التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Kanak-Kanak Sekolah Tunas Bakti Layak Diberi Peluang Kedua

Assalamualaikum
Bismillah


Cerita ini dah lama dalam draft cuma baru hari ini terasa ingin berkongsi sebuah pengalaman ketika mengikuti Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Sekolah Tunas Bakti di Kota Kanibalu. Mungkin ada yang tidak tahu apa itu Sekolah Tunas Bakti.
Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana bertujuan untuk memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah dan tidak terkawal serta mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat. - Jabatan Kebajikan Masyarakat
Biasanya kanak-kanak yang dihantar ke Sekolah Tunas Bakti disebabkan oleh permintaan ibu bapa itu sendiri yang mungkin tidak dapat mengawal anak-anak mereka, kanak-kanak yang didapati bersalah sekiranya melakukan jenayah, ibu atau bapa atau penjaga tidak lagi dapat menjalankan atau tidak berupaya untuk menjalankan apa-apa kawalan yang sepatutnya, dan kanak-kanak yang memerlukan pemulihan akhlak. Mereka akan menjalani pemulihan ini selama tempoh 3 tahun.

Program ini merupakan program kedua selepas Program Lawatan Ke Rumah Kanak-Kanak. Aku suka berkongsi tentang pengalaman, perasaan dan apa yang aku alami sepanjang “Program Sehari Bersama Kanak-Kanak”.


Setiap semester Kelab Kanak-Kanak & Keluarga akan mengadakan Program Sehari Bersama Kanak-Kanak yang mana merupakan aktiviti wajib kelab kami. Semasa mengikuti program ini, aku sedar ada kala mereka cuma perlukan seseorang untuk mendengar cerita & luahan mereka. Sedangkan kita nie setiap kali ada masalah pasti akan cari seseorang untuk meluah. Walaupun begitu aku yakin “ALLAH sentiasa ada buat mereka”

Apa yang aku lihat semasa program, mereka kurang yakin dengan diri sendiri sehinggakan takut untuk meluahkan apa yang tersirat di hati. Mereka masih lagi di hantui oleh masa silam mereka. Mereka beranggapan sekali bersalah, seumur hiduplah bersalah. Perasaan inilah yang meruntuhkan semangat mereka untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. 

Setiap manusia boleh berubah tapi ianya memerlukan masa, masa dan masa. Setiap orang layak diberi peluang kedua, oleh itu jangan sia-sia peluang yang ada di depan mata. Begitu juga dengan Kanak-Kanak Sekolah Tunas Bakti mereka layak diberi peluang kedua. Siapa kita untuk menghukum kesalahan lalu mereka?

Apa yang menarik bagi aku ketika aktiviti "Tree of Life" di situ, kami memberi peluang kepada para pelajar ataupun pelatih untuk menceritakan masalah mereka lalui, impian mereka & cara untuk mengejar impian mereka. Dan ada sorang pelajar itu dengan berani & jujurnya bahawa dia amat merindui ibunya. Dia sangat menyesal atas perbuatan menampar ibunya sendiri disebabkan TELEFON. Dan ... kisah itu dah berlalu lama dah, dia menyesal. Tapi penyesalan itu tidak hilang, kerana sekarang ibunya berada di hospital kerana sakit. Allahu...

Ada lagi aktiviti yang dijalankan untuk meguji kerjasama antara mereka serta mengasah kreativiti. Dengan menyuruh mereka membuat yell atau sorakan semangat untuk kumpulan, serta lukis logo kumpulan, membuat menara atau tugu. Ya Allah, rindunya.. terasa sekejap sahaja masa berlalu. Dan masa satu hari, banyak ilmu & pengalaman yang diperoleh.

Aktiviti yang dijalankan sama seperti program lepas, cuma ada sedikit tambahan iaitu "SURAT BUAT DIRIKU". Susah sebenarnya untuk kita ceritakan pengalaman kita kepada orang lain, apatah lagi pengalaman yang kita lalui itu PERIT UNTUK DITELAN. Malah kalau boleh tak mahu pun ingat. Dan kami menyuruh mereka untuk menulis surat kepada diri sendiri, boleh dikatakan sebagai ikrar jugalah. Dan di sinilah aku tidak dapat menahan sebak, apabila tidak tersengaja sekilas pandang, salah satu daripada ahli kumpulan aku menulis tentang aku.
Katanya.." Saya tidak pernah jumpa kakak seperti dia. Dan saya berharap dapat jumpa dia lagi"
Ya Allah sebak hati aku ketika itu. Dan tangannya tiba-tiba berhenti menulis.. mahu tahu kenapa? AIR MATANYA jatuh. Aku tahu sebab aku nampak dia lap air matanya dengan lengan baju yang dipakai sambil tunduk. Apabila aku mampu untuk membuat seorang kanak-kanak sebak macam tu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa terharunya aku & bertuahnya diri kerana Allah bagi peluang untuk aku mengenalinya.

Aku tak mampu bantu apa-apa sepanjang program. Hanya tersenyum dan bagi kata-kata semangat sahaja. Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk bercerita tentang kisah serta pengalaman hidup aku dengan mereka walaupun sedikit. Mereka sangat teruja dengar aku bercerita, kalau boleh semua kisah jatuh bangun aku mereka mahu tahu.
Hope that the boys there will learn from their past mistake, behave well, and be a good person when entering the society in the coming future. And also hope that the society will once again forgive on what they had done in the past, and nurture them to become a person who will benefit the society.
It was the best experience ever. Thank Allah for gave us all this opportunity♥


تعليقات

  1. Bestnyaa kak nurul, dapat laa kita selami hati mereka macam mana bila dapat beraktiviti dengan diaorg. Baru tahu apa sebenarnya yg diorang fikir, kita mati-mati ingat diaorg tak nak berubah and tak patut diberi peluang kedua.

    ردحذف
    الردود
    1. Yeeaa betul tue.. mmg best dan pengalaman yg tidakdapat dilupakan.. Bagus sebenarnya mereka masuk kat skolah nie,,even baju dorg sendiri yg jahit walaupun dorg lelaki.. Kita patut ubah pandangan masyarakat terhadap pelajar2 nie. Tidak selamanya dorg akan menjadi jahat.. sdgkan ALLAH sendiri tidak pernah jemu mendengar taubat kita.

      حذف
  2. tempat saya tinggal ada anak jiran yang tertangkap kerana kes juvana..

    dia telah dimasukkan ke dalam sekolah tunas bakti..

    jauh dalam hati saya teringat sesuatu..

    bagaimana emosi ibubapa mereka mengurus perkara tersebut.

    ردحذف
    الردود
    1. Tue lahr .. kdg cian kat parents ..sayu aty tgok kanak-kanak yg terlibat dlm kes juvana..

      حذف
  3. Syahdunya....kisag silam mereka sebuah pengajaran yang amat berharga...kita sepatitbya memberi ruang dan peluanh untuk dia menjadi lebih baik bukan biarkan dia kembali melakukan perkara yang sama

    ردحذف
    الردود
    1. Betul nini.. Kadang2 mereka juga perlukan sokongan drp keluarga dan masyarakat luar… stiap manusia ada kisah gelap mereka sendiri… kita sbgai manusia tiada hak utk m'ghukum … trima ksih komennya 😊

      حذف
  4. Ye.. mama Rasa kanak2 Dan remajà Di sekolah tunas bakri Masih a Ada peluang. Mereka Masih muda lagi cubalah bimbing Dan bentuk mereka

    ردحذف
  5. Macam bestje sekolah Ni, nak masuklah.

    ردحذف
    الردود
    1. Eh.. Haha skolah nie bukan skolah biasa awak … nie skolah pemulihan akhlak…

      حذف
  6. terletak di sabah pulak ni sekolah..ingatkan di semenanjung..

    ردحذف
    الردود
    1. Sekolah Tunas Bakti di semenanjung pun ada Anum.. Rasanya stiap negeri ada sekolah nie 😊

      حذف
  7. mereka layak diberi peluang kedua.
    we are all human, we made mistakes.

    ردحذف
    الردود
    1. Thats true.. Manusia mana yg xda bwat kesilapan.. Apapun Allah Maha Pengampun … smoga mereka b'jaya dunia dan akhirat

      حذف
  8. Setiap manusia yang emmang benar2 ingin berubah patut diberi kesempatan kedua. Kita tak tau mana tau dengan kesempatan tu mereka akan jauh lebih baik dari kita.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu kak Jasmi .. Kita tak tahu pengakhiran kita mcm mana.. Apapun smoga Allah Melindungi mereka dan kita smua 😊

      حذف
  9. tu lah selalunya anak2 camni lah akan jadi MANUSIA yang sebenar-benar manusia. sbb diorang dah tempuh satu fasa perit dlm hidup kan atika.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Tu.. Smoga mereka m'jadi seorg yg b'guna pada masa akan datang..

      حذف
  10. الردود
    1. Yea kak Uyul..stiap sem kami mesti bwat program mcm nie..

      حذف
  11. Dulu masa ada program lawatan ke rumah anak- anak tunas bakti..SA pun tak lepas dari rasa sebak..masa nak balik..adik2 tu peluk kami macam x nak lepas...ermm...sedih

    ردحذف
  12. Sy tidak pasti pula pasal itu.. apa yg sy tahu walaupun mereka masuk sekolah pemulihan akhlak, mereka juga menduduki peperiksaan seperti PT3 dan SPM rasanya.. dan mereka dilatih dgn kemahiran bertukang, menjahit serta kemahiran yg lain.. semoga diberikan kemudahan utk mereka menempuh masyarakat diluar sana.

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...