Review Blog #4 Nurin Irsalina | https://salinasafea.blogspot.com

Assalamualikum
Bismillah

Alhamdulillah, bertemu kembali dengan entri review blog. Dah lama tidak buat review blog kawan-kawan blogger kan. 

Jadi hari ini aku ingin membuat sedikit review blog Nurin Irsalina yang baru sahaja menang segmen giveaway yang aku anjurkan hari tu. 

Jadi kiranya aku nak buat sedikit review template blog lah. Tapi sebelum tu mari kita godek blog Nurin nie pasal apa.

Latar Belakang Blog

Kalau korang nak tahu, blog Nurin ini banyak cerita tantang lifestyles, blogging, tips, makanan, drama & movies. Dan paling best sekali ada konten pasal Usrah.

Blog ini juga aku tengok dah lama bermula dari tahun 2013 lagi. Tetapi nampak baru aktif tahun 2021. Blog ini masih menggunakan blogspot. Aku sebenarnya dah lama juga cari blog ini sebab selalu orangnya komen kat blog aku. Haha

Jadi aku pun ingatkan blog ini Nurin Dot Com ka, no wonderlah aku cari-cari sebelum ni tak jumpa. 

Design Template Blog

Sebelum aku design blog Nurin, ini adalah template lama yang digunakan sebelum ini. Bila tengok design nie sebenarnya teringat masa mula-mula berblog tu. 

Gigihnya nak mengedit sebab kalau korang nak tahu, template ini lagi susah tau nak edit berbanding sekarang. Sebab design dulu banyak guna coding. 

Oleh sebab tu lah aku rasa sayang sangat nak ubah template blog ini. Mujurlah Nurin pun sudi juga izinkan aku design blog dia. 




Dan inilah rupa selepas aku design template blog Nurin. Aku menggunakan free template daripada Gooyaabi Templates. 

Aku pilih warna kuning dan coklat sebagai tema blog sebab aku nak padankan dengan favicon Nurin. Aku pilih template ini kerana susunan iklan pun nampak lebih teratur. 


Kalau tengok performance dan kelajuan blog di GTmetrik hanya B sahaja. Aku tak dapat nak buat fully A sebab kalau tengok kat Total Page Size, yang menyebabkan blog ini nampak sedikit berat adalah konten yang ada video. 

Jadi Nurin kena edit sendiri lah bahagian tu. 


Selain itu, imej yang ada pada blog tu berat. Jadi kena compress supaya bagi lagi ringan. Cuma banyak kerjalah nak buat. 

Yang bahagian javacript pula kadang disebabkan oleh iklan dan widget yang lain. Dan yang lain aku dah inform kat Nurin apa yang perlu improve secara personal melalui whatsapp. 

Mungkin apa yang aku buat tidaklah bagi impak yang besar. Apapun aku sangatlah berterima kasih kerana Nurin sudi bagi peluang kepada aku untuk design blognya. 

Korang jangan lupa blogwalking di Blog Nurin ya. Sampai sini saja review kali ini. 


5 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.