التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Lima Kudapan Unik dari Sabah dan Sarawak Yang Wajib Dicuba

Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka. Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun.

Sungguhpun Tadau Kaamatan dan Hari Gawai meraikan tamatnya musim menuai padi, sebenarnya terdapat perbezaan ketara dari segi tradisi dan upacara antara dua perayaan ini. 

Tadau Kaamatan meraikan hubungan antara Pencipta dan Ciptaan, yang diceritakan melalui lagenda pengorbanan Huminodun - seorang gadis cantik yang sanggup mengubah tubuhnya menjadi makanan dan tanaman subur bagi menyelamatkan manusia daripada kebuluran. 

Lima Kudapan Unik dari Sabah dan Sarawak Yang Wajib Dicuba

Hari Gawai pula bertumpu pada persembahan dan upacara yang menzahirkan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah, di samping meraikan umat manusia, ‘semangat’ padi, dan unsur-unsur lain yang melambangkan alam semula jadi.

Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak hairanlah makanan merupakan antara aspek yang paling dinanti-nantikan. 

Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat karib sambil menikmati pelbagai makanan lazat. 

Namun, harus diingat bahawa pemakanan tanpa kawalan semasa perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan dan kegelisahan. 

Kerana itu, pengamalan snek bijak yang merujuk kepada tabiat makan dengan niat dan perhatian, memfokuskan pada detik sekarang, dan menikmati makanan dengan semua pancaindera untuk mengelakkan terlebih makan amatlah disarankan.

Lima Kudapan Unik dari Sabah dan Sarawak Yang Wajib Dicuba

Di sini, mari kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba, dan sambil itu terapkan juga amalan snek bijak ketika menikmatinya:

1. Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala

Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan Kuih Karas dari Semenanjung Malaysia ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu, dan gula. Ia digoreng panjang dan nipis, dan memiliki tekstur yang lembut dan sedikit kenyal. 

kuih jala
Sumber: Pengguna Facebook - Senia Raniah

Kuih ini turut dikenali sebagai Kuih Jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur dan rasanya yang lazat. Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih Sarang Semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.

2. Penganan atau Penyaram 

Penganan dari Sarawak atau istilah Sabah pula Penyaram merupakan makanan tradisional yang dibuat dengan menggoreng adunan tepung beras, gula, dan santan. 

penganan-penyaram
Sumber: Hantara Blog – Che Nom

‘Kek mini’ ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut lagi kenyal. Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ianya makanan bergoreng, amalkan
kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa.

3. Hinompuka (Kuih pulut kukus)

Hinopuka merupakan makanan tradisi Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit yang dibalut dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal. Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim, dan ada juga yang
menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis. 

hinompuka
Sumber : Hinompuka - SV Kitchen

Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan yang sesuai bagi anda yang menggemari perisa yang lebih halus. 

Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkanlah kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan. Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi.

4. Tebaloi atau biskut sagu

Tebaloi atau biskut sagu merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut
mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo. Diperbuat dari tepung sagu, kelapa, gula dan telur,
tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik. 

tebaloi-sarawak

Nikmati kepingan tebaloi anda dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya yang unik hasil dari panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda.

5. Bambangan

Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga. Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, dan boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan seperti Hinava Ginapan untuk Tadau Kaamatan. 

bambangan-jeruk-bambangan
Sumber: Pengguna Shopee – astcatalieya

Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka. Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan dengan penuh perhatian dan lebih perlahan untuk meningkatkan kepuasan makan anda.

Mencuba kudapan-kudapan lazat ini merupakan cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan budaya sambutan Kaamatan dan Gawai, sambil memuaskan selera makan anda. 

Dengan begitu banyak makanan lazat untuk dinikmati bersama orang tersayang, jangan lupa untuk mengamalkan tabiat snek bijak – bahagikan porsi kudapan sebelum makan, dan kurangkan atau elakkan gangguan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada nikmat makanan anda. 

Amalan snek bijak ini sebenarnya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, tidak kira di mana jua, dan pada bila bila masa. Amalan snek bijak semasa musim perayaan bukan sahaja membolehkan anda menikmati makanan anda dengan sepenuh hati, tetapi juga membantu anda menjalani gaya hidup lebih sihat. 

Menurut satu laporan tentang tabiat snek global oleh Mondelēz International, 78% orang pada hari ini lebih cenderung mengambil masa untuk menikmati snek mereka, manakala 61% berkongsi mereka meluangkan masa untuk membahagikan porsi makanan sebelum makan. 

Adakah anda salah seorang daripada mereka? Kenali amalan snek bijak serta manfaat-manfaatnya di
www.snackmindful.com

تعليقات

  1. Tebaloi sangat manis dan perlu dimakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja...sesuai untuk minum petang atau bila-bila masa sahaja

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...