Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Secara Online (Bujang kepada Berkahwin)

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku tak tahu pun pasal STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ini kesinambungan daripada BKM. Dah banyak sangat nama kan. Jadi confused sekejap. Dalam group ramai sangat yang tanya ada memohon STR tak. 

Aku pun tak tahu ada mendaftar ataupun tidak. Tetapi kalau bantuan yang dulu tu memang ada jugalah. Masa tu masih bujang lagi kan. Apabila dah berkahwin nie, kena kemaskini balik status dari bujang kepada berkahwin.

Apabila dah bertukar status pula ada yang kata hanya seorang pemohon sahaja samada suami ataupun isteri. Jadi akupun cubalah kemaskini STR tu memandangkan dah dibuka permohonan baharu dan kemaskini maklumat. 

Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Secara Online (Bujang kepada Berkahwin)

Berikut ialah cara untuk mengemaskini Sumbangan Tunai Rahmah:

1. Layari portal rasmi untuk login STR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my

2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan

3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan. Kemudian, tekan butang Semak
Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?” Jika yang terpapar ialah kata kunci korang, tekan Ya dan Masukkan Kata Laluan. 

4. Tekan butang Log Masuk. Jika tidak ada apa-apa masalah, korang akan dapat Log Masuk ke dalam sistem. Akan terpapar beberapa butang yang korang dapat lihat seperti dalam gambar. 

5. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan. Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri korang yang sudah berubah dari sebelum ini seperti :
  • Nombor Akaun Bank
  • Status Perkahwinan
  • Nombor Telefon
  • Maklumat Anak
kemaskini-STR-2023

Dan jangan lupa sertakan DOKUMEN SOKONGAN jika perlu :
  • Dokumen sokongan hanya perlu dimuat naik sekiranya status perkahwinan adalah berkahwin / kematian pasangan / cerai sahaja

  • Sila pastikan Dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan.

  • Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan (3MB) untuk satu fail.

  • Hanya tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik.

  • Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan.

Masalahnya tak dapat pula kemaskini STR, disebabkan permohonan aku dan suami dah ada dalam sistem. Mungkin jika salah satu antara kami tiada STR bolehlah kemaskini status perkahwinan tu. 

Setiap kali aku isi maklumat pasangan dia jadi macam nie :

Maklumat Pasangan telah wujud dipermohonan lain. Sila semak semula no pengenalan Pasangan atau hadir ke LHDNM untuk mengemukakan permohonan secara manual.


Jadi nak buat macam mana? Kena buat jugalah permohonan secara manual. 

Bagi yang sebelum ini bujang dan bertukar status kepada kahwin. Kena hantar Borang Pembatalan STR dahulu. 


Ataupun korang isi borang kemaskini secara manual untuk update status perkahwinan. 


Korang download dan print sahaja borang tu kemudian hantar ke Pejabat LHDNM yang berhampiran. 

Tempoh Permohonan Baharu dan Kemas Kini STR: 01 Mac 2023- 31 Mac 2023 *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Tarikh dan kaedah permohonan:

  • Mulai 01 Mac 2023– Secara dalam talian.
  • Mulai 08 Mac 2023 – Pengemukaan borang ke pejabat LHDNM berdekatan.
Semoga bermanfaat!

Info lanjut :
  • Talian Hotline BKK 1-800-88-2747

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama