التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Assalamualaikum
Bismillah

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.


Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengelilingi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

تعليقات

  1. smoga pejuang ni dipermudahkan dlm menjelajah borneo, manala tau tjumpa kan hihi..bole helo helo, masuk news suda dia ni.

    ردحذف
  2. Moga perjalanan abg zaki ni dipermudhkan...

    ردحذف
  3. Tabah sungguh hati abg Zaki dalam melawan sakitnya.. Semoga Allah memberkati kehidupan beliau dan semoga beliau sembuh seperti sediakala.. Amin..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...