التخطي إلى المحتوى الرئيسي

DIY Almari Rosak Dengan Bajet RM2.30

Assalamualaikum
Bismillah

Macam lama sudah tau tidak menulis tentang projek DIY. Kali terakhir punya entri ialah DIY Tempat Letak Pensel. Senang je guna dua bahan saja. Hari ini pula aku nak share pula macam mana nak DIY almari rosak dengan bajet RM2.30. 


Biar betul RM2.30 dah boleh hias almari yang rosak supaya kelihatan seperti baru beli? Betul bah..

Kenapa DIY Almari lama?
Begini ceritanya.. pada tahun lalu rumah kami terkena banjir. Maklumlah rumah pun rendah lepas tu kebetulan longkang berdekatan rumah kami tu tersumbat. Then air pun melimpah ke kawasan kami. Rumah kami paling hujung sekali, so memang selalu jadi mangsa banjir lah.

Penat tau setiap bulan bersihkan longkang, tetapi orang lain pula tak bertanggungjawab untuk bersihkan kawasan mereka sendiri. Rumah besar dan tinggi kan, jadi tak kisah pun pasal longkang sebab kalau banjir pun rumah dorang tak tenggelam. 



Naa.. tengoklah almari kami yang baru setahun beli dah rosak. Nasib baiklah masih boleh guna. Nak beli almari baru membazir. Rumah pun kecil. Nak buang pula bukannya ada rosak sangat pun. Luaran saja nampak buruk sikit. huhu



Tadaa.. inilah rupa baru almari selepas ber'DIY.

DIY menggunakan apa supaya kelihatan baru tanpa beli almari baru? Jawapannya ialah belilah WALLPAPER di Ninso yang berharga RM2.30 sahaja. Ninso ni actually lebih kurang sama je dengan MR DIY, cuma bezanya MR DIY ada barang yang murah ada yang mahal. Manakala kat Ninso pula semua harga barang adalah RM2.30.

Kalau di Sabah ada 6 cawangan Ninso yang dibuka iaitu di :
  • Kolombong
  • KK Plaza (Kota Kinabalu)
  • Beaufort
  • Keningau
  • Kota Marudu
  • Sandakan
Apa pendapat korang tentang almari ini? Okay tak?

تعليقات

  1. Wallpaper ke??? igtkan kayu betul. jimat sgt ni. cantik pun cantik

    ردحذف
  2. wahh!terbaik kertas wallpaper je.. first tengok gambr after tu ingatkan guna cat kayu ke apa..haha

    ردحذف
  3. wahh kemas dan nampak macam baru. mesti teliti ni buat kerja.

    ردحذف
  4. cantiknya wallpaper tu. macam baru..

    ردحذف
  5. Guna wallpaper?serius ngtkan mcm btul pla ctkk

    ردحذف
  6. sekarang makeup perabot cantik cantik dengan wallpaper je senang. murah pun murah

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...