Assalamualaikum
Bismillah
Selepas 3 tahun, akhirnya aku tukar dompet baru. Dompet lama aku beli di PG Mall selepas dapat bayaran daripada blog. Dah banyak design wallet yang aku cari di shopping mall dan kedai tetapi tiada satu pun yang aku berkenan.
Rasanya hampir semua dompet wanita kelihatan sama. Hanya dompet ini yang aku rasa lebih nyaman untuk guna kerana bahan, ukuran, dan reka bentuknya. Disebabkan dompet ini tiada dijual di sini. Maka aku order di shopee.
Selain itu, ia dilengkapi dengan tempat untuk syiling, 3 bahagian lipatan, dan 17 slot untuk menyimpan kad bank atau kad perniagaan. Walaupun ia berlapis-lapis, setiap lapisannya nipis, jadi dompet tidak terlalu tebal walaupun penuh dengan barang.
Dari segi kualiti, ia sepadan dengan harganya. Penghantaran pun pantas dan pembungkusan dari penjual sangat kemas. Harganya hanya RM12.99 sahaja, dan dengan diskaun dan voucher, ia dapat dibeli pada harga yang lebih rendah lagi.
Link shopee : https://shope.ee/7UsWXXpNYG
Cantik warna dompet baru tue . Compartment pun banyak juga kan . Walaupun murah tapi kualiti tahan lama itu yang kita mahu kan .
ردحذفcantik dompetnya.. byk ruangan untuk isi kad..
ردحذفsamalah OM pun tak tukar lagi beg dompet, OM pakai charles & keith pun hampir 4 tahun dah, syg betul nak tukar sbb masih elok lagi.
ردحذفCantik. Kemas tengok design nya.
ردحذفMurahnya harga dompet.
ردحذفcantik warna dia, harga nampak sepadan dengan apa yang dapat. okay la
ردحذفYang penting rasa selesa :)
ردحذفcantik dompet baru
ردحذفlinda pun mcm nak tukar...tp tulah..tak berkenan yng pnjg gitu..suka carik yg kecik2..tp tak jumpa2 lagi...hihihi
ردحذفSaya dah lama tak bawa dompet kemana2 😅. Segalanya dah cashless di sini, sampai ID card pun dah digital. Jadi memang lah tak bawa dompet lagi, hanya HP, Krn semua dokumen dan pembayaran pakai ewallet mostly 😅
ردحذفKalo dulu, saya termasuk suka ganti2 dompet kak. Ada yg bagus sikit, beli langsung, dah macam koleksi 😅