Assalamualaikum
Bismillah
Kebelakangan ini terlalu banyak kisah yang melibatkan penderaan kanak-kanak seperti kisah adik Bella dan terbaru pula adik Alia. Aku rasa sedih sangat-sangat kerana tergamak sungguh mereka mendera kanak-kanak yang tidak berdosa.
Bismillah
Kebelakangan ini terlalu banyak kisah yang melibatkan penderaan kanak-kanak seperti kisah adik Bella dan terbaru pula adik Alia. Aku rasa sedih sangat-sangat kerana tergamak sungguh mereka mendera kanak-kanak yang tidak berdosa.
Oleh itu, apa peranan kita sebagai seorang masyarakat yang prihatin terhadap kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak?
Kita mungkin tidak pernah melihat kanak-kanak didera. Tetapi sekiranya kita menjadi saksi kes penderaan, ini adalah salah satu cara yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk melakukan aduan berkenaan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Bagaimana aduan penderaan dan pengabaian kanak-kanak boleh dilakukan oleh orang ramai?
- Melaporkan kes penderaan kepada JKM/Polis.
- Pelaporan kes penderaan boleh dibuat kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal atau membuat aduan melalui Talian Kasih 15999; ATAU Whatsapp 019-26 15999.
- Aduan penderaan kanak-kanak boleh dilakukan melalui Twitter, Facebook KPWKM, JKM; Instagram
Prosedur penerimaan aduan & tindakan
- Terima laporan atau aduan penderaan samada melalui media/Talian Kasih/surat/telefon/hospital.
- Membuat lawatan ke rumah/hospital.
- Pengenalpastian kes penderaan.
- Sekiranya penderaan tidak serius terus penyeliaan kes tersebut dan memberikan khidmat kaunseling dan bimbingan.
- Sekiranya penderaan yang serius seperti seksual, fizikal atau emosi maka kanak-kanak dibawa ke hospital bagi pemeriksaan perubatan serta rawatan perubatan.
- Membuat laporan polis sekiranya tidak dibuat oleh ahli keluarga atau pun doktor.
- Selepas kanak-kanak telah menjalani rawatan perubatan atau selesaikan pemeriksaan oleh doktor dan telah disahkan oleh pegawai perubatan serta selesai perubatan yang mana kanak-kanak boleh keluar daripada hospital, Pelindung membawa kanak-kanak ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk mendapat perintah sementara bagi penempatan sementara di Rumah Kanak-Kanak atau di bawah orang yang layak dan sesuai (OYLS) bagi tempoh sebulan.
- Sementara penempatan kanak-kanak samada RKK atau OYLS, pelindung akan menjalankan suatu siasatan bagi penyediaan Laporan Pelindung untuk tujuan dikemukakan semula ke MBKK bagi perintah tetap penempatan kanak-kanak.
- Semasa tarikh prosiding mahkamah, Pelindung akan membentangkan Laporan Pelindung serta syor penempatan kanak-kanak kepada Majistret MBKK untuk mengeluarkan suatu perintah.
- Perintah Tetap MBKK boleh menempatkan kanak-kanak di bawah opsyen seperti berikut:
- Ibubapa atau penjaga dikenakan bon serta perintah menghadiri bengkel interaktif.
- Orang Layak dan Sesuai (OYLS)
- Ibubapa pelihara
- Penempatan di Pusat
- Institusi Kanak-Kanak. - Penyeliaan akan dilakukan oleh Pelindung dari semasa ke semasa selepas perintah mahkamah dikeluarkan.
Kategori Penderaan dan Pengabaian Kanak-Kanak
- Penderaan fizikal
- Penderaan seksual
- Penderaan emosi
- Pengabaian kanak-kanak (emosi, fizikal, kognitif)
- Pengemisan kanak-kanak
- Meninggalkan kanak-kanak tanpa penjagaan dalam tempoh masa yang lama
Hukuman terhadap sabitan kesalahan penderaan dan pengabaian kanak-kanak
Bagi pelaku kesalahan jenayah penderaan kanak-kanak sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya serta sebagai tambahan kepada hukuman tersebut melaksanakan khidmat masyarakat tidak boleh kurang daripada 36 jam dan tidak lebih 240 jam yang perlu dilaksankan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan.
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat
tu lah..makin banyak pula penderaan kanak kanak sekarang. Yang peliknya, kalau tak sayang anak angkat tu, kenapa diangkat budak tu
ردحذف