التخطي إلى المحتوى الرئيسي

7 Tips Cara Menyimpan Duit Gaji RM1200

Kerajaan Malaysia telah umum kenaikan gaji minimum daripada RM1200 ke RM1500. Namun tidak semua syarikat yang mampu untuk memenuhi kenaikan gaji tersebut. 

Justeru, masih ramai rakyat Malaysia yang memiliki minimum gaji RM1200. Itupun belum ditolak dengan potongan KWSP dan SOCSO. Jadi berapa sahajalah yang tinggal selepas potongan. 

Dengan perbelanjaan yang sekarang ini bermacam-macam. Bagi yang hidup bujang mungkin ada lagi kesenangan. Bagaimana pula yang sudah berkahwin dan mempunyai anak yang ramai? Cukupkah gaji RM1200 untuk menampung perbelanjaan sebulan?

Cara Menyimpan Duit Gaji RM1200

Aku pernah bertemu dan bertanya dengan beberapa orang yang gajinya RM1200 sebulan sama ada bujang ataupun yang sudah mempunyai keluarga. Dan tanyakan kepada mereka cukup tak gaji tersebut untuk menampung perbelanjaan sebulan? 

Ramai yang menjawab tidak cukup bahkan ada yang berhutang sebelum sampai masanya tarikh penggajian. Bila sudah gaji, maka hutang pun dibayar dan perbelanjaan lain-lain. Lalu, berapa sahaja yang tinggal untuk disimpan? Adakah lagi baki gaji yang boleh disimpan atau langsung kosong?

Menurut kajian Bank Negara Malaysia, seramai 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1000! Ini parah. Lagi-lagi ekonomi sekarang yang tidak stabil. Lalu bagaimana mengatasi masalah tersebut? 

Bagaimana kita hendak menyimpan dengan gaji RM1200?

Cara Menyimpan Duit Gaji RM1200

1. Buat Pengiraan Bajet

Bajet ini penting untuk kita buat agar tidak terlebih dari yang apa yang kita ada. Bajet ini bermaksud korang memutuskan apa yang akan korang belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang korang akan simpan. 

Jadi kita perlu sediakan senarai keperluan dan nyatakan nilainya sekali. Asingkan 10% daripada gaji untuk kita simpan. Jumlahkan semua perbelanjaan dan simpanan yang telah disenaraikan tadi. 

Kalau lebih dari RM1200 maka tengok senarai bahagian belanja, tolak mana yang tidak perlu yang bersifat keinginan semata.

2. Sedar Kedudukan Kewangan

Hidup ini kenalah bersederhana. Jalan rezeki setiap orang berbeza. Kita kena sedar kedudukan kewangan kita di mana. Jangan terlalu mengikut trend yang boleh membebankan hidup. 

Kita kena sedar yang gaji kita hanya RM1200. Maka kita juga kena berbelanja mengikut taraf gaji kita. Tak payahlah minum Starbuck, mungkin sekali sekala boleh tapi jangan hari-hari minum Starbuck. 

Makan pula makan di luar ataupun Grab Food. Jawapnya memang tiadalah baki tersisa untuk disimpan.

Tetapi aku faham juga walau macam mana kita cuba berjimat cermat, kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Dan sangat menyukarkan kita untuk menyimpan duit apatah lagi yang mempunyai tanggugan yang ramai.

3. Tambah Pendapatan Sampingan

Ada satu ayat aku jumpa dan selalu dengar yang bunyinya “kalau nak makanan mahal, pakaian branded macam Nike, kereta mahal macam Honda, kita kenalah cari kerja yang gajinya mampu beli semua tu”. 

Jadi nak cakap mungkin rezeki kerja hakiki kita adalah dengan bergaji RM1200 tapi menambah pendapatan sampingan adalah jawapan kepada persoalan kita “Bilalah dapat merasa makanan mahal? 

Bilalah boleh pakai kereta Honda dan sebagainya”. Gaji kita RM1200 tak cukup maka tambahlah pendapatan sampingan dengan kerja part-time bawa Grab Car, part-time bisnes, part-time menulis dan macam-macam lagi kerja sampingan yang kita boleh buat. 

Pilihlah mana yang korang rasa mampu dan boleh buat. Aku doakan agar kalian dikurniakan rezeki melimpah-limpah yang halal dan berkat.

Photo : https://www.rodiahamir.com/2020/01/cara-simpan-duit-paling-mudah.html

4. Kekalkan Menabung

Menabung adalah benda wajib. Ada satu pepatah berbunyi “simpan dahulu, barulah berbelanja”. Ayat ini betul. 

Cuma tabiat kita ni dapat gaji je terus belanja. Shopping lah, beli tulah, beli nilah. Macam-mcam kita belanja. Penghujung bulan habis duit gaji kemudian berhutang. 

Begitulah putaran hidup sekiranya kita tidak ubah akan kekal berhutang sehingga akhir hayat. Justeru, kita ubah tabiat. Nak hidup senang kenalah bina tabiat yang baik. Mulakan sikit-sikit. Bak kata pepatah Melayu alah bisa tegal biasa. Start now!

Boleh menabung dengan cara asingkan duit RM5 & RM20. So far cara ini paling berkesan untuk menyimpan duit. Pada hujung tahun, korang kira dan masukkan ke akaun ASB atau Tabung Haji.

5. Elakkan Membeli Kereta Tanpa Keperluan

Kita kan pantang sangat tengok orang pakai kereta tu kita pun nak pakai juga. Cubalah jangan terlalu memerhati dan membandingkan. Kereta ni besi buruk je. 

Gaji RM1200 tapi nak pakai Honda Jazz. Memang hutang keliling pingganglah jawabnya. Gaji rendah cukuplah sekadar pakai motor. Jimat minyak. 

Tak usah beli kereta sama ada terpakai ataupun baru. Kita cuba tingkatkan pendapatan dahulu baru kita fikir beli kereta. Bila rasa diri sudah mampu beli kereta, maka belilah kereta idaman. Utamakan yang perlu dahulu.

Dalam erti kata lain, boleh beli kereta sekiranya kereta yang digunakan memang keperluan untuk pergi kerja, berniaga, mempunyai tanggungan yang ramai dan tiada kenderaan. 

Sekiranya dengan mempunyai kenderaan urusan kehidupan kita lebih mudah. Maka belilah kenderaan mengikut kemampuan. 

Bukan sebab orang lain guna kereta besar, kita pun nak beli kereta besar. Orang lain ada kereta baru, kita pun nak kereta baru sedangkan kita tidak mampu untuk bayar ansuran bulanan.

6. Jangan Melabur

Memandangkan gaji kita rendah, jadi fokus utama kita sekarang adalah dengan menambah pendapatan untuk keperluan asas hidup seperti makan minum, sewa rumah, bil elektrik dan sebagainya. 

Bukan tak boleh melabur tapi gaji RM1200 hanya cukup untuk keperluan asas. Itupun kadang tak cukup dan terpaksa berhutang. 

Sebelum korang nak melabur pastikan anda ada 6 bulan gaji sebagai simpanan kecemasan. Sekarang ini ramai sangat scammer. Buat masa sekarang tambah ilmu pelaburan dulu. Bila dah ada ilmu, maka senanglah kita nak melabur di tempat yang betul.

Pelaburan yang selamat ialah di ASB dan Tabung Haji. Dan sekiranya korang mempunyai ilmu pelaburan yang lebih baik, maka korang melaburlah di tempat yang betul dan sah pelaburannya. Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.  

7. Tambah Ilmu Berkenaan Kewangan

Ilmu pengurusan kewangan ini kenalah kita asah setiap hari. Ilmu nak jana pendapatan sampingan dan ilmu menyimpan ini adalah fokus utama kita. Cari guru, belajar ilmu darinya dan praktikkan. 

Aku cadangkan korang follow Youtube Dr Adam Zubir dan Financial Faiz. Insya-Allah hidup kita akan bertambah lebih baik dan semoga menjadi orang kaya yang bertaqwa.

Hidup atas dunia memang untuk bersusah payah. Hidup senang itu hanya dalam syurga. Semoga kita digolongkan dalam kalangan ahli-ahli syurga. Aamiin.

Bagaimana nak buat pengiraan untuk simpanan menggunakan Saving Calculator

Sedikit info untuk korang yang ingin menyimpan tetapi tak tahu bagaimana nak buat pengiraan untuk simpanan. Korang boleh menggunakan Saving Calculator ini. 

Korang cuma pergi ke Saving Goal Calculator, masukkan amaun yang diperlukan untuk menyimpan atau melabur di ASB / Tabung Haji. 

savingcalculator

Ia sangat mudah dan tidak dilengkapi rajah yang sukar difahami. Sesuai untuk sesiapa yang baru nak bermula. Klik Savings Calculator untuk ke laman web tersebut.


تعليقات

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...