Korang pernah tak nampak ikan sebesar manusia? Hasil tangkapan suami dari laut dapat seekor ikan yu seberat 300kg. Besar, panjang… Suami siap kata, nak peluk pun tak lepas sebab besar sangat!
Alhamdulillah, rezeki. Bukan senang nak dapat hasil macam ni, tambah pula dengan keadaan di laut yang tak menentu.
Kata suami, di tempat kami nie memang tak ramai yang makan ikan yu. Ikan ni pun bukan target utama nelayan, selalunya tertangkap sekali dengan ikan lain. Sebab tu mungkin ia tak begitu popular untuk dijadikan hidangan harian.
Jadi walaupun dapat ikan besar, harganya tak tinggi sangat. Biasanya pun dijual secara borong saja.
Kalau di Sabah pula lain ceritanya. Ikan yu lebih mudah ditemui di sana dan ada yang menjadikannya sebagai hidangan tempatan, bergantung kepada jenis dan cara masakan masing-masing.
Kalau mak pula, biasanya buat masakan sinagol. Memang sedap.
Saja nak kongsi di blog. Korang pernah tak nampak ikan besar macam nie dijual di pasar?

.png)
0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.