Bila masuk rumah baru lepas kahwin, perasaan dia memang lain macam – campur gembira, teruja, dan sedikit kelam-kabut. Masa mula-mula pindah, rumah kosong, tak ada perabot, tak ada barang dapur… memang rasa “okay, nak mula dari mana ni?”.
Sebab itu aku buat senarai barang keperluan asas rumah ini, khas untuk pasangan baru kahwin. Supaya tak pening kepala fikir apa yang penting nak beli dulu, dan supaya bajet tak bocor beli barang yang tak perlu.
Senarai ini aku susun ikut kategori – dari barang pembersihan, dapur, bilik tidur, bilik air, sampai barang tambahan. Boleh guna sebagai checklist dan tanda mana yang dah beli, mana yang nak beli kemudian.
Senarai ini aku buat berdasarkan pengalaman sendiri. Tak semestinya semua kena beli sekali gus. Utamakan barang penting dulu, selebihnya beli secara berperingkat.
Panduan Sebelum Membeli Barang Rumah
- Bila melengkapkan rumah baru, mulakan dengan membeli barang-barang asas terlebih dahulu supaya keperluan harian dapat dipenuhi.
- Elakkan membeli semua sekali gus, sebaliknya beli barang secara berperingkat mengikut keperluan dan kemampuan bajet.
- Sebelum membuat pembelian, bandingkan harga di beberapa kedai atau platform untuk mendapatkan tawaran terbaik.
- Pilih barang yang berkualiti supaya tahan lebih lama dan tidak perlu kerap diganti.
- Selain itu, pertimbangkan saiz rumah dan susun atur perabot agar ruang kelihatan kemas dan selesa.
- Paling penting, libatkan pasangan dalam membuat keputusan supaya kedua-dua pihak berpuas hati dengan pilihan yang dibuat.
Checklist Barang Keperluan Rumah Baru Kahwin
Kategori | Senarai Barang |
---|---|
Barang Pembersihan Rumah | Penyapu, Penyodok, Mop lantai, Baldi, Bulu ayam, Plastik sampah, Detergen lantai, Kain lap |
Barang Dapur | Peti sejuk, Dapur gas & tong gas, Rice cooker, Rak pinggan mangkuk, Cerek elektrik / heater, Kuali & periuk, Set pinggan mangkuk, Set sudu / garfu / senduk, Blender, Mixer, Sabun cuci pinggan, Span, Lesung batu, Papan pemotong & set pisau, Teko / jug, Tudung saji, Bekas beras, Besen, Tupperware, Rak dapur, Bekas makanan (untuk menyimpan makanan) |
Barang Bilik Tidur | Tilam toto / tilam spring, Bantal & sarung bantal, Selimut & cadar, Kipas, Almari pakaian, Meja solek, Katil |
Barang Kamar Mandi | Baldi & gayung, Set detergen pakaian, Selipar bilik air, Tali hos air, Clorox / pencuci tandas, Bekas berus gigi, Mesin basuh, Berus gigi & Ubat gigi, Syampu, Sabun Mandi, Tuala |
Barang Lain-Lain | Langsir, Tikar getah / karpet, Alas kaki, Bakul pakaian, Penyangkut baju & hanger, Sepit baju, Cermin, Bakul sampah, Seterika & papan seterika, Extension plug, Kunci mangga |
Nasihat Untuk Pasangan Baru Kahwin
Tidak semestinya kena beli semua. Beli mana yang rasa penting saja dulu. Korang boleh juga tambah mana yang perlu. At least apabila ada senarai macam ini suami isteri boleh rancang bajet kewangan macam mana kan.Mana yang dapat hadiah kahwin tu bolehlah guna. Selain itu, nak lagi jimat boleh pertimbangkan untuk beli barang-barang secondhand asalkan masih elok dan bersih.
Semoga senarai barang keperluan asas rumah ini membantu pasangan baru kahwin merancang kehidupan dengan lebih teratur dan bijak mengurus kewangan. Doakan aku dan suami juga terus diberi keberkatan dalam rumahtangga. ❤️
Tahniah Nurul...
ReplyDeleteMemang kena ada checklist ni sebelum kahwin. Senang dan tak kelam kabut bila masuk rumah lepas kahwin nanti. Lagi lagi kalau rumah kosong kena dahulukan yang mana penting dulu.
Selamat melayari hidup berumahtangga
ReplyDeleteSemoga semuanya baik2 sahaja
Mula-mula kahwin dulu, tilam pun beli yang paling murah. Nak jimat untuk benda lain.
ReplyDeleteTerbaik, dah ada list, senang nak atur kewangan
ReplyDeleteakak dulu baru kawen semua macam koboi.. apa yang ada je nurul.. lagi la bila ada masa kami duduk PJJ.. tapi bagus jugak adakan keperluan satu persatu..
ReplyDeletefirst tahniah and selamat pengantin baru.. kalau diikutkan banyak sebenarnya barang yang perlu dibeli, elok beli yang betul-betul perlu dulu sikit demi sedikit.. bagus nurul buat checklist
ReplyDeleteLain org lain pengalaman baru kawin.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Nurul dpt rumah sewa, selesa tinggal bersama suami.
Slow2 belu brg lain, beli yg perlu sahaja dulu nnt baru tambah Mana yg patut.
betulkan beli sikit² lama² penuh lah rumah, lepas tu kalau nak pindah jenuh nak angkat 😂 Teringat masa mula² masuk rumah dulu, suami dah sediakan lengkap. Syukur Alhamdulillah
ReplyDeletemmg banyak nak kena beli..beli ikut kemampuan dan tengok pada priority
ReplyDelete