Rezeki dari Laut Dapat Ikan Yu Berat 300Kg

Rezeki dari Laut Dapat Ikan Yu Berat 300Kg

Korang pernah tak nampak ikan sebesar manusia? Hasil tangkapan suami dari laut dapat seekor ikan yu seberat 300kg. Besar, panjang… Suami siap kata, nak peluk pun tak lepas sebab besar sangat!

Alhamdulillah, rezeki. Bukan senang nak dapat hasil macam ni, tambah pula dengan keadaan di laut yang tak menentu.

Kata suami, di tempat kami nie memang tak ramai yang makan ikan yu. Ikan ni pun bukan target utama nelayan, selalunya tertangkap sekali dengan ikan lain. Sebab tu mungkin ia tak begitu popular untuk dijadikan hidangan harian.

Rezeki dari Laut Dapat Ikan Yu Berat 300Kg


Jadi walaupun dapat ikan besar, harganya tak tinggi sangat. Biasanya pun dijual secara borong saja.

Kalau di Sabah pula lain ceritanya. Ikan yu lebih mudah ditemui di sana dan ada yang menjadikannya sebagai hidangan tempatan, bergantung kepada jenis dan cara masakan masing-masing.

Kalau mak pula, biasanya buat masakan sinagol. Memang sedap.

Saja nak kongsi di blog. Korang pernah tak nampak ikan besar macam nie dijual di pasar?


12 comments

  1. Selalu orang masak apa kan ikan yu ni? Pernah nampak ikan yu yang kecil-kecil aje di pasar. Ini besar sungguh ikan yu nya

    ReplyDelete
  2. Masha Allah besarnya! Pertama kali ni baca first hand experience dari kawan blogger ttg penangkapan ikan sebesar ni. Suka baca citer² gini

    ReplyDelete
  3. uiissshh besarnya ini mama shark ni...

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat suaminya. Mesti satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Besar betul.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan ikan besar2 ni..selalu kedai cina ada ikan yu ni..takde pula tokey² restoren cina membeli...

    ReplyDelete
  6. Besarnya
    Tapi ikan ni ramai orang tak makan

    ReplyDelete
  7. Besarnyaaa shark. Selalu orang tempatan masak shark macam mana ? Dibuat berkuah atau salai ?

    ReplyDelete
  8. Masak apa ikan Yu ni ? Tak pernah makan pulak.

    ReplyDelete
  9. Tengah fikir macam mana nak bawa naik ke atas bot tu huhuu.. dah naik atas bot tak ke mengamuk ikan tu huhu.. hebat suami nak handle ikan yu tu.. syukur alhmdulillah rezeki..

    ReplyDelete
  10. Pernah makan few time daging ikan yu ni. So far ok jer rasa dia.. tak la rasa pelik ke apa ke huhuu

    ReplyDelete
  11. Tengok besar macam ni, jadi tak lalu nak makan sebab terbayang besarnya ikan tu.

    ReplyDelete
  12. Besar nya memang tak pernah tengok ikan ditangkap sebesar ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.