التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Otak Dah Tepu Fikir Nak Tulis Konten

Assalamualaikum
Bismillah

Otak Dah Tepu Fikir Nak Tulis Konten

Begitulah tajuk hari ini. Otak dah tepu fikir idea nak tulis konten pasal apa. Sebetulnya idea tu banyak saja. Dah berlambak draf dalam blog nie tak juga ter'publish sampai sekarang.

Takda mood?
Malas?
Tak tahu nak mula menulis macam mana?
Banyak idea tapi dah simpan lama sampai lupa nak hurai macam mana...
Takda masa tapi masih boleh blogwalking, skrolling tiktok, facebook, youtube...

Begitulah senarai alasan... alasan... dan alasan yang sangat banyak..

Ohh aku cakap dengan diri sendiri..

Aku dah hilang semangat menulis dulu-dulu.. 
Dah penat jadi blogger sepenuh masa nak kongsi tips pasal blog tapi blog tiada perubahan pun..

Aku dah penat fikir macam mana nak buat duit dengan blog nie.. 
Tapi sebab minat, aku masih menulis di hadapan laptop seperti sekarang..
Dah tak tahu nak kongsi dengan siapa..

Entah berapa kali mengadu dengan husband pasal blog...
'Sabar'... 

Hanya mampu bersabar saja dengan situasi sekarang...

Sedih.. Tapi dah takda air mata nak menangis... 
Aku dah cuba tetapi aku betul-betul tak boleh catch-up dengan SEO, Algoritma, Chatgpt, AI semua tu...

Nak belajar pasal AI rasa seperti menulis bukan manusia dah.. Dah macam jadi robot.. Hilang emosi menulis tu..

Aku tak tahulah nak buat apa lagi... 
Benda yang aku suka selama ni dah tak seronok nak buat.. 

Buka blog mengharap agar semangat menulis macam dulu-dulu tu masih ada... 
Tetapi pelan-pelan hilang..

Dilema suka menulis dengan kerja menulis untuk dapat duit...
Entahlah... 
Buka akaun tiktok sebab nak cuba benda baru.. 
Cuba buat konten tentang 'journal' tetapi nak buat video tu pula bukan keminatan aku.. 
Kejap-kejap rakam, edit, ulang rakam etc...
Lagi banyak kerja

Tagline "Blogger Sepenuh Masa | Menulis Kerana Ingin Berkongsi" dah ditukar kepada "Personal Blog Who Loves to Write" sebab blog nie semakin hari semakin banyak kongsi tentang diri sendiri. 

Entahlah.... 

Beginilah hasil menulis tanpa draf.. Apa yang difikirkan itulah yang ditulis...

Ohh yaa.. korang boleh baca artikel dalam versi CHATGPT:

Hari ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin ramai dari kita pernah mengalaminya - kehilangan semangat untuk menulis.

Sejujurnya, terlalu banyak alasan yang saya gunakan untuk tidak menulis. Kadang-kadang, tiada mood. Kadang-kadang, rasa malas melanda. Pernah juga saya rasa tidak tahu dari mana nak mula menulis. Idea pula bergelumang di dalam kepala, tetapi tidak juga tersusun rapi untuk dijadikan artikel.

Saya pernah mengadu kepada diri sendiri, bahawa semangat menulis dulu-dulu kini hilang entah ke mana. Penat juga menjadi seorang blogger sepenuh masa, tanpa melihat perubahan yang ketara dalam blog saya. Lagi pun, mencari cara untuk menjadikan blog ini sebagai sumber pendapatan juga tidak semudah yang disangka.

Walau bagaimanapun, minat terhadap menulis masih lagi menggerakkan jari-jari saya menaip di hadapan laptop pada waktu ini. Walaupun tidak pasti kepada siapa lagi saya ingin berkongsi tulisan-tulisan ini.

Saya sering mengadu kepada suami tentang blog ini. Dia sentiasa memberi sokongan dengan kata-kata "sabar". Kadang-kadang, hanya sabar sahaja yang dapat saya lakukan dalam keadaan ini.

Ya, saya sedih. Namun, air mata untuk menangis pun sudah tiada lagi. Saya cuba untuk mengejar kemajuan dunia digital, seperti SEO, algoritma, dan teknologi AI. Tetapi, terkadang rasanya seperti menjadi seorang robot. Hilang sudah emosi dalam penulisan ini.

Saya buntu. Apa yang harus saya lakukan selanjutnya? Apa yang saya gemari dahulu, kini sudah tidak memberi keseronokan seperti dulu. Saya terbuka blog ini, dengan harapan semangat menulis dulu-dulu masih tersisa, tetapi semakin hilang perlahan.

Antara dilema menulis kerana minat dan menulis untuk mencari rezeki, sungguh membingungkan. Kadang-kadang, saya membuka akaun TikTok untuk mencuba sesuatu yang baru. Mencuba untuk membuat konten mengenai 'journal', tetapi sebenarnya itu bukan minat sebenar saya. Dan ya, itu membawa lebih banyak kerja lagi.

Tagline "Blogger Sepenuh Masa | Menulis Kerana Ingin Berkongsi" sudah saya ubah kepada "Personal Blog Who Loves to Write", kerana kini blog ini semakin banyak berkongsi mengenai diri saya sendiri.

Sekiranya anda menghadapi perkara serupa, saya mendoakan semoga anda mendapat kekuatan dan semangat untuk terus mengejar passion dan impian anda. Saya percaya, satu hari nanti, semangat menulis kita akan kembali menyala dengan sendirinya.

Terima kasih kerana membaca luahan hati saya hari ini. Semoga kita semua sentiasa diberkati. Assalamualaikum.


Nampak tak? Agaknya AI boleh terjemahkan dan faham tak apa yang aku ingin sampaikan sebenarnya... 



تعليقات

  1. It's completely normal to feel stuck and overwhelmed sometimes. Lenne pun macam tu jugak, so I totally get it. Maybe boleh take a break dulu and rediscover what you love about writing :) About the AI thingy, rasanya kalau Nurul ada better prompt mungkin tak bunyi macam robot sangat kot sebab Lenne pernah je tengok CC melayu pakai AI and takda bunyi robot langsung hehe. Tapi tulah, that’s the thing with AI—dia takda empathy and human touch tu.

    Lenne | lennezulkiflly.com

    ردحذف
  2. Saya baca yg punya Nurul, dan yg hasil AI, memang emosinya berbeda.

    Saat baca punya Nurul, saya bisa merasa stress dan sedihnya Nurul Krn merasa buntu idea dan mood untuk menulis.

    Sementara yg AI tulis, biasa saja.

    Kalo masalah mood, memang lah agak susah. Ditambah pula Nurul berblog juga utk monetisasi atau mencari uang kan. Tekanan, seo dll lebih terasa.

    Kalo saya, menulis memang hanya utk fun. Menyalurkan passion menulis, dan untuk mencari teman. Krn itu saya tidak ada tekanan dalam hal seo, monetisasi, algoritma dll. Krn jujur saya tak mempedulikan itu semua. Krn itu passion saya terhadap blog masih setinggi saat pertama kali membuat.

    Mungkin, sesekali boleh diubah mindset, untuk berblogging demi having fun. Tak mempedulikan algoritma dan semuanya.

    Tapi kalo masih tak bisa, ada bagusnya Nurul buat rehat sekejap. Mengalihkan ke hobi yg lain.

    Saya terkadang jenuh dengan IG FB. Dan disitu saya ambil waktu utk detox media sosial. Saya tutup semua, bhkan sampai 3 bulan. Setelah merasa oke lagi, baru buka kembali.

    Hanya utk blog saya belum pernah bosan. Krn memang ini obat jenuh bagi saya.

    ردحذف
  3. Hi Nurul, i do feel the same things. Rasa macam takda masa tapi sempat ja scroll2, maybe we just burn out and tired plus no mood huhuhu

    ردحذف
  4. Hi Nurul, I also feel the same. Penat sebab tak sama macam dulu. Dengan Adsensenya lagi, entahlah. Kadang nak abaikan je tapi Syu sayang kt blog sendiri, dah berbelas tahun dah buat blog.

    ردحذف
  5. Betul kadang² sampai tak ada idea nak tulis apa ..otak jadi blank terus ..

    ردحذف
  6. Selalu rasa yang sama. Nak tulis, dok depan laptop, termenung lepas tu bangun tanpa apa-apa tertulis di skrin. Draft pun pelan-pelan delete begitu saja sebab dah lupa jalan cerita dan content dah tak valid. Begitulah perjalanan seorang blogger.

    ردحذف
  7. lama tak singgah blog nurul. tak pe nurul sama macam akak haaa.. keep on writing je lah sekarang ni

    ردحذف
  8. sebab tulah saya pun lama tak tulis apa2. banyak share post orang saja. sebab nak bagi blog tu hidup.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...