengan gaji sebanyak RM1200 sebulan. Alhamdulillah, dengan gaji sebanyak itu aku dapat menampung sedikit perbelanjaan keluarga dan adik-adik aku.

Namun..



Pada suatu hari, aku terdengar perbualan adik aku dengan mumy :

Adik : Mumy, lepas belajar saya nak kerja macam akak jugalah

Mumy : Mumy suruh pergi sekolah supaya dapat kerja yang baik. Bukan kerja sampai kat situ ja.


Sebenarnya, aku agak terkilan sedikit. Aku tak sangka pula bahawa pekerjaan yang aku ada pada masa tu (kerja kat kedai kecil ja) merupakan pekerjaan yang adik-adik aku kagumi. I mean bagi budak-budak habis belajar saja tak kisahlah nak kerja kat mana pun. Yang penting dapat kerja dan ada duit sudah mencukupi.

Aku agak terasa hati juga apabila dikatakan bahawa pekerjaan yang aku ada pada masa itu dikatakan bukanlah sesuatu yang boleh ibu bapa banggakan. Mungkin disebabkan masalah kewangan so akulah yang terpaksa bekorban untuk dorang adik-adik. 

Aku pun terfikir juga. 

Jadi parents aku hantar ke sekolah sebab apa?

Untuk dapatkan pekerjaan yang baik? 

Pekerjaan yang baik tu macam mana? 

Adakah pekerjaan aku pada masa itu sudah cukup untuk menjamin masa hadapan?

Adakah ini jalan yang aku mahukan?

Adakah ini cita-cita yang aku inginkan?


Alhamdulillah, disebabkan oleh perbualan itulah aku berfikir kembali. Aku berfikir bahawa sebenarnya bukan ini yang aku mahu. Bukan ini cita-cita aku. Aku punya matlamat dan aku masih mahu belajar!

Apabila aku bekerja aku rasa kosong! Perasaan masa tu adakah aku akan terus bekerja?

Ya, memang kita bekerja dan dapat duit setiap bulan. Tetapi sebenarnya jauh di sudut hati aku masih mahu inginkan pengalaman untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Memang sejak kecil lagi aku bercita-cita untuk belajar dan terus belajar. Betapa menuntut ilmu itu sesuatu yang sangat mengembirakan aku. 

Akhirnya aku memilih untuk sambung belajar ke peringkat STPM dengan mengambil aliran ekonomi dan perniagaan. Walaupun sebelum ini aku merupakan pelajar aliran sains tetapi aku tahu kemampuan aku untuk belajar dalam aliran sains ini hanya sampai SPM saja. Terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu aku semasa SPM. Ilmu yang diperoleh sangat berharga buat aku.

Habis STPM aku tidak teruskan ambil aliran ekonomi dan pernigaan di peringkat universiti sebab masa Tingkatan 6 lah aku mula mengenali minat sebenar aku. 5 tahun yang lalu aku masih binggung apakah hala tuju aku selepas SPM. Kini aku dah berada di tahun akhir di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan mengambil bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga.

Berminat nak tahu tentang PSIKOLOGI? Baca >>Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?<< 

Akhir kata, walau apa pun keputusan yang kamu pilih. Pilihlah dengan sebaik mungkin, kerana ini melibatkan masa depan kita sendiri. Kalau korang rasa sambung belajar itu lebih baik, maka sambunglah. Lagi-lagi yang ada minat. Insya'Allah Allah akan permudahkan setiap jalan yang kita pilih.

Kalau dengan bekerja itu korang rasa itulah pilihan yang lebih baik. Maka, teruskanlah dengan pilihan korang. Keputusan di tangan korang.

Cuma, satu ja aku nak cakap! Apapun keputusan yang korang pilih, jangan ada rasa menyesal! 

تعليقات

  1. CCL hanya study sampai STPM sahaja .. ada rezeki untuk masuk u ..tapi memandangkan CCL dapat kos yang CCL tak minat , dan CCL tahu bila teruskan study koa yg susah dapat kerja . So CCL tak sambung study . Sebaliknya memilih bidang keja

    ردحذف
    الردود
    1. Kerja atau belajar sebenarnya pilihan di tangan kita. Apapun semuanya di tangan kita. Alhamdulillah CCL dah dapat kerja.. Sy pun lepas belajar nie hopefully dapat kerja yg diinginkan. InsyaAllah, kalau x dapat pun takpa..

      حذف
  2. insyallah sentiasa sukses ya nurul =') amin ya rab

    ردحذف
  3. Betul tu.. Keputusan yang kita buat jangan menyesal.. Yakin dan berusaha menjadi lebih baik..Perkongsian pengalaman yang bagus..

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah .. terima kasih Kak Sha..
      Semoga Allah permdahkan dlm menuntut ilmu :D

      حذف
  4. Wah touching itew baca entri ni... T_T Good Luck cik Nurul.Semoga berjaya dalam hidup ^^

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih awak! Semoga Allah permudahkan utk awak juga :D

      حذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...