التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Cara Semak dan Bayar Saman DBKK Secara Online


Aku dapat idea nak menulis tutorial pasal saman DBKK ni sebab pakcik aku hari tu kena kompaun. Memandangkan dia pinjam kereta sewa dan tak sempat nak bayar kompaun so dia suruhlah aku bayar secara online.

Mulanya aku tidak mahu pun tolong sebab aku bukannya ada kereta. Nak bayar kompaun DBKK ni pun tak tahu macam mana. Bila check kat google tak jumpa pula. So, aku pun usaha juga cari nak bayar online macam mana. 

Alhamdulillah, aku dah jumpa caranya. Tak perlu lagi ke kaunter pembayaran. Senang ja pula rupanya. Kalau nak tahu bacalah sampai habis. 

Cara Semak dan Bayar Saman DBKK Secara Online


Langkah 1

Pergi ke laman DBKK e-Services

Korang akan lihat beberapa maklumat seperti nombor kompaun, tarikh dikenakan kompaun, nombor kenderaan, butiran saman, dan jumlah saman yang perlu dibayar. 

Jadi jangan hilangkan RESIT DBKK (kertas kuning) tu tau. Simpan baik-baik.


Langkah 2

Seterusnya, korang klik bahagian 'listing'. Korang pilihlah nak bayar saman atau kompaun pasal apa. Boleh pilih Nombor Kenderaan, Nombor Kompaun, Nombor IC, atau Nombor Pendaftaran Syarikat. 

Macam aku pula bayar saman parking kereta, jadi aku pilih 'Vehicle Number'. Seterusnya aku masukkan pula nombor FLAT KENDERAAN tersebut. 

Lepas tu klik FIND. 


Langkah 3

Biasanya kalau korang kena kompaun hari ini, dorang belum update dalam sistem. So kena tunggu keesokkan hari atau selepas 3 hari. 

Di bawah korang boleh nampaklah apa kesalahan kompaun, tarikh kompaun dan jumlah yang perlu dibayar. 

Kompaun (Saman) yang korang dapat tu akan tertulis TIGA Tawaran Kompaun :

1. RM30 - dalam  tempoh sebulan
2. RM50 - Selepas 30 hari
3. RM100 - Selepas 60 hari

Lagi awal korang bayar, lagi murahlah bayaran yang dikenakan. Sekiranya melebihi 60 hari, terpaksalah RM100 korang kena bayar.


Langkah 4

Seterusnya, korang klik petak kecil (rujuk gambar) dan klik payment untuk pembayaran secara online. 


Langkah 5

Di sini korang boleh pilih samadanak bayar melalui KREDIT KAD atau PERBANKAN INTERNET. Jadi korang pilih lah pembayaran melalui FPX punya. 

Lepas tu klik bank apa yang korang guna. Macam aku bayar menggunkan CIMB CLICKS. 

Depends koranglah ikut keselesaan yang mana korang rasa lagi mudah.

Setelah tu, klik PROCEED TO PAYMENT.


Langkah 6

Masukkan nama korang beserta email. Then, klik pula PAY VIA FPX RETAIL BANKING.

Seterusnya, korang login lah macam biasa samada melalui Cimb Clicks, Maybank2U, Bank Islam ka..



Langkah 7

Pastikan nama tu adalah 'DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU' dan amaun yang dibayar adalah betul. 

Klik REQUEST TAC dan masukkan nombor TAC yang dihantar melalui SMS.


Langkah 8

Klik SUBMIT untuk confirm kan pembayaran.


Langkah 9 

Yeahh! Pembayaran korang telah berjaya!


Langkah 10

Nanti korang boleh semak balik di e-Services

Aku baru ja bayar semalam. Hari ini aku semak "Record Not Found". Maksudnya pembayaran aku telah berjaya diterima. 


Ada orang dia tak bayar online sebab tak boleh minta kurang. Ada juga yang tunggu Minggu Pengampunan DBKK. Bagi aku jangan amalkan sangat tabiat suka menangguh ni. Apatah lagi berkenaan hutang macam ni. 

Dah elok bayar sikit makin bertambah bayaran. Setakat ini sahaja perkongsian aku. Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan kamu semua. 


PERKHIDMATAN LOKASI KAUNTER BAYARAN UNTUK CUKAI KADARAN


1. Kaunter Utama Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat DBKK
Isnin - Jumaat (7.30 pagi - 4.30 petang)
Sabtu & Ahad (8.30 pagi - 12.30 tengahari)

2. Kaunter Pembayaran Damai, Luyang
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 3.30 petang)

3. Kaunter Pembayaran Tingkat 7, Centre Point Sabah
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 3.30 petang)

4. Grand Merdeka Mall, Bandar Sierra, Telipok
Isnin - Jumaat (9.30 pagi - 3.30 petang)

5. Tingkat 6, Menara UTC, Off Jalan Belia, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah 
*Tutup pada hari Cuti Umum
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 8.30 malam)
Sabtu & Ahad (8.00 pagi - 8.30 malam)


تعليقات

  1. Sayang duit tu kalau lmbt2 bayar...Kalau dulu lambat byr sbb susah turun ke ofis DBKK. Skrg sdh ada online, x alasan utk lmbt byr.

    ردحذف
  2. tapi penguat kuasa dbkk berlagak lebih² macam nak tunjuk samseng pula bila bertugas! aku sebagai pengunjung pasar borong setiap hari jadi aku memang perhatikan tindak tanduk mereka sewaktu bertugas. saya memang selalu kena saman disebabkan tidak ruang untuk kotak parking jadi, terpaksa parking bahu jalan. itu pun seawal jam 5-6 pagi. sepatutnya pihak dbkk bagi lah ruang dan masa sedikit untuk bagi kelonggaran pada waktu² tersebut untuk memudahkan pengunjung untuk membeli barangan keperluan. kita yang benar² ada tujuan membeli bela di pasar pula jadi mangsa saman sebab tidak ada ruang parking! sedangkan PILAK² yg piret ambil tempat parking yang dikhaskan untuk pengunjung dipasar dan paling teruk lagi tempat hentian bas pula di monopoli jugak oleh piret² PILAK, pun penguat kuasa dbkk abaikan jak APA CER???. menyampah! aku tengok dorang ni. tak ubah seperti orang cari makan tepi
    longkang.kita sebagai warganegara harus jaga kepentingan dan hak berintergriti dan bukannya bertindak mingikut undang²tanpa budi bicara.

    ردحذف
  3. Good morning,
    Pertama kali kena saman tidak mempamirkan kupon pada 30/3/2021.
    Dah bayar melalui E-Service.
    Setelah saya semak masih lagi kompaun terpapar menandakan saman belum di bayar.
    Minta pertolongan sebab saya bukan menetap di kk Sabah.
    Resit pembayaran seperti berikut: Ref 848v51R3,
    resit no:5965956
    Tarikh: 08/04/2021.

    ردحذف
  4. Saya tunggu dari awal bukan Julai sampai hujung bulan Julai, masih "no record found" bila search compound. Masa2 pandemic ni urusan online lah terbaik, tapi.. Hmm... Terpaksa la keluar juga ni bayar di kaunter. Kalau boleh kita mengelak keluar selalu.

    ردحذف
  5. Nak tanya masukan nama dan email tu maksudnya nama sendiri dan email kita ke?

    Dan pastikan nama keluar Dewan Bandaraya kota kinabalu tu..maksudnya bila nak buat bayaran tu akan keluar nama tu ke? Blh bagi penjelasan kurang jelas di ctu..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...