Buat Duit Dengan Jawab Survey Online Terbukti Memang Legit | VASE SURVEYS

Assalamualaikum
Bismillah

Korang pernah tak terima email untuk jawab surveys? Setiap surveys yang korang jawab akan diberikan rewards dalam bentuk points. 

Apabila cukup points, korang boleh menebusnya dengan wang ringgit. Biasanya rewards dalam bentuk cash akan di transfer ke akaun bank kita. 

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online Terbukti Memang Legit | VASE SURVEYS

Dalam banyak surveys yang aku pernah join, Vase Surveys antara surveys yang aku paling suka. Jawapan betul atau tidak tetap korang akan terima points tersebut. Tetapi biasanya surveys ini tiada jawapan betul atau salah pun. 

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online

Setelah mendaftar korang akan menerima email untuk jawab survey secara online. Points bergantung dengan masa yang diperuntukkan untuk jawab survey. Semakin lama masa yang diberikan semakin besar points yang diberikan.

Aku mula mendaftar survey ini pada tahun 2020. Sehingga kini aku telah menjawab sebanyak 34 survey. Boleh dikatakan sebulan sekali lah dapat soalan-soalan survey. 

Buat Duit Dengan Jawab Survey Online

Dan aku juga telah berjaya cashout sebanyak 5 kali. Walaupun tidaklah banyak sangat, tetapi Alhamdulillah adalah juga bikin beli beras sikit. 

Di bawah ialah bukti resit pembayaran dari Vase Survey yang berjaya dikreditkan ke akaun bank.

vase-survey-online

Cara nak Redeem Points Vase Survey pun mudah sahaja. Korang boleh klik bahagian Redeem dan pilih berapa korang nak cashout. 

FAQ VASE SURVEY :

1. Bagaimana Vase Survey berfungsi?

Selepas anda mendaftar, secara automatiknya kaji selidik akan dihantar ke e-mel anda. Sebelum anda menjawab kaji selidik, ganjaran & anggaran masa yang diperlukan akan dinyatakan di dalam e-mel
jemputan kaji selidik supaya anda boleh menentukan sama ada ianya berbaloi untuk anda menjawab kaji selidik atau tidak. 

2. Apakah ganjaran yang diterima apabila menjawab kaji selidik?

Ianya bergantung pada kaji selidik itu sendiri, sesetengan kaji selidik memberi ganjaran wang, yang lain memberikan ganjaran produk. Ganjaran akan diberitahu sebelum anda menjawab kaji selidik.

3. Bagaimana saya akan menerima ganjaran tunai?

Kami akan menghantar ganjaran tunai melalui bank-in ke akaun bank anda. Anda boleh mengeluarkan wang apabila anda mempunyai minimum RM 0.11 untuk pengeluaran pertama anda. Semua pengeluaran selepas pengeluaran pertama memerlukan sekurangkurangnya RM 3.00.

4. Bilakah saya akan menerima kaji selidik untuk dijawab? 

Kaji selidik tersedia yang akan dihantar ke e-mel anda bergantung pada demografik anda (jantina, umur, lokasi dll).

5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut

Sila layari laman ini untuk soalan lazim. Jika anda ada sebarang soalan lain, sila hubungi wecare@getvase.com, kami akan menjawab pertanyaan anda secepat mungkin.

SIGN UP untuk mendaftar sekarang!

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama