التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Packing Barang Kucing Kesayangan

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya dah nak masuk 4 bulan rumah nie sunyi tiada kucing. Aku dah lepaskan semua kucing kesayangan aku kat orang since aku balik Sabah bulan 12 tahun lalu. 

The reasons aku terpaksa lepaskan kerana tiada orang yang sanggup jaga 7 ekor kucing. Nak letak di pet boarding memang tak sangguplah sebab aku balik hampir sebulan di Sabah. Tak mampu nak bayar. Kalau seekor dua kucing mungkin boleh lagi. 

Suami pula jarang ada masa di rumah. Kalau pergi kerja memang terpaksa tinggalkan 4-5 hari juga. Di rumah pun kadang 1-2 hari saja paling lama. 

Setelah berbincang, akhirnya aku lepaskan semua kucing-kucing kesayangan aku. Nak cari orang suruh jaga pun aku rasa nak upah memang tak mampu juga sebab banyak sangat kucing aku. 

Sedih sangat-sangat sebab dah jaga dari kecil sampai beranak pinak. Antara sebab lain pula tahun ini kami buat keputusan untuk balik beraya di Sabah selama sebulan. Kemudian, balik dari Sabah kena buat persediaan untuk pindah rumah lagi. 

Packing Barang Kucing

Berat hati dan sedih. Tak boleh nak buat apa. Situasi tidak mengizinkan untuk aku jaga kucing lebih lama. Memandangkan dah tiada kucing, maka semua barang keperluan kucing aku packing bawa balik Sabah. 

Rumah di Sabah pun ada bela kucing juga. Jadi daripada terbiar saja di rumah tidak berguna lebih baik bagi adik aku saja untuk kucing-kucing dorang di KK. 

barang-kucing

Kebanyakkan barang-barang kucing aku beli di Shopee dan kedai kucing. Antara barang yang masih elok ialah sisir kutu, sarung tangan buang bulu, double bowl, dan mainan kucing. 

barang-mainan-kucing

Aku ada beli cat scratcher dan petball tower rotatable untuk kucing bermain. Kalau bosan selalu ajak kucing main dengan tower nie. 

barang-keperluan-kucing

Selain itu, aku sempat lagi beli susu kucing sebab Si Nino masa tu mengandung. Aku beli sebab kucing aku selepas 2 kali beranak dah tak nak susukan anaknya. Kena beli botol susu kucing di kedai kucing. 

Sebelum ini kucing aku jarang keluar rumah, tetapi sejak dah pandai keluar bermain di luar, aku beli ubat kutu (flea & tick). Seriously, memang berkesan sangat ubat kutu nie. Yang penting kena rajin sisir bulu kucing. 

Organic waterless shampoo nie memang best juga guna bagi kucing yang takut air. Dulu masih kecil memang senang nak mandikan mereka. Tetapi bila dah besar susah sikit nak mandikan. Setiap kali nak mandi memang kejar-mengejarlah kami di dalam rumah. Haha

Bedak ni pun tak pakai pun takpa tetapi kalau pakai memang wangi. So far kucing aku suka pakai dan sesuai dengan bulu mereka. Semua barang kucing nie aku beli hampir RM200 juga. 

Nak bela kucing pun tak tahu bila. 


تعليقات

  1. sedihnya.. lady kalau g jln mmg jiran yg tolong jagakan kucing2 kami.. huhuhuhu

    ردحذف
  2. Sedihnya kalau berpisah dengan kucing2 kesayangan kita

    ردحذف
  3. Agak sedih saya bacanya, karena sebagai mami dari 4 anak bulu , terasa sekali kalo sampai harus melepaskan mereka. Saya paham Krn memang tak mungkin membawa mereka semuanya apalagi akan pergi lama kan. Tapi semoga mereka sudah ditangan Orang2 yg baik ya kak Nurul.

    Kucing tuh memang dah macam obat bagi saya. Lagi sedih, lagi bad mood, tiap kali peluk dan belai mereka, langsung baik pula perasaan. Tuh lah kenapa saya sayang sangat dengan semua anak2 bulu saya

    ردحذف
  4. Sedihnya sebab sayang kucing mesti dah jadi macam keluarga. Tapi rezeki jodoh tak lama

    ردحذف
  5. alahai sedhinya, mcm berpisah dgn anakkan. semoga kucing2 nurul life semakin baik selepas ni di tangan penjaga baru

    ردحذف
  6. Sedihnya nak berpisah dengan si bulus yang dah lama jaga. Kuat ye nurul

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...