التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Buah Donut Peach Viral Sedap ke?

Assalamualaikum
Bismillah

Aku tak tahu sangat pasal buah donut peach nie. Entah kenapa tetiba nampak ramai yang post pasal buah donut peach. 

Hari tu viral donut red velvet, so aku ingatkan donut peach nie ialah kuih donut berbentuk peach. Wah kalau kiuh donut peach aku pun nak tahu juga resepi macam mana nak buat haha.

buah-donut-peach

Bila pergi lelong hari tu ternampaklah buah donut peach nie. Kata penjual tu, sebenarnya dia sama ja dengan buah peach cuma berbentuk donut. 

Nak beli tetapi makan buah peach pun tak pernah hahaha. Jadi aku tak jadi beli. 

Keesokkan harinya, suami balik ja bawa Buah Donut Peach nie. Rupanya suami pun nak tahu juga apa rasanya. Suami beli di Kedai Buah Oranges je. Harga buah donut peach RM27 untuk 6 biji. Boleh tahan mahal jugalah untuk saiznya yang kecil.

Sebelum kita beli sesuatu apatah lagi benda yang viral perlu kita kaji dulu khasiatnya. 

Buah pic atau peach yang dikenali sebagai ‘Donut Peach’ atau ‘Flat Peach’ yang berasal dari negara China. Selain itu, ia juga disebut sebagai Saturn peach.

Khasiat Buah Donut Peach 

Antara khasiat makan buah donut peach ini ialah :
  • Buah ini adalah sumber vitamin A dan C
  • Kaya dengan serat pemakanan.
  • Mengandungi potasium yang penting untuk kesihatan jantung.
  • Ia turut mengandungi niasin dan vitamin E, yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan sistem imun.
  • Mempunyai 50 kalori bagi setiap biji pic donut

Walau bagaimanapun ia mempunyai kesan sampingan juga sekiranya dimakan secara berlebihan. Seperti sembelit, mempunyai kandungan gula yang tinggi menyebabkan ia tidak sesuai untuk penghidap diabetes dan boleh menyebabkan reaksi alahan (alergik) kepada mereka yang alah terhadap buah pic.

buah-peach-viral

Review Buah Donut Peach 

Sebelum makan jangan lupa basuh dulu buah ya. Korang boleh makan macam tu saja tanpa perlu kupas kulitnya. Ada yang kata makan dengan yoghurt lagi sedap. Tapi aku just makan macam tu saja. 

Kalau korang makan buah nie, teksturnya dari segi kulitnya agak lembut dan berbulu-bulu halus. Aku tak tahulah macam mana nak jelaskan. Tetapi aku kurang suka kulitnya.

Rasanya tidak terlalu manis dan sangat juicy. 

Bagi aku rasanya kurang sedap dan sangat tidak ngam di tekak aku. Dan kalau makan ada rasa gatal kat bahagian tekak. Mungkin disebabkan oleh kulitnya kot. 

Mungkin juga sebab aku memang ada alahan jadi aku sarankan kepada yang memang ada alergik teruk tu korang jangan makan banyak sangat. Cukuplah sekadar untuk merasa sahaja. 

تعليقات

  1. Selalu Cuya baca review orang cakap sedap, first time jumpa org ckp tk sedap...heheh

    tapi Cuya pon tak pernah rasa...belum terasa nak beli, entah ada ke tidak kt area Cuya

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...