Lamanya tak menulis kan. Aku tengah susun kata apa nak luah. Agak lama juga senyap sebenarnya. Lebih sebulan.
Bulan Jun bagi aku adalah bulan yang penuh dengan cerita. Banyak perkara berlaku dalam satu masa.
1. Dapat Jumpa Adik Setelah Sekian Lama
Alhamdulillah sebulan lebih dah adik perempuan aku stay di Johor nie. Habis praktikal je terus ke sini. Bercuti sambil ambil pengalaman di negeri orang.
Awalnya ada plan nak cari kerja sementara, tapi sampai sekarang masih belum dapat apa-apa panggilan. Mungkin sebab dia hanya mencari kerja part time, jadi agak susah sedikit.
Lagipun tak dapat nak kerja lama sebab bulan Ogos nanti kami dah plan nak balik Sabah.
2. Belajar Memandu
Hari tu aku ada kongsi tentang pengalaman belajar memandu kan. Kali ni pula aku ajar adik perempuan aku belajar memandu.
Tak sangka rupanya dah masuk lebih 4 bulan aku bawa kereta Kancil tu. Walaupun belum ada lesen lagi, banyak benda aku belajar sepanjang proses tu.
Aku belum ambil lesen sebab nanti nak balik Sabah. Jadi sambil bercuti di sana, aku bercadang untuk ambil lesen.
Dah hampir seminggu lebih juga aku mengajar adik memandu. Seronok juga sebenarnya bila dapat kongsi pengalaman yang sama-sama pernah aku lalui.
3. Hari Raya Aidiladha Bersama Keluarga
Alhamdulillah tahun ini dapat sambut hari raya haji bersama keluarga suami di Johor. Syukur sangat dapat berkumpul dengan keluarga. Rumah pun rasa lebih meriah tahun ini.
Kadang-kadang perkara yang nampak biasa seperti duduk makan bersama, bersembang dan berkumpul sebenarnya adalah satu nikmat yang besar.
4. Majlis Bertunang
Alhamdulillah, majlis pertunangan adik ipar perempuan berjalan dengan lancar.
Banyak persediaan yang perlu dibuat. Agak kelam kabut juga sebenarnya sebab ada beberapa barang yang masih belum terbeli.
Tapi seperti biasa, bila kita usaha dan serahkan pada Allah, semuanya dipermudahkan.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki untuk melangkah ke fasa seterusnya menuju alam perkahwinan.
5. Luangkan Masa Bersama Keluarga
Bulan Jun juga banyak aku habiskan masa bersama keluarga.
Suami pun dapat cuti yang agak panjang, jadi kami dapat berjalan-jalan sekitar Johor.
Alhamdulillah, beberapa perancangan kecil yang kami impikan tercapai juga — bawa keluarga pergi Zoo Johor, main bowling dan makan bersama di restoran.
Mertua pun lama juga tinggal di rumah. Jadi setiap hari memang rasa sibuk. Tapi sibuk yang menggembirakan.
Sibuk mengisi masa bersama, sibuk mencipta kenangan. Sebab bukan selalu dapat berkumpul macam ni.
6. Bulan Ulang Tahun
Alhamdulillah, bulan jun nie adalah Bulan istimewa aku (Hari Jadi). Aku sebenarnya lupa dengan hari jadi sendiri sebab suami pun dah ke laut. Tak dapat nak sambut hari jadi bersama. Tapi aku tetap rasa terharu bila tepat jam 12 malam, suami hantar ucapan hari jadi.
Satu lagi perkara yang buat aku tersentuh, buat pertama kali mak aku ucap hari jadi aku.
Biasanya keluarga aku memang jarang ingat, jadi walaupun hanya ucapan melalui WhatsApp, tetap rasa dihargai.
Kadang-kadang perkara kecil pun boleh buat hati rasa bahagia.
7. Bulan Kehilangan
Tapi dalam semua cerita gembira itu, sebenarnya bulan Jun ini lebih banyak mengajar aku tentang kehilangan.
Pada 23 Jun 2026, yang juga merupakan hari ulang tahun aku, aku kehilangan atok (adik beradik kepada atok aku).
Sampai sekarang masih rasa sedih. Nak sambut hari jadi sendiri pun terasa lain. Ada rasa sebak yang susah nak digambarkan.
Bulan Jun bagi aku bukan sekadar bulan ulang tahun. Ia adalah bulan yang penuh dengan rasa — ada bahagia, ada syukur, ada rindu dan ada kehilangan.
Kehilangan ini antara sesuatu yang aku sukar nak move on apatah lagi apabila kehilangan yang tarikh yang sepatutnya menjadi hari bahagia. Tak tahu nak sedih atau gembira.
Aku cuba terima bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hadir dalam hidup kita adalah pinjaman daripada Allah SWT.
Cuma sebagai manusia, rasa sedih itu tetap ada.
Semoga Allah ampunkan arwah, luaskan kuburnya dan tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman.
Dan semoga hati ini terus belajar menerima setiap ketentuan Allah dengan sabar.
AL-FATIHAH untuk SIJAN BIN TAPA (28 JUN 2012) dan ASONG BIN TAPA (23 JUN 2026).

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.