MyDigital ID Gagal Daftar? Ini Cara Batal & Daftar Semula (Panduan Lengkap)

Baru nak daftar MyDigital ID, tiba-tiba keluar mesej gagal?

Jika anda mengalami masalah pendaftaran MyDigital ID ralat atau tidak berjaya, jangan risau — ada cara untuk membatalkan dan daftar semula dengan mudah.

Cara Batalkan MyDigital ID


Cara Daftar MyDigital ID

Pertama sekali, muat turun aplikasi MyDigital ID di telefon anda.

Daftar Secara Online (Register Online)

1: Masukkan alamat email anda yang aktif.

2: Masukkan kod OTP (One Time PIN) yang dihantar ke email anda.

3: Isi maklumat peribadi seperti:
  • Nama Penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
Langkah 4: Sekiranya anda berjaya di-pradaftarkan (pre-registration), anda boleh meneruskan dengan proses pengesahkan wajah tanpa mengimbas kad pengenalan.

Langkah 5: Cipta kata laluan (password) yang selamat.

Langkah 6: Seterusnya, aktifkan butang biometrik. Pendaftaran MyDigital ID telah berjaya.











Namun, ada juga situasi di mana pendaftaran tidak berjaya. Biasanya, akan keluar mesej seperti ini:

"Pendaftaran tidak berjaya. Kemungkinan sijil anda masih aktif, pastikan anda telah membatalkan sijil terlebih dahulu dan cuba semula."

Kalau nampak mesej ni, maksudnya anda perlu batalkan Digital ID lama terlebih dahulu sebelum daftar semula.

Cara Membatalkan MyDigital ID (Jika Gagal/Ralat)

1. Buka aplikasi MyDigital ID

2. Pergi ke bahagian Menu

3. Klik "Batal Digital ID" (atau Revoke Digital ID)

4. Masukkan Nama Penuh dan Nombor IC

5. Lengkapkan pengesahan eKYC:
  • Scan IC
  • Imbas muka untuk sahkan identiti
6. Masukkan kod OTP (One Time PIN) yang dihantar ke email anda.

7. Pembatalan MyDigital ID telah berjaya. 












Cara Daftar Semula Selepas Batal

Selepas berjaya membatalkan, anda boleh daftar semula seperti biasa:

1. Cipta kata laluan (password) yang baru

2. Lengkapkan pra-pendaftaran (pre-registration)

3. Teruskan dengan pengesahan wajah (tanpa imbas IC jika layak)

4. Aktifkan biometrik

Dan siap… MyDigital ID anda kembali aktif seperti biasa.











FAQ MyDigital ID

1. Apa itu MyDigital ID?
MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi. Ia juga memudahkan akses ke pelbagai aplikasi dan portal dalam talian dengan hanya satu kata laluan dan satu ID digital.


2. Adakah MyDigital ID akan menggantikan MyKad?
Tidak. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad untuk urusan di kaunter fizikal. Ia hanya digunakan sebagai pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.


3. Bagaimana cara menggunakan MyDigital ID?
Anda boleh log masuk ke mana-mana aplikasi yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID dengan memasukkan kata laluan yang sah.

  • Akses di portal: Untuk akses di portal yang mempunyai pilihan log masuk MyDigital ID, buka aplikasi MyDigital ID di peranti, klik “Imbas QR”, imbas kod QR yang tertera di portal dan masukkan kata laluan yang sah.
  • Pelayar mudah alih (mobile browser): Klik kod QR pada halaman log masuk (yang akan membawa anda ke aplikasi MyDigital ID), masukkan kata laluan yang sah, dan kemudian anda akan dilog masuk secara automatik dan kembali ke laman portal.


4. Adakah pengguna masih boleh mengakses perkhidmatan kerajaan dalam talian tanpa menggunakan MyDigital ID?
Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah disarankan untuk menjamin keselamatan urusan dalam talian.


5. Apakah Pra-Pendaftaran MyDigital ID?
Pra-pendaftaran MyDigital ID ialah proses awal yang membantu memudahkan pendaftaran penuh dengan mengesahkan nama dan nombor kad pengenalan terlebih dahulu.

Pra-pendaftaran membolehkan pengguna melengkapkan proses pendaftaran penuh dengan lebih cepat kerana pengesahan nama dan nombor kad pengenalan telah dilakukan lebih awal. Selain itu, ia turut membantu mengelakkan penyalahgunaan pendaftaran MyDigital ID oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan identiti pengguna sebenar.


6. Adakah teknologi MyDigital ID menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna?
Tidak. MyDigital ID tidak perlu dan tidak akan menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat secara terus daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


7. Adakah MyDigital ID menyimpan data biometrik seperti cap jari, maklumat iris mata, atau pengecaman wajah?
Tidak, MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.


8. Adakah MyDigital ID mengumpul data peribadi atau memantau pengguna secara dalam talian?
Tidak, MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi atau memantau aktiviti pengguna dalam talian.


9. Bolehkah pengguna mempunyai lebih daripada satu identiti digital?
Tidak. MyDigital ID hanya membenarkan satu identiti digital bagi setiap pengguna dalam satu peranti sahaja.


10. Adakah MyDigital ID mempunyai tarikh luput atau tempoh sah?
Ya, Sijil MyDigital ID mempunyai tempoh sah selama 1 tahun dari tarikh pendaftaran. Setelah tamat tempoh, pengguna boleh memperbaharui sijil digital melalui aplikasi MyDigital ID.


11. Apa yang berlaku jika telefon pintar pengguna hilang atau rosak?
Sekiranya peranti mudah alih pengguna hilang atau rosak, pengguna hanya perlu membatalkan MyDigital ID di kios berdekatan, atau menggunakan fungsi ‘Batal Digital ID’ di menu aplikasi mana-mana peranti yang mempunyai aplikasi MyDigital ID. Kemudian, pengguna perlu mendaftar semula di telefon pintar yang baru. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh diakses oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.


12. Apa yang berlaku jika aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadam?
Jika aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadam, sijil digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan sijil digital terlebih dahulu sebelum mendaftar semula secara dalam talian melalui aplikasi MyDigital ID atau di kios berdekatan.


0 comments