Sejak tukar template Kak Sarie hari tu ada beberapa rakan blogger yang bertanya untuk servis blog. Salah satunya ialah Blogger Faa.
Selepas tinggalkan email di blog Faa, beberapa hari kemudian Faa hubungi aku untuk minta servis blog. Bukan servis tukar template, tapi nak pasangkan widget Top Commentators saja.
Aku bagi kod untuk widget top komentators yang biasa digunakan. Tapi entah kenapa, widget tu tak keluar pula di blognya. Jadi aku cuba bantu lagi dengan bagi kod lain yang lebih lengkap.
Alhamdulillah, tak lama lepas tu Top Commentators dah berjaya dipaparkan di blog Faa.
Sejujurnya, aku rasa serba salah nak kenakan bayaran untuk benda sekecil tu. Lagipun nak buat pun tak ambil masa lama sangat. Jadi aku memang tak minta bayaran.
Biasanya servis blog yang aku kenakan untuk setting blog dan tukar template sahaja. Even nak check blog kalau ada masalah aku okay ja kalau setakat semak. Kadang ada setting mungkin kita terlepas pandang kan.
Pastu Faa kata nak hantar something sebagai tanda terima kasih. Macam segan pula dapat hadiahnya. Apapun terima kasih sangat bagi hadiah.
Tadi hadiahnya baru sampai. Nak tahu apa aku dapat?
MasyaAllah, alhamdulillah atas rezeki Allah. Baru ja bulan lalu terfikir nak beli Niacinamide Brightening Daily Mask tetapi tak jumpa lagi di Guardian dan Watson.
Radiance Booster Serum Spray tu pun selalu lalu di Shopee, siap masuk cart dah… tapi belum pernah beli lagi.
Tak sangka Allah beri melalui hadiah dari Faa.. MasyaAllah, indah cara Allah susun semuanya. Tak cepat, tak lambat… tapi selalu tepat. Alhamdulillah 🤍
Terima kasih Faa atas pemberiannya. Semoga setiap kebaikan yang Faa beri, Allah gantikan dengan rezeki yang lebih luas, hati yang tenang, dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan urusan, dilapangkan rezeki, dan diberikan hati yang ikhlas dalam setiap kebaikan.

0 comments
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.