التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Momoyo - Lemonade Zest Tea & Grass Jelly Milk Tea

Assalamualaikum
Bismillah

Aku bukanlah seorang yang gemar dengan makanan dan minuman luar tetapi aku nak berkongsi tentang satu kedai yang baru dibuka di Pontian iaitu Momoyo. Momoyo mempunyai fokus yang kuat dalam menawarkan minuman teh yang unik dan disukai ramai.

Cawangan kedai Momoyo kini semakin berkembang di pelbagai kawasan, termasuk Pontian, dan mereka terkenal dengan pilihan minuman teh susu boba yang menjadi kegemaran ramai.

MOMOYO MENU
Menu Momoyo

Jenis Minuman di Momoyo

Momoyo menawarkan pelbagai pilihan minuman, terutamanya Milk Tea antara yang popular. Antara varian utama yang boleh didapati di Momoyo ialah:
  • Milk Tea Series – Minuman ini menggabungkan rasa manis teh susu yang lembut dengan tekstur kenyal boba (tapioca pearls), memberikan kombinasi rasa yang menyegarkan.
  • Fresh Fruit Tea Series – Selain teh susu, Momoyo juga menawarkan teh buah yang menyegarkan dengan campuran buah-buahan segar seperti limau, strawberi, dan mangga. 
  • Smoothies Series – direka untuk mereka yang mencari minuman yang lebih segar dan sihat. 
  • Milkshake Series – khas untuk penggemar minuman manis dan berkrim.
  • Coffee Series –  menyediakan pelbagai jenis kopi yang dihasilkan dengan biji kopi berkualiti tinggi, disediakan untuk memberikan rasa yang seimbang antara kekuatan kopi dan kelembutan susu.
  • Minuman Khas – Momoyo turut menyediakan minuman edisi khas yang biasanya terhad dalam tempoh tertentu, memberikan pengunjung pilihan untuk mencuba sesuatu yang baru setiap kali mereka berkunjung.

Momoyo - Lemonade Zest Tea & Grass Jelly Milk Tea

1. Lemonade Zest Tea (RM7.60)

Lemonade Zest Tea di Momoyo adalah minuman yang menyegarkan, sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang ringan tetapi bertenaga. Kombinasi teh dan lemon yang segar memberikan rasa yang sedikit masam tetapi tetap seimbang dengan manis teh. 

Ia adalah pilihan yang ideal untuk cuaca panas, kerana rasa citrus dari lemon menambah dimensi yang menyegarkan setiap kali diminum.

Aku order No sugar with Coconut Jelly. Seriously walaupun tanpa gula rasanya tetap sedap. Rasa teh dan lemon seimbang. Biasanya kalau buat teh lemon sendiri di rumah, susah nak seimbangkan rasa teh dan lemon tu apatah lagi tanpa gula. 

Jadi aku berpuas hati dan sangat memenuhi cita rasa aku. 

Momoyo - Lemonade Zest Tea & Grass Jelly Milk Tea

2. Grass Jelly Milk Tea (RM8.50)

Jika korang menggemari minuman yang lebih pekat dan indulgent, Grass Jelly Milk Tea adalah pilihan yang terbaik. Minuman ini menggabungkan teh susu klasik dengan jeli cincau (grass jelly) yang lembut dan kenyal.

Rasa Milk Tea nie biasa seperti teh susu yang lain. Tetapi yang membuatkan ia sedap sebab kombinasi rasa teh yang seimbang dengan susu yang berkrim. Tidak terlalu manis dan sedap walaupun tanpa gula.

Jadi bagi aku walaupun tiada gula still sedap. Tambahan grass jelly memberikan rasa ringan tetapi dengan tekstur lembut yang menyenangkan.


Secara keseluruhan, aku berpuas hati jugalah dengan minuman Momoyo ini. Saiz minuman pun berbaloi dengan harganya. 

Jika korang seorang pencinta minuman unik dan sedang mencari sesuatu yang menyegarkan atau berkrim, jangan lepaskan peluang untuk mencuba Lemonade Zest Tea dan Grass Jelly Milk Tea di Momoyo. 

Kunjungi cawangan Momoyo terdekat korang hari ini atau pesan secara online untuk merasai sendiri keunikan minuman mereka.


تعليقات

  1. Langsung cari di jakarta ada tak. Ternyata adaaaa 😍😍😍. Nantilah nak coba. Kalo bisa tanpa gula, saya sukaa kak. Krn memang da berusaha cut sugar lah skr ini

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...