التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Things I Must Do In 2018

Assalamualaikum
Bismillah

I think it's not too late for me to say Happy New Year 2018! Semoga Allah permudahkan segala urusan, murahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik. Dan paling penting, semoga tahun ini kita menjadi seorang yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Semoga kita sentiasa konsisten dalam melakukan ibadah! 


Buat pertama kalinya, aku ingin menulis atau berkongsi tentang "Things I Must Do In 2018". Baru tahun ini rasanya nak buat azam. Haha~ Agak lama juga sebenarnya nak tulis entry kali nie. Bukan tak ada azam atau matlamat, cuma benda ini datang spontan. Tahun ini aku nak buat azam tahun baru dengan niat supaya jadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

So, jom kita lihat Things I Must Do In 2018 :

Myself

1. Let go of the past
Biarkan perkara yang lalu menjadi sejarah dan pengajaran. Banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun 2017. Apa yang dah jadi tu biarkan saja ia berlalu. Buka lembaran buku baru di tahun 2018. 

2. It's never too late to try something different
There were so many things I wanted to do last year! Azam tahun ini jangan biarkan peluang terlepas begitu sahaja. Grab the chance!

3. Don't miss the moment
Memandangkan banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas, banyak juga perkara yang aku terlepas. Aku sangatlah setuju bahawa masa itu tidak boleh diputar kembali. 

4. Accept your mistakes and move forward
Aku percaya banyak perkara yang dikesali. Masih belum terlambat untuk berubah. Apapun kesilapan yang pernah dilakukan kita kena terima dan jangan sesekali untuk pandang ke belakang. Move forward!


Life as Student

1. Get enough sleep
Seorang pelajar memang selalu menghadapi masalah ini. Tambahan pula dengan tugasan, penbentangan, dan exam. Kadang kala aku menghadapi insomnia (kesukaran untuk tidur) mungkin kerana efek kafein. Aku harap tahun ini aku dapat ubah habit aku untuk kurangkan minuman berkafein pada tengah malam. 

2. Spent money wisely
Walaupun aku dah usaha untuk buat bajet bulanan but still kalah dengan SALE ataupun PROMOSI! I spent so much on books! Tapi tak baca pun. Hahaha berlambak dah buku kat rak buku hanya sebagai hiasan. Semoga tahun ini mood membaca juga meningkat. 

3. Get organised
Tahun lepas, hmm lebih tepat sem 5 ini aku rasa macam blurr sikit. Kawan-kawan tahu aku agak organised apabila bab study ni. Tak pernahlah aku missed tulis nota dalam kelas, sentiasa on time siapkan assignments. I'm not a type of person who doing things last minute. Tapi aku tak tahu apa yang jadi dengan aku sem 5 ni. Group aku pun agak kelam kabut juga sebab dorang expect aku akan tulis notes untuk setiap due date assignments, apa yang nak dibuat and so on. Tahun ini aku harap aku kembali jadi diri sendiri. 

4. Improve your grades (Dean List!!)
Azam yang tidak pernah berubah sejak masuk Universiti nie dan satu-satunya azam yang belum tercapai. Aku harap final year nie aku dapat "Dekan". Doakan aku ya~

5. Pick up a new skill
Di Universiti peluang untuk meningkatkan kemahiran soft skills dari aspek komunikasi, pembentangan, dan kepimpinan. Banyak aktiviti yang dijalankan di universiti cuma sikap malas tu ja yang menjadi penghalang. Tahun ini aku mahu at least join 5 aktiviti/program di universiti. 


Family & Friends

1. Birthday Celebrations or related to that
Aku harap tahun ini dapat sambut birthday kami semua. I mean every members in family. Tahun lepas adik-adik aku yang lelaki tak dapat sambut birthday memandangkan kena pada bulan tua. Haha. Birthday aku pula selalu kena pada Bulan Ramadan, kalau bukan puasa akan kena pada Bulan Syawal pula. Tak tahu mau gembira atau sedih hahaha.

2. Spent Time More With Family & Friends
Tahun lepas alhamdulillah aku banyak habiskan masa dengan adik-beradik. Aku jarang dapat habiskan masa dengan parents sebab dorang sibuk bekerja. Kalau ada di rumah pun just give them time to rest. So, we just spent time together as a family at home. Contohnya, makan bersama, tengok TV, memasak atau buat kerja-kerja di rumah bersama. Tahun ini pun aku harap dapat habiskan masa dengan kawan-kawan memandangkan dah final year. Setiap tahun kami merancang nak pergi UMS Peak, Pantai UMS, Akuarium di UMS tapi tak tahu bila plan tu nak jadi hahah. 

Blogging

1. Target 5k Pageviews Per Month
Sejujurnya agak payah juga nak naikkan pageviews setiap bulan. 2k pun tak sampai hahahaha. Tapi tak apalah. Kalau tak dapat setiap bulan pun, at least 1 kali setiap tahun pun tak kisah. But still nak target juga hehe~ Mana lah tau kalau dah target ada semangat sikit nak menulis blog. 

2. Write at Least 15 Entry Every Month
Blogger mana yang sentiasa ada mood menulis blog tu aku salute! Bukan mudah nak kekalkan momentum menulis blog tu. Ada masa mood turun naik, lain lagi ada komitmen dengan kerja lain. Kadang kala menulis blog ini cuma untuk mengisi masa lapang ja. Tapi tak salah nak target berapa enrty nak update setiap bulan. So, tahun ni aku harap dapat menulis dengan konsisten sekurang-kurangnya 15 entry setiap bulan.

3. Target 500k Pageviews This Year
Wahh! Ini dah terlebih target ni. Hahaha~ Tapi tidak mustahil kan. Manalah tau ada entry yang tiba-tiba viral boom kebaboom! Doakan sajalah ya. 


Rasanya tu ja~ Hehe
Panjang sangat dah mengarang.

If you can't achieve your goal, give yourself permission to walk away.
There's no shame in failure.
In fact, the majority who fail at their resolution report
 learning something valuable about themselves.


تعليقات

  1. Semoga tercapai azam-azam utk 2018 ni 💪

    ردحذف
  2. Banyak goals to achieve this year. Semoga tercapai semuanya especially in study. Stay healthy and take care. Tetiba rindu zaman study dulu. Hehe.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha yeaa,, mmg nak azam byak sikit.. Especially in study.. Terima kasih sgat Ana.. InsyaAllah smoga Allah permudahan semuanya :)

      حذف
  3. good luck Nurul..semoga tercapai apa yg diazamkan tu..

    ردحذف
    الردود
    1. TQ Mrs Virgo. InsyaAllah smoga azam tahun ini terlaksana :)

      حذف
  4. Wow! yang penting semangat tu, hihi. All the best awak!

    ردحذف
    الردود
    1. haha harap2 semangat terus hahahax
      Thanks Mai komen :D

      حذف
  5. Betul kena buat sesuatu pada tahun ini buat iostiqomah ..inshaallah pasti boleh.
    Terima kasih datang komen ke blog Etuza

    ردحذف
    الردود
    1. InsyaAllah semoga terus istiqamah apapun yg dilakukan :)
      Thanks Etuza sudi singgah sini

      حذف
  6. semoga tercapai azam tahun baru tu :-)

    http://coretanmasalapangku3.blogspot.my/2017/12/masalah-sejagat-belajar-masak.html

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih awak huhu T^T
      Smoga tercapai azam utk tahun nie

      حذف
  7. wow goodluck to achieve all that huhu

    ردحذف
  8. happy new year! and fighting!! :D

    ردحذف
  9. Hebatkan blogger yang boleh update banyak entri per month. Akak single digit je biasanya. Nak kena lebih rajin tahun ni. Hee.

    Semoga tercapai semua azam Nurul! :)

    ردحذف
    الردود
    1. Huhu betul tu Kak Siqah... Walaupun akak jarang update tp akak rajin komen dan tinggalkan jejak kat blog org lain.. tu yg sy patut belajar dr akak.. lgipun sy mmg suka baca blog Kak Siqah.. Jatuh cinta dgn pic2 dlm blog tu hahaha

      حذف
  10. All the best for 2018 !
    Semoga tercapai segalam impian. AMIN !
    Yesss, jangan mengalah dengan SALE ! hahaha~
    Dekan please..last sem lah nak macam-macam kan..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Thanks Nono :)
      InsyaAllah smoga doanya dari Nona termakbul.
      Hahaha InsyaAllah smoga tahun nie tidak tergoda dgn sales hehe

      حذف
  11. Happy New Year and good luck! I'm also trying to post more to my blog but we'll how rajin I could be. Hahaha

    ردحذف
  12. in shaa Allah nurul.
    especially utk Dean List tu, good luck.
    sudy smarter and harder.
    pasti tercapai.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...