التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Bukan Setiap Hari Kita Hebat, Realiti Blogger di Sebalik Skrin

Setiap daripada kita pasti pernah merasakan naik turun dalam kehidupan seharian. Seorang blogger juga tidak terlepas daripada merasai naik turun dalam kehidupan seharian. 

Kadang-kadang, idea datang mencurah-curah, dan jari-jemari pantas menaip di papan kekunci. Setiap ayat yang ditulis terasa begitu padu dan berinspirasi. Malah artikel boleh disiapkan dalam masa yang singkat dan berasa puas melihat hasil kerja sendiri. 

Namun, sebagai seorang blogger, bukan setiap hari kita berada pada tahap yang sama. Ada masanya, minda terasa kosong. Idea-idea yang biasanya mudah datang tiba-tiba hilang entah ke mana. 

Kadang duduk depan laptop berjam-jam, tapi hanya mampu menulis beberapa baris ayat sahaja. Ada ketika dimana rasa tidak mahu menghasilkan apa-apapun konten. 

 
Your best will look different every day, and that's okay...

Begitu juga dalam kehidupan seharian kita. Setiap hari kita menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza. Ada hari di mana kita berasa sangat bertenaga dan mampu menyelesaikan banyak tugasan. Namun, ada juga hari di mana kita hanya mampu melakukan perkara yang basic sahaja.

Sebenarnya penting untuk diri sendiri sedar bahawa produktiviti dan kreativiti tidak konsisten setiap hari. Ada hari yang produktif dan ada hari perlukan diri untuk berehat. Memberi diri sendiri ruang untuk berehat dan pulih adalah cara terbaik untuk kembali produktif.

Sebagai contoh, jika korang merancang untuk menulis dua atau tiga artikel pada hari ini tetapi hanya mampu menyiapkan satu artikel sahaja, jangan berasa kecewa. Anggaplah itu sebagai pencapaian. Fokus kepada apa yang telah korang capai, bukan pada apa yang tertinggal.

progress looks different everyday

Daripada berusaha untuk menulis dengan sempurna setiap hari, lebih baik fokus pada konsistensi. Mungkin korang tidak dapat menulis dengan baik setiap hari, tetapi dengan menulis secara konsisten, korang akan terus berkembang sebagai penulis. 

Yang penting, jangan biarkan hari-hari yang sukar mematahkan semangat. Walaupun hanya menulis satu perenggan pada hari yang sukar, itu masih merupakan satu langkah untuk maju ke depan.

Your best will look different every day, and that's okay...

تعليقات

  1. Iyaaa betul.. ada masa sehari boleh menulis 3.4 post, tapi ada masa mood ke-laut, duduk lama depan laptop pun, takde idea nak menulis.. macam-macam rasa dah rasa dah ...

    ردحذف
  2. so true..kalau dpt buat 3-4 entry satu hari tu...seronok sgt dah
    but kalau x dpt buat tu...what to do, redha je...

    ردحذف
  3. Nurul, ada ambil servis baiki blog tak? Kalau ada, nak mintak tolong godek blog akak..bisa?

    ردحذف
  4. Thank you remindernya kak. Memang betul. Menulis hanya 1 paragraf pun pencapaian juga, drpd tidak menulis samasekali kan

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...