التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta di Pontian Johor

Assalamualaikum
Bismillah

Salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Tak sangka ya, selepas setahun aku terpaksa cabut gigi lagi. Sebelum ini aku dah pernah kongsikan pengalaman scalling dan cabut gigi di Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan di Sabah.

Kali ini aku mahu kongsikan pengalaman cabut gigi di Klinik Pergigian Swasta di Pontian, Johor. Pertama sekali aku memilih untuk cabut gigi di klinik pergigian swasta sebab suami aku tiada di rumah masa tu. 

Klinik pergigian kerajaan pula jauh dari kawasan rumah. Suami pula kerja. Dan aku pula tak pandai driving. Jadi aku pergi klinik pergigian swasta yang berdekatan kawasan rumah.

Pada mulanya aku cuma planning mahu tampal gigi sahaja. Tetapi malangnya doktor kata gigi aku dah tak dapat nak tampal sebab lubang dah besar sangat. Nak buat rawatan gigi pun tak boleh. So, pilihan yang ada ialah cabut gigi sahaja. 

So ikut sajalah kan apa yang doktor cadangkan sebab itu bidang dorang. Mereka lebih tahu apa yang terbaik buat pesakit.

Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta di Pontian Johor

Klinik Pergigian Izzah

Klinik Pergigian Izzah sebenarnya baru sahaja beroperasi pada tahun 2020. Antara objektif klinik ini adalah :
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang cekap dan efektif secara holistik terhadap pelanggan.
  • Mewujudkan suasana perkhidmatan yang harmoni, selesa, mesra pelanggan dan kondusif.
  • Menyediakan prasarana yang selesa selaras dengan keperluan perkhidmatan yang terkini
  • Mengaplikasikan perkhidmatan yang mematuhi syariah.

Lokasi Klinik Pergigian Izzah, Pontian Johor

Sebelum pergi klinik, of course lah kena survey dulu kan nak pergi klinik yang mana. Dan suami suggest untuk aku pergi Klinik Pergigian Izzah.

Sebab perlu pergi klinik ini :
  1. Berdekatan kawasan rumah
  2. Mempunyai 4.8 Bintang di Google
  3. Mempunyai review positif dan recommended dari customers
1, Jalan Emas 3, Pusat Perniagaan Kota Emas, 82000 Pontian, Johor


Lokasi klinik ini terletak di Jalan Emas 3, Pusat Perniagaan Kota Emas, Pontian. Senang sahaja nak cari klinik pergigian ini, cuma bersebelahan dengan Pizza Hut sahaja. Dan sebaris dengan Subway dan MR DIY. 

Harga Rawatan di Klinik Pergigian Izzah

Harga Rawatan di Klinik Pergigian Izzah
  • Examination / Check up & Consultation : RM20 - 30
  • X-Ray : RM50

Scaling & Polishing

  • Children : RM40 - 80
  • Adult : RM90 - 200

Extraction Adult (Cabut Gigi Dewasa)

* Fee includes local anaesthesia & analgesic : RM80 - RM200
  • Surgical extraction : RM210 - 400
  • Additional local anaesthesia (Bius) : RM10
  • Antibiotic : RM20
  • Analgesic (painkillers) : RM15

Extraction Children (Cabut Gigi Kanak-Kanak)

  • Topical : RM50
  • Local anaesthesia (bius) : RM60 -70

Minor Oral Surgery

* Fee includes local anaesthesia & antibiotic/analgesic 

  • Dry socket treatment :RM 60
  • Management of post operative bleeding : RM70
  • Incision and drainage : RM100
  • Impacted Wisdom Tooth : RM700 - RM1200

Filling Adult

  • Temporary dressing : RM60 - RM70
  • Permanent filling :
    - RIVA : RM80 - RM150
    - Composite : RM100 - RM200
  • Composite Veneer : RM350
  • Glass Veneer : RM600

Filling Children

  • Temporary dressing : RM40 - RM50
  • Permanent filling :
    - Anterior (Gigi hadapan) : RM70
    - Posterior (Gigi belakang) : RM60

Preventive Treatment

  • Topical Fluride Application : RM20 - RM30
  • Fissure Sealant : RM80

Root Canal Treatment (RCT)

  • Pulpotomy for deciduous tooth : RM150
  • Anterior : RM600 - RM700
  • Premolar : RM700 - RM800
  • Molar : RM850 - RM1200

Crown and Bridges

  • Re-cementing crown / bridge : RM50
  • Post (fibre post / paracore cement : RM100 - RM300
  • Fibre - Reinforced crown / bridge (FRC) : RM600
  • Bridge per unit :
    - Porcelain bonded to non - previous metal (PFM) : RM800
    - Full Porcelain (E Max) : RM1100

Harga Rawatan Gigi Palsu

Harga Rawatan di klinik pergigian swasta

Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta Dr Izzah di Pontian, Johor

Memandangkan ini kali kedua aku cabut gigi di klinik pergigian swasta, jadi aku kurang takut sudah. Cuma rasa excited nak tahu macam mana servis kat Dr Izzah nie. 

Aku pergi kat klinik pergigian Dr Izzah pada sebelah petang. Masa tu kurang orang. My first impression, klinik pergigian ini sangat selesa dan relaks dengan lagu-lagu zikir yang dipasang di ruangan menunggu. 

Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta

Aku masuk saja terus ke kaunter pertanyaan untuk lihat harga rawatan. Aku tanya pembantu doktor boleh tak tampal gigi sebab gigi aku dah berlubang besar. Doktor kata mereka check dulu samada perlu tampal atau tidak. 

Tak sampai 5 minit menunggu nama aku dah dipanggil. Apabila dah masuk ke bilik rawatan, aku terus baring dan doktor tanya apa masalah gigi aku. 

Pengalaman Cabut Gigi Klinik Pergigian Swasta

Aku bagitau aku nak tampal gigi. Setelah doktor lihat keadaan gigi aku, doktor bagi cadangan untuk aku cabut terus. Hal ini demikian kerana gigi aku dah berlubang besar dan bergoyang.

Nak buat rawatan akar pun tak boleh, nak tampal pun tak dapat juga. Dan gusi aku pun dah membengkak. Kalau nak tampal gigi, ada dua biji gigi kat atas yang berlubang dan boleh ditampal.

Kalau aku tak nak cabut pun boleh. Dia cuma kira caj untuk check gigi sajalah. Tetapi aku ikut sajalah cadangan doktor, jadi aku pun cabut sajalah. 

Sakit Ke Cabut Gigi Bawah Geraham?

Sejujurnya, ini kali pertama aku betul-betul tak rasa apa-apa apabila kena cabut gigi. Seriussss guysss! Semasa kena bius tu aku tak rasa sakit berbanding klinik pergigian di swasta sebelum ini. 

Malah aku tak rasa pun gigi aku kena goyang-goyang. Tiba-tiba saja dah kena cabut. MasyaAllah rasa kagum sangat dengan skill Dr Izzah. Aku betul-betul berpuas hati cabut gigi kat sini. Padahal gigi aku tu bukannya goyang betul pun. Langsung tak dengar ya gigi tu rasa macam kena cabut. 

Bukan itu sahaja pembantu Dr Izzah pun sangat baik hati. Servis mereka memang tip top lah! Aku suka sangat-sangat! Bukan nak puji lebih-lebih tetapi aku rasa wow gitu hahaha~ 

Apapun alhamdulillah Allah permudahkan segelanya. 

Berapa Lama Masa Rawatan Cabut Gigi?

Sebenarnya cabut gigi ini tak lama pun. Doktor check gigi kita, letak bius dan cabut. Dalam 5 - 10 minit sahaja. Dah cabut tu doktor letak kapas. Kemudian dia bagi nasihat sedikit penjagaan gigi. 

Selepas cabut gigi, kena tunggu beberapa jam baru boleh makan. Dan kalau boleh jangan minum panas atau sejuk sampailah gigi berhenti berdarah. Elakkan juga makan makanan yang keras-keras.

Harga Rawatan Cabut Gigi Geraham

Secara keseluruhan, harga rawatan untuk cabut gigi geraham bawah sebanyak RM130 termasuk ubat tahan sakit. Mungkin bagi orang lain caj ini terlalu mahal. Tetapi bagi aku sangatlah berpuas hati dengan servis di sini. Jadi tidak rugi bayar. Dan aku memang nak plan tampal gigi dan scalling di klinik ini lagi. 

Adakah Ingin Mendapatkan Rawatan di Klinik Pergigian ini lagi ?

Of course! Aku memang nak datang balik kat Klinik Pergigian Dr Izzah untuk tampal gigi dan scaling gigi pula. Nak tahu pengalaman untuk tampal dan scaling pula macam mana.

Recommended? 

Sekiranya korang nak cabut gigi, aku memang cadangkan korang pergi ke Klinik Pergigian Dr Izzah dan rasai sendiri servis mereka. Khususnya kepada warga Pontian, bolehlah cuba ke klinik ini.

Dari segi harga rawatan tu, aku tak pasti adakah klinik ini menawarkan harga yang paling murah berbanding klinik pergigian yang lain. Jadi aku tak dapat nak bandingkan. For me berbaloi lah.


Klinik Pergigian Dr Izzah, di Pontian Johor

Alamat: 
1, Jalan Emas 3, 
Pusat Perniagaan Kota Emas, 
82000 Pontian, Johor

Waktu Rawatan 
Isnin - Ahad : 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Buka Setiap Hari)
Rehat : 1.00 - 2.30 Petang

TUTUP PADA CUTI UMUM

No Untuk Dihubungi / Tel
Email : izzahdental@gmail.com
+607-678 3063
+6012-7117464

Website 
klinikpergigianizzah.com



Sekian itu sahaja pengalaman aku. Semoga bermanfaat dan memberi infomasi kepada korang yang memerlukan. Apapun jaga kebersihan gigi dan kurangkan minum dan makan benda yang manis tau. Jangan lupa untuk selalu berus gigi selepas makan.

تعليقات

  1. Waahh. ,.. boleh la pergi hanti. Selalu saya pergi Taman U untuk terima rawatan di klinik gigi Amim

    ردحذف
  2. boleh tahan jugak harga dia huhu. last buat scalling tahun 2019. pastu tak buat dah, nak kena buat balik ni.

    ردحذف
  3. kalau la se smooth tu nk cabut gigi. sy pon rs nk pegi skrg! haha

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...