التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks (Updated 2021)

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku kongsi Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank melalui CIMBClicks. Penyata bank lain aku tak tahu. Aku dapat idea nak tulis pasal ini sebab salah satu senarai dokumen untuk Daftar i-Akaun KWSP memerlukan bank statement. 

statement bank cimb

Setahu aku untuk dapatkan bank statement korang dikehendaki untuk pergi ke bank dan meminta pihak bank korang untuk print bank statement tersebut untuk 3 bulan atau 6 bulan. 

Tetapi sekarang semua urusan semudah dihujung jari sahaja. Yang penting rajin google lah. Macam tak biasa kan. 

Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks

1. Korang login CIMBClicks macam biasa. 

2. Seterusnya klik SERVICES seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. 

bank statement cimb

3. Seterusnya klik VIEW STATEMENT untuk lihat penyata bank. 

Cara Dapatkan Bank Statement CIMB Bank Melalui CIMBClicks (Updated 2021)

Untuk menghentikan penyata bank ke alamat rumah boleh klik pada STOP/RESUME PAPER STATEMENT. Dan untuk menghentikan penyata bank melalui email pula klik pada EMAIL STATEMENT DELIVERY.

4. Setelah itu, pada bahagian View eStatement, korang klik Deposit, Loan/Financing, Investment.

bank statement cimb

5. Boleh pilih korang nak eStatement cimb bulan ke berapa. Contohnya macam aku pilih untuk bulan September 2021. 

bank statement cimb

6. Untuk download penyata bank korang hendaklah menggunakan laptop ya. Bukan menggunakan apps cimb clicks tu. Dan pastikan korang mempunyai Adobe Reader Software untuk view penyata bank cimb.
contoh bank statement cimb

Contoh Penyata Bank Cimb Bank (cimb statement)

Zaman sekarang segala urusan berkenaan transaksi, pendaftaran mahupun permohonan kebanyakkan secara online. Nak tak nak kena belajar jugalah. Apatah lagi apabila dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, lagilah tak dapat nak keluar. 

Macam-macam korang boleh buat dengan CIMBClicks nak bayar bil elektrik pun boleh. Aku ada kongsi di entry sebelum ini. 

Semoga info ini memberi manfaat dan membantu korang.


UPDATE :
  • Maaf hanya ada download dalam bentuk PDF sahaja. (Excel takda)
  • Tutorial ini dibuat di laptop/computer.

تعليقات

  1. i tried before tp x boleh. thnk you for sharing

    ردحذف
    الردود
    1. Maksud ray tak bole mcm mana ya? Tak bole guna bank statement nie ka?

      حذف
    2. eh bukan macam tu. last time ray try tak boleh. that was before I found this post, so I might wanna try again later. sorry sorry my sentence mcm tergantung gtu. heee thank you for sharing the steps.

      حذف
    3. Ohh haha >,< sy risau dah kalau sy salah bagi info.. btw thanks

      حذف
  2. mudah dah nak tengok statement cimb sekarang, tak terhad untuk 3 bulan terkini sahaja

    ردحذف
    الردود
    1. betul tue.. boleh pilih penyata bulan berapa yg kita mahu..

      حذف
  3. sha guna cimb juga tp tuk syarikat..nnt try untuk maybank pula..sbb nak apply tac kwsp kena minta bank statement kan..tq infonya nurul

    ردحذف
    الردود
    1. Yeaa kak sha.. nti boleh lah share mcm mana nak dapatkan bank statement utk maybank pula..

      حذف
    2. Kalau bulan yang terkini memang takboleh ke kalau buat stement bank online 😭 . Nak yang bulan 12

      حذف
    3. Kalau bulan yang terkini memang takboleh ke kalau buat stement bank online 😭 . Nak yang bulan 12

      حذف
  4. Yg ada buku tak boleh download ke e-statement ke? Saya cuba tidak boleh.

    ردحذف
    الردود
    1. Sy takda buku CIMB bank jadi sy kurg pasti mcm mana.. Selain online boleh pergi bank utk minta statement bank

      حذف
  5. Slm..kenapa saya try..keluar statement excel je..

    ردحذف
  6. Slm..kenapa saya punya statement keluar excel je..

    ردحذف
  7. Bank statement selalu nya yang paling latest akn keluar bapa hari bulan punya?contoh kalau sekarang 17.06.20..,sy try dw latest punya sampai 14.05.20 sahaja yang keluar,15.05.20 smpai 31.05.20 memang xkeluar lagi ye?

    ردحذف
  8. Nak tanya, untuk penyata tahun 2018 boleh ke x? ke kena direct pergi bank terus?

    ردحذف
  9. Kenapa CIMB click saya takda estatement?

    ردحذف
  10. Salam...sye gne cimb jgak tp acc syarikat la..dh tey tekan titik 3 tu but tkde pon keluar estatement..yg ade transfer money,pay bills,JomPAY,topup dan place new FD je..

    ردحذف
  11. Salam..sya nak tnya..mcm Mana nak dptkan bank statement ni kalau untuk account yang baru? Sbab Tak keluar e-statement nya seperti diatas

    ردحذف
  12. Hi..Kalau mo ambil bnk statement 2 thn yg lepas ble ke by cimb click ni?

    ردحذف
  13. terima kasih nurul, mudah faham baca blog awak :)senang je rupanya

    ردحذف
  14. salam.nurul..kalo kita nk tgok statement tahun 2016 blh ke?

    ردحذف
  15. Aah la sis..saya try buat pun xdpt jgk.

    Dia cakap Your account type is not eligible for eStatement.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...