التخطي إلى المحتوى الرئيسي

4 Kaedah Semula Jadi Tambah Susu Badan

Apakah milk booster terbaik untuk tambah susu badan? Ini merupakan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu baharu.

Isu tidak cukup susu badan sememangnya tidak asing dalam kalangan wanita lepas bersalin.

Rujukan kepada pakar boleh bantu anda untuk mengenal pasti sebab di sebalik berlakunya masalah tersebut.

Pun begitu, pasti anda tertarik untuk mencuba produk milk booster yang banyak tular atas talian demi memastikan bekalan susu badan anda cukup untuk si manja yang sedang membesar.

Bagaimana produk milk booster boleh tambah susu badan?

Kunci kepada fungsi biologi ini terletak pada hormon prolaktin, hormon yang dihasilkan oleh organ kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak.

Fungsi utamanya untuk membesarkan payudara dan menghasilkan susu untuk bayi baru lahir.

Sebagai contoh, ubat domperidone yang pernah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) boleh menyebabkan paras hormon prolaktin meningkat bagi merangsang penghasilan susu badan.

Walau bagaimanapun, setiap ubat mempunyai kesan sampingan yang tersendiri.

Domperidone mungkin berkesan namun apabila tujuan penggunaan sudah tercapai, dos penggunaan akan dikurangkan perlahan-lahan.

Kesan sampingan seperti pening kepala, sakit perut dan kering mulut sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna.

Itulah sebabnya kebanyakan individu suka untuk mencuba produk herba.

Di Malaysia, produk tambah susu badan berkonsepkan bahan herba dan makanan sunnah menjuarai carta jualan.

Walau bagaimanapun, kesahihan maklumat yang disampaikan boleh menjadi isu.

Ia bagi memastikan penghasilan susu badan berada pada tahap yang konsisten di samping mengelakkan kebergantungan kepada ubat.

Milk Booster Terbaik Cara semula jadi 

Alangkah mudahnya jika kita tahu cara semula jadi untuk tambah susu badan.

Oleh sebab kebanyakan produk milk booster di Malaysia diperkuatkan hanya dengan testimoni dan bukannya kajian saintifik, keberkesanannya boleh menjadi persoalan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan kempen penyusuan eksklusif sehingga bayi berusia 6 bulan.

Isu susu badan boleh menjadi halangan kepada para ibu untuk merealisasikan misi KKM.

1. Berikan susu badan sekerap mungkin, milk booster terbaik

Mungkin macam tak menjawab soalan, namun ada penjelasan di sebaliknya.

Hormon yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu badan akan terembes apabila puting ibu dihisap oleh bayi-  dikenali sebagai fenomena “let-down”.

Konsepnya lebih kepada keseimbangan di antara permintaan dan bekalan susu.

Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyaklah jumlah susu badan yang akan dihasilkan.

Menyusu 8 hingga 12 kali sehari boleh bantu badan untuk memastikan bekalan susu berada pada paras optimum.

Bagi mereka yang mengalami masalah tersebut, boleh cuba tip di bawah untuk tingkatkan susu badan secara semula jadi.


2. Pam susu semasa anak anda tidak menyusu 

Jika anak anda tidak menyusu, penggunaan pam payudara boleh bantu mengekalkan jumlah susu badan yang optimum.

Anda boleh cuba tip milk booster terbaik di bawah:
  • Pam payudara selepas sesi penyusuan badan bagi mengeluarkan lebihan susu.
  • Jika anak anda terlepas waktu menyusu kerana tidur atau mereka tidak berasa lapar, pam susu anda pada waktu itu.
  • Anda boleh pam susu badan ketika anak anda sedang minum susu dalam botol (sama ada susu badan yang telah dipam atau susu formula).


3. Guna kedua-dua belah payudara, cara milk booster terbaik

Cara yang paling mudah adalah untuk mencatat atau menggunakan aplikasi telefon pintar bagi merekodkan payudara mana yang anda guna semasa sesi penyusuan lepas.

Jika bayi anda berhenti menghisap payudara dan mereka masih berjaga, cuba susukan dengan payudara sebelah.

Kalau mereka masih menghisap, boleh jadi susu pada sebelah payudara sudah tidak keluar.

Rangsangan untuk mengeluarkan susu boleh bantu ibu meningkatkan jumlah susu badan tanpa bantuan farmakologi.

Kajian juga telah membuktikan penggunaan pam payudara terhadap kedua dua payudara boleh merangsang penghasilan susu.

4. Ambil makanan herba

Walaupun tiada kajian secara spesifik mengaitkan mana-mana diet dengan keupayaan untuk tambah susu badan, terdapat bahan yang terbukti boleh mencapai objektif tersebut.

‘Galactagogue’ boleh merangsang penghasilan susu badan dan sering digunakan dalam biskut yang dijual di pasaran.

Walau bagaimanapun, saintis perlu mengkaji dengan lebih mendalam bagi membuktikan ketepatan dapatan kajian lepas.

Sebelum anda mula mengambil sebarang makanan atau herba, eloklah bertanya kepada doktor terlebih dahulu.

Ia bagi memastikan tiada elemen makanan yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda semata-mata untuk tambah susu badan.

Kesimpulannya

Ada beberapa jenis milk booster terbaik yang terbukti berkesan oleh kajian saintifik namun penggunaannya boleh memberikan kesan sampingan memandangkan ia melibatkan pengambilan ubat.

Di Malaysia, penggunaan produk milk booster yang menggunakan ramuan semula jadi untuk tambah susu badan hanya terbukti berkesan melalui testimoni dan bukannya kajian saintifik.

Oleh itu, sebagai pengguna, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk jika perlu.

Sebaik-baiknya, guna pendekatan lain yang tersenarai di atas bagi meningkatkan keupayaan anda menghasilkan susu badan.

Sumber : Hello Doktor 

تعليقات

  1. Good info untuk para ibu dan sesiapa sahaja yg memerlukannnya

    ردحذف
  2. Perkongsian yang menarik khusus untuk si ibu kan. Semoga bermanfaat kepada orang ramai.

    ردحذف
  3. penting susu badan utk baby .. terlalu byk khasiatnya

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...