Attack on Titan season 4 part 3 Trailer

0
Assalamualaikum
Bismillah

Sejujurnya aku tak nak post pasal anime kat blog ini. Aku jarang cerita pasal anime di blog walaupun anime merupakan kegemaran aku. Boleh dikatakan setiap hari aku menonton anime reaction di Youtube setiap kali ada masa free.

Aku jarang nak kongsi fav aku yang satu nie sebab setakat ini tidak ramai blogger yang minat anime macam aku. Dan ramai yang kata 'anime' ini 'cartoon'.. So rasa macam tak best tengok komen-komen macam tu hahaha..

Seperti orang lain yang minat drama korea, drama melayu, movie, hiburan dan sebagainya. Salah satu hiburan buat aku ialah menonton anime.

Attack on Titan season 4 part 3 Trailer

Excited sebenarnya sebab final season dah nak release. Aku tak pandai nak buat review sangat. Aku saja nak post blog ini sebab rasa teruja saja. haha~


Tengok trailer pun dah rasa sedih huhu. Tak tahu nak kata apa. Yang follow dari season awal sehingga sekarang memang tau lah jalan ceritanya. Kalau rasa anime ini 'cartoon' aku memang tak suggest orang untuk tengok haha. 

Siapa yang minat anime di sini? Huhu nak tau juga korang ada tengok tak AOT? Apa perasaan korang bila tengok trailer nie. Kongsilah di komen juga. 



Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !