Book Haul vs Book Completion: Kenapa Selalu Tak Sama?

Siapa sini selalu excited beli buku baru, tapi bila tengok rak… buku lama masih menunggu untuk dibaca? Haha, aku memang salah seorangnya 😅

Kadang tu rasa macam “eh aku ni collector buku ke pembaca buku?” sebab laju ja tangan membeli, tapi slow pula tangan buka halaman pertama. Tapi jujurnya, fenomena ni normal sangat untuk ramai orang yang suka buku. Jom kita borak santai sikit pasal benda ni.

rak buku aesthetic


1. Kenapa Book Haul Seronok?

Aku rasa semua pencinta buku mesti faham perasaan ni — book haul day is a happy day.

Bila beli buku baru rasa dia macam reward untuk diri sendiri. Buka plastik, bau buku baru tu... memang satu kepuasan yang tak boleh explain.

Lagi-lagi bila tengok rak buku jadi makin penuh dan berwarna-warni. Ada rasa bangga sikit, macam “aku ada semua ni, nanti aku baca satu-satu”.

Dan tak boleh nafikan juga, kadang-kadang kita beli sebab cover buku cantik sangat. Baca sinopsis pun dah jatuh cinta dulu ..


2. Kenapa Kadang Tak Habiskan Buku?

Realitinya, beli buku tu mudah… tapi nak habiskan? Itu cerita lain.

Antara sebab paling common: 

1. Masa terhad
Kita ada kerja, study, urusan harian. Bila free, kita lebih mudah scroll media sosial daripada buka buku.


2. Gangguan digital
Video pendek, TikTok, Instagram — semua tu lagi “instant gratification” berbanding baca buku yang perlukan fokus.


3. Jenis buku tak kena mood
Contoh kita beli buku ilmiah yang berat, tapi sebenarnya masa tu kita perlukan bacaan ringan. Jadi buku tu tersimpan dulu.


4. Minat berubah-ubah
Kadang kita beli sebab trending, tapi bila baca, rupanya bukan genre kita. Jadi buku pun terhenti di tengah jalan.



3. Tip Enjoy Membaca Tanpa Tekanan

Baca buku sebenarnya tak perlu jadi sesuatu yang stress.

1. Pilih ikut mood
  • Hari santai → baca novel ringan
  • Hari fokus → baru baca non-fiksyen atau buku ilmiah

2. Target kecil
Tak perlu paksa 1 jam sehari. Start dengan 10–20 minit pun dah cukup bagus.


3. Jangan rasa bersalah
Buku yang belum habis bukan gagal. Kadang dia cuma “not the right time yet”.


4. Guna konsep TBR (To Be Read) pile
Susun buku yang nak dibaca seterusnya. Jadi tak pening nak pilih setiap kali nak mula baca.


4. Transformasi Book Haul Jadi Book Completion

Ini part paling penting sebenarnya — dari beli banyak buku ke habiskan buku yang ada.

1. Cabaran mini
Contoh: “Satu buku habis, baru boleh beli satu buku baru.” Simple tapi sangat membantu kawal nafsu book haul 😆


2. Catat progress
Boleh guna Goodreads atau jurnal sendiri. Bila nampak progress, rasa lebih motivated nak habiskan.


3. Celebrate kecil-kecilan
Habis satu buku pun patut celebrate! Tak perlu tunggu baca 10 buku baru nak rasa puas.



Kesimpulan

Book haul memang seronok — itu tak dinafikan. Tapi kepuasan sebenar sebenarnya datang bila kita betul-betul habiskan buku tu, faham isi dia, dan ambil sesuatu daripadanya, sama ada ilmu atau emosi.

Bukan tentang berapa banyak buku yang kita beli atau simpan di rak, tapi pengalaman yang kita dapat dari setiap helaian yang kita baca.

Korang pula macam mana? Book haul atau book completion dulu? Share dekat komen, sama-sama kita target tahun ni lebih banyak buku habis dibaca! ✨


15 comments

  1. Tadi uncle baca pasal Si Nurul kat blog Faa... Uncle komen kat sana nanti uncle jenguk... Rupanya Si Nurul ni... Tak perasan selama ni 'Si' tu ada 2 huruf 'i'...
    Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha baru perasan ya Uncle. 😆 Memang ramai ingat "Si" tu satu huruf je. Terima kasih sebab sudi singgah lepas baca di blog Faa. Harap lepas ni selalu-singgah singgah lagi ya.

      Delete
  2. Cabaran mini tu berkesan. Memang paksa sampai habis satu buku tu sebelum baca buku baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berkesan sangat Faa. 😂 Kadang-kadang kena paksa diri juga, kalau tak asyik tambah buku je tapi yang lama tak habis baca. Hihi.

      Delete
  3. Aduh, terasa betul bila baca bahagian 'collector ke pembaca' tu! Akak pun sama, pantang nampak jualan murah atau cover cantik, terus beli. Sudahnya rak makin penuh, tapi habuk yang lebih banyak dari helaian yang dibaca. Terima kasih atas tips 'Cabaran Mini' tu, rasa macam kena paksa diri habiskan satu buku dulu sebelum tambah stok baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ayat habuk lebih banyak daripada helaian tu memang relatable sangat! 🤭 Saya pun dulu macam tu, nampak cover cantik terus rasa nak beli. Harap cabaran mini tu sama-sama dapat bantu kita jadi pembaca yang lebih konsisten. Semoga berjaya! 🥰

      Delete
  4. Rajin ya membaca..membaca jambatan ilmu, suburkan jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat.. Membaca memang banyak membuka fikiran dan menenangkan jiwa. Terima kasih sudi singgah dan berkongsi. 😊

      Delete
  5. Menarik gambar2..teruja melihat..tahniah blog tersendiri..maksud saya ada kelainan dari yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga terus selesa berkunjung di sini. ❤️

      Delete
  6. Baru beli 3 buku (baru) tahun ni. Dah start sikit, setelah lebih 10 tahun tak baca apa2 buku. Moga istiqomah. Slowly but surely.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tahniah! Mulakan semula selepas 10 tahun bukan sesuatu yang mudah. Yang penting tak perlu laju, sikit-sikit pun tak apa. Semoga terus istiqamah dan makin seronok membaca. ❤️

      Delete
  7. Kak Linda suka buku .tapi, nak beli .mikirkan takde tempt nak letak..kita tak jadi la collector..kita pergi library² untuk pinjam buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun pilihan yang sangat bagus kak. 😊 Pinjam di perpustakaan memang lebih jimat dan tak perlu risau ruang simpanan. Lagi best sebab boleh baca macam-macam buku tanpa perlu beli.

      Delete
  8. Arwah ayah ada pesan jangan kedekut dan berkira dalam membeli buku.. sebab buku tu muqadimah kepada ilmu yang akan melahirkan kejayaan.. Maka penuh la buku di rak ketika itu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.