Antara Sedih dan Gembira

Antara Sedih dan Gembira


Lamanya tak menulis kan. Aku tengah susun kata apa nak luah. Agak lama juga senyap sebenarnya. Lebih sebulan.

Bulan Jun bagi aku adalah bulan yang penuh dengan cerita. Banyak perkara berlaku dalam satu masa.



1. Dapat Jumpa Adik Setelah Sekian Lama

Alhamdulillah sebulan lebih dah adik perempuan aku stay di Johor nie. Habis praktikal je terus ke sini. Bercuti sambil ambil pengalaman di negeri orang.

Awalnya ada plan nak cari kerja sementara, tapi sampai sekarang masih belum dapat apa-apa panggilan. Mungkin sebab dia hanya mencari kerja part time, jadi agak susah sedikit.

Lagipun tak dapat nak kerja lama sebab bulan Ogos nanti kami dah plan nak balik Sabah.




2. Belajar Memandu

Hari tu aku ada kongsi tentang pengalaman belajar memandu kan. Kali ni pula aku ajar adik perempuan aku belajar memandu.

Tak sangka rupanya dah masuk lebih 4 bulan aku bawa kereta Kancil tu. Walaupun belum ada lesen lagi, banyak benda aku belajar sepanjang proses tu.

Aku belum ambil lesen sebab nanti nak balik Sabah. Jadi sambil bercuti di sana, aku bercadang untuk ambil lesen.

Dah hampir seminggu lebih juga aku mengajar adik memandu. Seronok juga sebenarnya bila dapat kongsi pengalaman yang sama-sama pernah aku lalui.




3. Hari Raya Aidiladha Bersama Keluarga

Alhamdulillah tahun ini dapat sambut hari raya haji bersama keluarga suami di Johor. Syukur sangat dapat berkumpul dengan keluarga. Rumah pun rasa lebih meriah tahun ini.

Kadang-kadang perkara yang nampak biasa seperti duduk makan bersama, bersembang dan berkumpul sebenarnya adalah satu nikmat yang besar.




4. Majlis Bertunang

Alhamdulillah, majlis pertunangan adik ipar perempuan berjalan dengan lancar.

Banyak persediaan yang perlu dibuat. Agak kelam kabut juga sebenarnya sebab ada beberapa barang yang masih belum terbeli.

Tapi seperti biasa, bila kita usaha dan serahkan pada Allah, semuanya dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki untuk melangkah ke fasa seterusnya menuju alam perkahwinan.




5. Luangkan Masa Bersama Keluarga

Bulan Jun juga banyak aku habiskan masa bersama keluarga.

Suami pun dapat cuti yang agak panjang, jadi kami dapat berjalan-jalan sekitar Johor.

Alhamdulillah, beberapa perancangan kecil yang kami impikan tercapai juga — bawa keluarga pergi Zoo Johor, main bowling dan makan bersama di restoran.

Mertua pun lama juga tinggal di rumah. Jadi setiap hari memang rasa sibuk. Tapi sibuk yang menggembirakan.

Sibuk mengisi masa bersama, sibuk mencipta kenangan. Sebab bukan selalu dapat berkumpul macam ni.




6. Bulan Ulang Tahun

Alhamdulillah, bulan jun nie adalah Bulan istimewa aku (Hari Jadi). Aku sebenarnya lupa dengan hari jadi sendiri sebab suami pun dah ke laut. Tak dapat nak sambut hari jadi bersama. Tapi aku tetap rasa terharu bila tepat jam 12 malam, suami hantar ucapan hari jadi.

Satu lagi perkara yang buat aku tersentuh, buat pertama kali mak aku ucap hari jadi aku.

Biasanya keluarga aku memang jarang ingat, jadi walaupun hanya ucapan melalui WhatsApp, tetap rasa dihargai.

Kadang-kadang perkara kecil pun boleh buat hati rasa bahagia.




7. Bulan Kehilangan

Tapi dalam semua cerita gembira itu, sebenarnya bulan Jun ini lebih banyak mengajar aku tentang kehilangan.

Pada 23 Jun 2026, yang juga merupakan hari ulang tahun aku, aku kehilangan atok (adik beradik kepada atok aku).

Sampai sekarang masih rasa sedih. Nak sambut hari jadi sendiri pun terasa lain. Ada rasa sebak yang susah nak digambarkan.

Bulan Jun bagi aku bukan sekadar bulan ulang tahun. Ia adalah bulan yang penuh dengan rasa — ada bahagia, ada syukur, ada rindu dan ada kehilangan.

Kehilangan ini antara sesuatu yang aku sukar nak move on apatah lagi apabila kehilangan yang tarikh yang sepatutnya menjadi hari bahagia. Tak tahu nak sedih atau gembira.

Aku cuba terima bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hadir dalam hidup kita adalah pinjaman daripada Allah SWT.

Cuma sebagai manusia, rasa sedih itu tetap ada.

Semoga Allah ampunkan arwah, luaskan kuburnya dan tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman.

Dan semoga hati ini terus belajar menerima setiap ketentuan Allah dengan sabar.

AL-FATIHAH untuk SIJAN BIN TAPA (28 JUN 2012) dan ASONG BIN TAPA (23 JUN 2026).

19 comments

  1. Salam takziah Nurul sekeluarga atas kehilangan atok tercinta. Memang berat bila kehilangan bertembung dengan tarikh hari bahagia, auto rasa sebak tu lain macam. Tapi aturan Allah itu indah, dipinjamkan kegembiraan bersama keluarga sebelum itu sebagai pengubat hati. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Stay strong, Nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, perasaan tu agak bercampur bila tarikh yang sepatutnya diraikan menjadi tarikh yang akan sentiasa mengingatkan tentang kehilangan. Tapi saya percaya setiap yang berlaku itu sudah dalam aturan Allah.

      Delete
  2. salam takziah buat kak Nurul sekeluarga. semoga arwah atok ditempatkan dalam kalangan orang beriman. happy belated birthday tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan dan doa. Alhamdulillah walaupun hari lahir kali ini sedikit berbeza rasanya, saya tetap bersyukur atas segala nikmat dan kenangan bersama atok. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin 🤍

      Delete
  3. semoga yang baik2 saja buat Nurul...
    salam takziah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Linda atas doa dan kata-kata semangat. Semoga yang baik-baik juga buat akak 🤍

      Delete
  4. Macam-macam perasaan bulan Jun.
    Al-Fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA, macam-macam perasaan bulan Jun kali ini. Ada kegembiraan, ada kehilangan yang meninggalkan rasa sebak. Terima kasih atas doanya..

      Delete
  5. Salam takziah pada awak, Nurul kerana telah kehilangan arwah atok.. Akak faham situasi tue kerana akak pun pernah berada di dalam situasi yang sama... Al-Fatihah untuk arwah atok awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak atas doa dan perkongsian. Saya faham, kehilangan insan yang kita sayang memang bukan sesuatu yang mudah. Walaupun kita tahu itu adalah ketentuan Allah, tetap ada rasa rindu dan sedih. Semoga semua insan yang telah pergi ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah 🤍

      Delete
  6. Salam takziah atas kehilangan atok tercinta pada harijadi sis. Saya pun sama jugak, atok meninggal pada harijadi saya awal bulan Jun, tahun 2011. Alhamdulillah atok sempat berjumpa cicit perempuan pertama dalam keluarga kami iaitu anak sulung saya sebelum arwah pergi meninggalkan kami 6 bulan lepas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya kita berkongsi pengalaman yang hampir sama… atok pergi pada tarikh yang sepatutnya menjadi hari gembira. Alhamdulillah atok sempat bertemu cicit sebelum pergi, itu satu kenangan yang sangat berharga. Semoga Allah merahmati arwah atok kita dan menempatkan mereka di tempat yang terbaik 🤍

      Delete
  7. Salam takziah... begitulah kdg2 bila lama tak berjumpa tiba2 dpt berita insan tersebut dah pergi menemui ilahi.. Semoga roh atok dicucuri rahmat amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas doa. Betul, kadang-kadang bila lama tidak berjumpa, kita tidak sangka berita seterusnya yang kita terima adalah berita kehilangan. Begitulah hidup, pertemuan dan perpisahan semuanya sudah ditentukan Allah.

      Delete
  8. Happy belated beday, Nurul. Semoga Allah mudahkan urusan Nurul sekeluarga. Salam takziah atas pemergian arwah atok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Faa atas ucapan dan doa. Alhamdulillah walaupun tahun ini hari lahir disambut dengan suasana yang berbeza, saya cuba melihat dari sudut yang lebih baik. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan dan memberi semangat 🤍

      Delete
  9. Salam takziah atas kehilangan yg berlaku pada hari lahir Nurul, pasti susah nak menghadapinya. Dalam gembira ada yg sedih, bertabahlah. Lalui jalan hidup dengan baik-baik, insha Allah semuanya akan baik juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aynora atas kata-kata yang sangat bermakna. Memang tidak mudah bila kegembiraan dan kesedihan hadir dalam waktu yang sama.

      Delete
  10. Happy Belated Birthday Nurul. Moga sihat ceria murah rezeki selamanya.

    Al Fatihah buat semua yang dah meninggal kan kita.

    Ogos nak pindah balik Sabah?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.